Bab 22

2.9K 125 28
                                    

Gulp!

Ghazi pandang muka Mia yang bersahaja. Nak minta Mia tolong pujuk Lily lah tu. "Kenapa tengok adik macam tu? Sorry, kali ni adik tak nak tolong. Abang yang buat hal, pandai-pandailah abang settle sendiri. Berani buat berani tanggung. Assalamualaikum brother. Good luck!" Mia melambaikan tangannya tinggi dan berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya.

Ghazi usap tengkuknya. Nak buat macam mana ni? Mati dia kalau Lily tiba-tiba ubah fikiran nak batalkan majlis.

Sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini, lebih baik dia berjumpa dengan Lily sendiri. Kalau terpaksa melutut dan merayu pun dia sanggup. Yang penting Lily tidak tinggalkan dia.

Kini Ghazi berdiri di depan pintu rumah Lily. Nak ketuk pintu ke tak eh? Kalau Lily dah tidur macam mana? Tapi jika dia tak selesaikan masalahnya dengan Lily malam ni juga, Ghazi tak dapat bayangkan kalau esok lusa Lily jumpa dan mengadu pada mama dan papanya tentang masalah mereka. Oh no! Semakin pening Ghazi dibuatnya. Ahh! Ketuk je la.

Ghazi ketuk pintu rumah Lily beberapa kali sebelum pintu dibuka dari dalam. Ghazi pandang Lily atas bawah. Comelnya kesayangannya itu mengenakan pyjama kartun winnie the pooh dengan kepalanya tersarung tudung instant dari Needa collection. Bagaimana Ghazi boleh tahu? Sebab dia yang temankan Lily beli tudung semasa mereka keluar bersama tempoh hari.

Lily tidak bersuara. Matanya hanya tertumpu ke arah Ghazi yang kelihatan resah dan gelisah. Macam mak ayam hilang anak je gayanya.

"Sayang dah tidur ke? Maaf kalau abang ganggu sayang malam-malam buta macam ni" kata Ghazi sebagai pembuka bicara. Mata Lily tidak berkedip merenung wajah Ghazi. Malam-malam pun handsome..

"Sayang sihat ke? Kenapa abang call sayang tak jawab? Sayang marah abang ke?" Lily masih statik di tempatnya. Jangankan nak bersuara, geleng, angguk pun tak. Biar Ghazi rasa apa yang dia rasa. Sakit tak kena palau dengan tunang sendiri?

Ghazi lepaskan keluhan. Dia tiada pilihan selain jujur dan berterus terang tentang satu persatu perkara yang berlaku antara dia dan wanita itu.

"Sebelum tu, abang nak minta maaf sebab beberapa hari ni abang agak busy. Sayang sendiri pun tahu kan syarikat kita ada projek baru. Sebab tu abang tak sempat jawab call dari sayang. Abang ingat nak call balik, tapi abang lupa sebab penat sangat. Abang minta maaf ya sayang?" Tutur Ghazi lembut untuk menyejukkan hati wanita itu. Lily pandang Ghazi tanpa perasaan. Yelah tu busy, jumpa perempuan lain boleh pula. Opss!

"Ermm, tadi abang jumpa kawan abang. Kawan satu universiti dulu. Abang jumpa dia sebab ada hal penting yang abang nak bincang dan minta tolong dia. Tapi sumpah sayang. Abang takda apa-apa hubungan pun dengan dia" kata Ghazi jujur dengan tangan kanannya diangkat tinggi gaya bersumpah.

'Aikk! Dia tahu ke aku nampak dia tadi?' Bisik Lily dalam hati.

"Sorry kalau abang lupa inform sayang tentang tu. Lagipun tadi phone abang lowbat tu yang tak sempat nak bagitahu. Tapi abang janji, lepas ni abang tak buat macam tu lagi dah!" Sudah menjadi kebiasaan Lily dan Ghazi untuk maklumkan antara satu sama lain aktiviti dan lokasi masing-masing supaya kalau ada apa-apa berlaku senang Ghazi nak cari Lily.

Ghazi menunggu respon daripada Lily. Risau dia tengok keadaan Lily yang langsung tak bercakap sejak tadi. Dia tak tahu apa yang ada di dalam fikiran wanita itu. Entah marah ataupun tidak, dia tidak pasti.

"Sayang, kenapa diam? Please sayang, say something. Jangan buat abang macam ni sayang.." rayu Ghazi dengan mimik mukanya yang hampir menangis.

Lily simpan senyum dalam hati. Tahu pun takut. Dia buat orang boleh, tapi bila orang buat dia mulalah nak menangis, nak berdrama bagai.

"Sayang?" Sekali lagi Ghazi panggil Lily.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now