Lily pandang kiri kanan. Restoran Ayam Penyet itu kini dikelilingi oleh orang-orang Ghazi. Dan hanya dia seorang sahaja pelanggan yang berada di dalam restoran tersebut sambil menunggu sahabat lamanya tiba. Satu restoran tersebut ditutup untuk sementara waktu bagi memberi ruang kepada Lily dan kawannya itu berjumpa. Dan semua ni adalah idea gila Ghazi.
"Abang, bolehlah. Kali ni je. Lagipun saya rindulah nak jumpa dengan kawan saya tu" rayu Lily sambil mengekori langkah Ghazi.
"Kalau sayang betul nak jumpa dia, ajaklah dia datang rumah. Send je location dekat dia. Kan senang.." balas Ghazi mudah sambil membetulkan tali lehernya.
"Alaa abang. Saya bukan tak nak jumpa dia kat rumah. Tapi sambil-sambil tu saya nak juga hirup udara segar kat luar sana. Lagipun dah lama saya tak keluar jalan-jalan. Bolehlah abang. Please..." Lily masih tidak berputus asa memujuk suaminya.
Ghazi menarik bahu Lily supaya berdiri tepat dihadapannya. "Bukan abang sengaja nak kongkong sayang dalam rumah macam ni. Abang tahu dan abang faham yang sayang bosan sebab asyik terperuk je kan. Tapi abang buat semua ni cuma untuk sementara waktu dan untuk keselamatan sayang. Abang tak nak berlaku perkara buruk macam sebelum ni dekat isteri abang ni. Cukuplah sekali abang hampir kehilangan sayang" Lily menundukkan wajahnya. Tidak mahu memandang Ghazi. Pandang lama-lama pun bukan boleh lembutkan hati suaminya itu.
"Okey macam ni, kalau sayang betul-betul nak keluar, tunggu abang balik kerja, boleh? Abang janji abang balik awal. Lepastu kita keluar jumpa kawan sayang sambil tu kita jalan-jalan okey tak?" Pujuk Ghazi dengan hujung jarinya mendongakkan wajah Lily supaya menatapnya.
Lily geleng. "Saya nak jumpa dia pagi ni. Sebab pagi untuk hari ni je kawan saya tu free. Hari-hari lain semua busy termasuk hujung minggu" jawab Lily membuatkan Ghazi berdecit. Kalau tidak mengenangkan yang dia perlu berjumpa dengan klien penting pagi ini, dia sendiri yang akan temankan Lily berjumpa dengan kawan lama isterinya itu
"Kalau tak boleh juga. Takpalah. Biar je lah saya mati kebosanan dalam rumah ni" Lily menepis tangan Ghazi yang masih berada di sisi bahunya.
Ghazi meraup rambutnya kasar. Isterinya merajuk. Kalau dah merajuk macam ni, bulan depan belum tentu Lily mahu membuka mulut bercakap dengannya. Tahu sajalah perangai isterinya itu kalau merajuk. Automatik jadi bisu dan jadi batu.
"Okeylah, okeylah. Abang kalah. Abang bagi sayang keluar jumpa kawan sayang tu.." serta merta wajah Lily kembali bersinar.
"Betul ni abang?" Lily berlari ke arah Ghazi dan tanpa amaran terus melompat naik ke atas badan Ghazi. Nasib baik Ghazi sempat mengimbangi dirinya dan menahan Lily daripada terjatuh. Buat naya je kalau dua-dua tergolek.
"Ye sayang. Abang izinkan. Tapi ada syarat..."
"Lily?" Panggil seseorang di depan pintu masuk restoran tersebut. Lily melambaikan tangannya dan memberi isyarat kepada Bernard supaya melepaskan Diana masuk ke dalam.
"Weii Ly, apa dah jadi ni? Kenapa banyak laki pakai baju hitam kat luar sana tu? Diorang tu semua bodyguard kau ke?" Tanya Diana yang merupakan kenalannya semasa di Universiti dulu sambil menarik kerusi duduk berhadapan dengan Lily. Lily angguk perlahan.
Kalau tak kenang yang dia perlukan bantuan Diana, takda maknanya dia nak keluar rumah macam ni sampai nak kena escort dia hingga depan pintu. Bukan seorang, bukan juga dua orang tetapi sepuluh orang bodyguard yang berkawal dari depan hinggalah ke belakang restoran tersebut. Mana tak rimasnya si Lily ni dibuatnya. Diana masih curi-curi pandang melihat keluar. Bukan selalu cuci mata tengok laki handsome dan sado pakai suit hitam. Dah macam Men in Black daaa....
YOU ARE READING
My Dear, Lily ©️
Romantik***2nd story*** (UNEDITED) Status: Complete! Raja Ghazi Al-Hadi x Lily Rose This story contain: ⛔ Harsh words! ⛔ Sexy storyline & No censored ⛔ Cliche! Cliche! Cliche! ⛔ Big NO to PLAGIARISM 🌹100% idea author ( Kalau ada tersama jalan cerita deng...