Epilog

6.2K 168 113
                                    

Ghazi meniarap di atas katil sambil memerhatikan Lila yang sedang nyenyak tidur di sebelah mamanya.

Rambut lebat Lila ditatap lama sebelum beralih melihat rambut isterinya. "Kenapa abang?" Tanya Lily pelik.

"Ni, rambut Lila ni. Kenapa perang sangat? Abang tengok rambut sayang takdalah warna perang. Jauh sekali dengan abang. Bulu mata melentik panjang, belum lagi part anak mata dia. Warna biru. Ni mesti kalau dah besar nanti anak kita jadi rebutan para buaya. Tak boleh jadi ni! Bahaya!" Dengus Ghazi yang sudah jauh berangan. Lily geleng kepala.

"Apalah abang ni, cakap macam tu pula! Tadi abang tanya Lila ikut muka siapa kan? Abang tolong ambil purse saya dalam handbag pink tu. Saya nak tunjukkan abang sesuatu." Ghazi angguk setelah mendapat arahan daripada Lily.

Lily mengeluarkan sekeping gambar bersaiz passport dari dompetnya. Gambar tersebut kemudian diserahkan kepada Ghazi.

Ternganga seketika Ghazi apabila melihat gambar tersebut. Matanya dkalihkan ke arah anak perempuannya itu, dan tak lama selepas itu beralih semula meneliti gambar tersebut.

Sekarang dia dah tahu anak perempuannya itu mirip siapa. Bukan mirip sebarang mirip, tapi betul-betul copy and paste tanpa bantahan.

"Mommy?" Lily angguk. Ya! Anaknya itu mirip dengan arwah Puan Roselle.

"Ha ahh! Lila sebijik muka mommy. Bukan setakat muka, semuanya sama dengan mommy. Warna kulit, rambut, mata semua ikut mommy. Saya ni muka je ikut mommy. Tapi kalau fizikal macam warna rambut dan mata tu, saya ikut papa."

"Apapun saya bersyukur sangat dengan anugerah yang Allah dah bagi dekat kita ni. Sekurang-kurangnya, bila tatap muka Lila saya dapat lepaskan rindu pada mommy." Ghazi mengusap lembut pipi Lily yang sedikit basah. Tidak pernah sehari isterinya itu lupa tentang arwah Puan Roselle.

"Nanti kalau Lila dah besar sikit, kita ajak Lila ziarah rumah arwah mommy. Rasanya dah lama kita tak ke sana." Ujar Ghazi perlahan. Lily angguk setuju. Sejak mengandungkan Lila sehinggalah melahirkan, dia tidak pernah lagi jejak kaki ke situ dan membersihkan kuburan arwah papa dan mommynya.

********************

Lila yang baru sahaja selesai dimandikan oleh Ghazi diletakkan di atas katil sementara papanya itu mengambil barang-barang keperluannya.

"Wanginya princess papa ni. Ya sayang, nak apa? Nak shushu ke? Okey, lepas pakai baju kita minta shushu kat mama ya sayang." Terkebil-kebil mata Lila memerhatikan Ghazi yang memakaikannya rompers bunga-bunga yang tertulis nama 'Garnella'. Sesekali Lila tertawa suka apabila papanya itu menggomol perut montel dan pipi tembamnya.

"Shuke nyer anak papa ni" Ghazi meletakkan bedak dan losyen pada badan Lila. Selesai memakaikan pampers dan menyarungkan rompers pada badan si kecil itu, Ghazi menyikat rambut Lila dengan fesyen belah tepi.

"Wah! Anak mama dah mandi lah. Meh mama nak cium.." Lily berjalan ke arah dua beranak itu. Ghazi yang masih sibuk menyarungkan sarung kaki dan tangan pada Lila hanya menjeling sekilas ke arah Lily.

"Wanginya anak mama ni. Shedapnya bau dia...." Lily melabuhkan ciuman pada pipi dan puncak kepala Lila sebelum wajahnya berkerut. Lily mencapai kedua belah kaki anak perempuannya itu dan dihidu lagi.

"Abang tak letak minyak angin ke?" Ghazi menepuk dahi sendiri. Ya Allah! Lupa lagi!

Lily geleng. Boleh pula si Ghazi ni lupa benda penting. Ghazi tersengih sebelum mencari botol minyak angin kayu putih dan disuakan kepada Lily. Bila uruskan Lila, dalam banyak-banyak hal, benda alah itu juga yang Ghazi selalu lupa.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now