Bab 51

2.8K 102 36
                                    

Lily menepuk bantal dan meratakan cadar tilam supaya tampak kemas. Duvet yang berselerak dilipat elok dan rapi. Sudah menjadi rutin hariannya setiap pagi mengemaskan tempat tidur. Memandangkan bilik tidurnya dan Ghazi adalah privasi, jadi Lily terpaksa melakukan sendiri aktiviti membersih dan mengemas ruang tersebut tanpa meminta bantu pembantu rumahnya.

"Ku ku kupunya cinta...ahakk! Ku ku kupunya rindu...ahakk! Abadilah, cinta kita..haa...sik, asik, asik...asyik asyiknya bercinta..seakan dunia milik berdua, satukan rasa..aaaa~"

Sambil bergelek, sambil tangannya mengelap meja kerja suaminya. Comel je mommy-to-be ni menari sambil menyanyi dangdut ya!

Nyanyiannya terhenti apabila matanya tertancap pada satu kotak sederhana besar di bawah laci meja kerja suaminya itu.

"Eh! Kotak apa pula ni? Sejak bila ada kotak kat sini?" Lily menarik kotak berwarna putih kemerahan itu.

Baru saja dia mahu membuka kotak tersebut, tangan Lily terhenti seketika. "Emmm, agaknya abang marah tak kalau aku kacau barang dia?" Lily berfikir sejenak sebelum kepalanya menggeleng laju.

"Takpa! Baby ada backup mama kan sayang. Nanti kalau papa marah, kita marah papa balik ya nak. Apa? Baby pun nak tengok isi dalam kotak ni juga ke? Okey sayang, kita buka sama-sama ya." Lily mengusap perutnya yang semakin membesar ke depan. Sehingga sekarang dia dan Ghazi masih tidak tahu jantina bakal anak mereka nanti.

"Bismillah...."

Terbuka saja kotak, hampir terkeluar biji mata Lily melihat isi di dalam kotak tersebut.

"Mak aiiii! Kenapa gambar-gambar aku ada dalam kotak ni?!" Lily mengeluarkan sekeping sekeping gambarnya semasa dia menyambung belajar diluar negara dulu. Gambar Lily sedang berjalan, bekerja, naik bas, belajar di taman dan banyak lagi.

Sekali lagi Lily melopong apabila dia terjumpa sesuatu yang selama ini dianggap hilang olehnya, rupanya ada disini. Acrylic keychain yang tertulis nama penuhnya. Keychain yang merupakan buatan tangan arwah Puan Roselle iaitu mommy Lily.

"Macam mana keychain ni boleh ada kat sini? Bila masa pula abang curi?"

Lily menuang kotak tersebut yang penuh dengan gambarnya. Kalau dikira-kira, ada beratus-ratus gambar Lily yang diambil dan disimpan dalam kotak tersebut.

Tiba-tiba bulu tengkuknya naik. Rasa seram la pula! Tak sangka selama ini dia diekori oleh seseorang. Empat tahun dia diluar negara, empat tahun jugalah dia dimata-matai.

Lily melihat beberapa sampul surat berwarna merah terang. Sampul yang tidak bergam itu dibuka dan isinya ditarik keluar.

Tulisan tangan berangkai menjadi hiasan matanya ketika ini. Cantik dan kemas! Lily mulai membaca tiap patah perkataan yang tertulis di atas kertas itu.

My dear, Lily...

I may not be the first person in your life but I want to be the last one in your life. I know I'm not the one who first made you feel loved but I want to be the only one to make you feel loved soulfully to the core. I promise to treat you the way you want to be treated and give you the respect you deserve. I promise to always be your lover and friend, will pay attention to you and give you time. I promise to always share what's in my heart. I just want to say that I love you, I will always love you and know that you are the only person I'll ever love this much..

Sincerely,
Ghaz

Terasa panas kolam air mata Lily ketika ini setelah membaca tulisan tangan suaminya itu. Lily mengambil sampul yang seterusnya dan dibuka.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now