Bab 9

3.8K 150 41
                                    

Memandangkan hari ini adalah hujung minggu, Lily dan Mia berjanji untuk keluar bersama. Mulanya, Lily berniat mahu menolak pelawaan daripada Mia. Bila difikirkan semula, sudah lama dia tidak me time. Biasanya, hari-harinya hanya diisi dengan kesibukan bekerja.

Lily dan Mia berjalan berlegar-legar sambil membawa beberapa paper bag yang berisi barangan mewah. Semua perbelanjaan Lily ditanggung oleh Mia. Walaupun sudah berkali-kali Lily menolak, tapi Mia buat pekak. Sesekali Mia menarik Lily ke butik-butik barangan mewah. Lily hanya mampu menggeleng. Seperti yang dijangka oleh Lily, Mia adalah anak orang kaya. Kalau tak kaya, tak mungkin setiap kali membuat pembayaran, Mia akan hulurkan credit cardnya.

Lily mula segan berkawan dengan Mia. Kalau makcik-pakcik bawang nampak, mesti diorang ingat Lily mengambil kesempatan ke atas Mia.

"Oh ya! Lupa saya nak tanya. Awak kerja kat mana eh?" Tanya Mia sambil mata dan tangannya sibuk mencari sesuatu.

Lily yang sudah duduk di kerusi yang disediakan sambil menunggu Mia menoleh sekilas. "Saya kerja kat satu company ni. Nama company tu Rich Diamond" jawab Lily tenang tanpa dia sedar Mia sudah melopong dengan matanya terbeliak luas. Sebelum Lily sedar, Mia cepat-cepat mengubah reaksi wajahnya. Tak nak Lily perasan.

'Jadi Lily kerja kat syarikat abang aku? Entah apalah rancangan abang ni. Tak boleh ke jadi lelaki normal pikat perempuan. Ada je kerja gila nak buat! Ishhh! Buat malu keturunan je lah' dongkol Mia geram.

"Mia, dahlah tu. Banyak sangat dah barang-barang awak beli ni" tegur Lily lembut apabila melihat Mia masih sibuk membelek gaun labuh tetapi fikiran wanita itu jauh melayang mengenangkan perkara lain. Lamunan Mia terhenti dan sambung fokus mencari gaun untuk Lily.

"Kejaplah, awak tak beli baju lagi kan?" Balas Mia yang masih sibuk meneliti setiap perincian gaun labuh berwarna merah jambu itu.

"Haaa, yang ni mesti sesuai untuk awak. Warna pastel sesuai dengan kulit awak" Mia menekap gaun tersebut di depan badan Lily. Lily geleng tanda tidak mahu. Mana handbag, purse, heels, perfume dan sekarang pakaian lagi yang Mia mahu belikan untuk bakal kakak iparnya. Tak salahkan manjakan bakal isteri abang sendiri?

Lily mengambil gaun tersebut dari tangan Mia dan diletakkan semula di tempat asalnya. Tanpa menunggu lama, Lily menarik tangan Mia keluar dari butik tersebut. Makin lama berada disitu, entah berapa pasang baju yang Mia akan beli untuknya nanti. Kalau ikutkan hati Mia, satu mall tersebut dia mahu angkut bawa balik rumah.

"Laaa, kita tak bayar lagi la dress tu" rengek Mia manja dan tidak berpuas hati. Dalam hati, Mia bangga dengan Lily. Lily bukan jenis perempuan yang materialistik macam sesetengah wanita yang dia pernah kenal.

"Lain kali ye Mia--"

"Baby?" Tegur satu suara dari arah belakang Lily dan Mia. Mereka berdua menoleh serentak. Lily dan Mia kedua-duanya tergamam melihat gerangan jejaka yang menyapa tadi.

"Abang Qay? Abang Qay buat apa kat sini?" Tanya Mia yang agak terkejut dengan kehadiran Qayyum disitu. Mana dia pergi, ada je si Qayyum ni muncul. Masa dia hampir diragut hari tu, takda pula nak muncul macam sekarang.

Lily tidak bersuara. Dia juga turut terkaku apabila melihat Ghazi yang datang bersama dengan lelaki yang dipanggil Mia sebagai Abang Qay itu. Mia kenal ke dengan Ghazi?

"Baby boleh tanya abang buat apa kat sini? Baby lupa ke kita ada date hari ni? Puas abang cari baby tau. Abang call, text tapi baby tak respon pun. Sampai hati baby abaikan abang. Baby merajuk dengan abang ke?" Tanya Qayyum membuatkan Mia ternganga. Manakala Ghazi pula tayang muka menyampah. Geli anak tekak melihat pasangan bawah umur itu ber'baby' 'baby'.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now