Bab 24

2.8K 103 22
                                    

Ghazi menarik lembut lengan Lily yang menggenggam erat kotnya.

"Kenalkan my lovely fiance, Lily Rose Binti Hisyam" Lily angkat kepala menatap dua insan dihadapannya.

Membuntang mata Datin Zaskiah dan Melissa apabila dapat tahu tunang Raja Ghazi adalah wanita itu. Jadi ini yang dimaksudkan oleh Shahir. Datin Zaskiah dan anak perempuannya itu cuba berinteraksi seperti biasa.

Ghazi merenung Lily dan dua wanita itu silih berganti. Pandangan penuh dendam. "Kenapa sayang? Sayang kenal mereka?" Ghazi cuba menduga Lily. Wanita itu menggeleng. Dia tidak kenal dan tidak mahu kenal dua wanita iblis dihadapannya itu.

"Err hai, I'm Melissa. One of bussiness partner Raja Ghazi" Melissa menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Lily. Lily pandang Ghazi sekilas. Cukup dengan isyarat mata daripada Ghazi membuatkan Lily menyambut huluran tangan wanita yang bernama Melissa itu.

"Auntie pula Datin Zaskiah, mama Melissa" giliran Datin Zaskiah ingin berjabat tangan dengan Lily. Lily menyentuh sedikit hujung jari Datin Zaskiah sebelum tangannya disembunyikan disebalik lengan Ghazi. Lily berusaha mengawal emosinya yang sedikit terganggu dengan kehadiran dua orang anak beranak itu. Jika dia tidak mengenangkan Ghazi adalah tetamu kehormat pada malam itu, mahu saja dia berlari pulang ke rumah.

"Kita orang masuk dulu. Jom sayang" Ghazi menarik Lily dan mereka berdua beriringan masuk ke dalam mencari tempat duduk.
Lily sempat menoleh semula ke arah Datin Zaskiah dan Melissa yang merenung tepat ke arahnya. Hujung bibir Lily terjongket sedikit dengan lirikan tajam dihadiahkan buat dua orang wanita itu. Entah kenapa Datin Zaskiah dan Melissa terasa kecut perut dengan jelingan tajam daripada Lily.

"Apa ni mama?! Sepatutnya Mel yang berdiri disebelah lelaki tu ma. Tapi kenapa betina tu pula?!" Melissa merungut dengan kakinya dihentakkan. Datin Zaskiah mendengus geram. Dia tidak sangka Lily berani tunjuk muka setelah sekian lama menghilang.

"Mama pun tak tahu tentang tu! Mel jangan risau. Mama akan pastikan yang Raja Ghazi tu akan jadi milik Mel nanti. Mel percayakan mama kan?" Melissa mengangguk manja. Lengan Datin Zaskiah dipeluk. Kepalanya dilentok manja di bahu wanita tua itu.

"Perempuan hina macam tu tak layak bergandingan dengan lelaki sehebat Raja Ghazi!" Tambah Datin Zaskiah lagi yang masih tidak puas hati. Sakit matanya melihat aksi mesra Lily dan Ghazi yang bergelak tawa.

Baru saja Ghazi hendak melabuhkan punggungnya untuk duduk, Lily terlebih dahulu menarik kerusi lelaki itu supaya dekat dengan kerusinya. Ghazi tahan senyum. Tadi masa dalam kereta bukan main merajuk, eh sekarang tak nak berenggang pula.

"Apa senyum-senyum?!" Senyuman Ghazi serta merta mati. Marah, tapi nak duduk dekat-dekat. Lily ni tengah bendera jepun ke apa?

"Janganlah marah sayang. Abang ada buat salah ke?" Tanya Ghazi lembut. Sesekali matanya turun melihat tangan Lily yang masih melingkar di lengannya. Betul-betul tak nak lepas ni.

Dahi Lily berkerut. Macam pernah dengar je ayat Ghazi tu, tapi di mana ya?

"Abang jangan salah faham eh! Saya takda niat pun nak dekat-dekat dengan abang. Cuma..." Lily terhenti seketika. Apa jawapan yang sesuai nak beri pada Ghazi?

"Cuma apa sayang?"

"Cuma...cuma saya takut. Abang janganlah jauh-jauh dari saya" rengek Lily manja. Meskipun dilihat dari mata kasar, Lily nampak seperti perempuan gedik dan miang, tapi hakikatnya Lily memaksudkan kata-katanya. Nasib baik sebelum datang ke sana Lily sempat makan ubat terlebih dahulu. Kalau tak jenuh juga Ghazi nak tenangkan dia tadi.

"Ya sayang. Abang ada je dekat dengan sayang ni. Sayang jangan risau ya" balas Ghazi lembut. Lily mengukir senyumannya. Dia suka bila Ghazi bercakap lemah lembut dengannya.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now