Bab 12

3.7K 141 27
                                    

"Lily Rose"

Sapa satu suara garau dihadapan Lily. Mata Lily terbuntang melihat satu susuk tubuh tegap yang sangat dikenalinya dan tidak pernah akan dia lupa seumur hidupnya. Kakinya terpasak dan tidak mampu bergerak. Kalau ikutkan hati Lily, mahu saja dia berlari dan meninggalkan tempat tersebut.

Lelaki itu mengukir senyuman sinis. Matanya melirik ke arah Lily dari atas hingga ke bawah. Makin cantik wanita di hadapannya itu.

"Jadi kat sini kau bersembunyi selama ni?!" Tanya lelaki itu dengan matanya mencerun tajam menikam wajah Lily. Lily geleng perlahan. Matanya mula merah dan berair. Suaranya terketar-ketar menjawab pertanyaan lelaki dihadapannya itu.

"T-t-tak..tak"

Tidak tunggu lama, lelaki itu merentap kasar tangan Lily dan mengheret Lily supaya mengikutinya.

"Lepas Shahir! Saya tak nak ikut awak!!" Pekik Lily kuat. Lily cuba melepaskan tangannya yang terasa pedih akibat cengkaman kuat lelaki itu. Mata-mata yang memerhati tidak dihiraukan.

"Diam perempuan sial!" Tengking lelaki yang bernama Shahir itu kuat dengan tangannya menampar kasar kepala Lily sehingga wanita itu terteleng. Lily menghamburkan tangisannya dan memukul lengan lelaki itu minta dilepaskan.

"Hoi!"

Shahir dan Lily serentak menoleh ke arah belakang. Ghazi memandang Shahir dan Lily silih berganti. Tangan Lily yang berada di dalam genggaman lelaki itu membuatkan hatinya mendidih menahan amarah. Air mata Lily yang menitis membasahi pipi menambahkan lagi kegusaran Ghazi. Apa yang berlaku? Siapa lelaki yang menarik Lilynya itu?

Kalau ikutkan baran Ghazi, mahu saja dia pecahkan muka lelaki itu. Tetapi apabila mengenangkan mereka berada di tengah mall yang menjadi pusat tumpuan umat manusia, Ghazi tahankan saja dirinya. Namanya dan keluarga juga harus dijaga.

"Kau buat apa dekat dia?" Tanya Ghazi tenang dengan matanya masih tertumpu menatap wajah sayu Lily seperti meminta bantuan darinya.

"Kau siapa nak masuk campur hal aku dan isteri aku haa?!" Herdik Shahir lantang tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Jantung Ghazi seakan berhenti berdegup. Perkataan 'isteri' yang keluar daripada mulut lelaki itu membuatkan Ghazi kehilangan kata-kata. Wajah Lily dipandang untuk meminta jawapan. Lily tidak menjawab dan hanya memberi isyarat gelengan.

"Aku bos dia, dan wanita ni pekerja aku. Memandangkan sekarang masih waktu bekerja, jadi perempuan ni masih dibawah tanggungjawab dan jagaan aku" balas Ghazi tenang dan profesional padahal dalam hatinya meluap-luap menahan marahnya.

"Dia bini aku, hak aku, suka hati akulah nak buat apa dekat dia!"

"Awak tak payah nak reka ceritalah Shahir! Saya tak pernah jadi isteri sesiapapun termasuk awak!" Bidas Lily laju. Ghazi tersenyum sinis. Jadi lelaki ni dan Lily takda apa-apa hubungan. Kali ni dia percayakan Lily.

"Aku tak rasa kau suami perempuan ni" Ejek Ghazi dengan senyumannya yang terjongket sedikit.

"This is my last warning. Lepaskan perempuan tu sekarang sebelum aku buat report polis. Kalau terbukti dia bukan isteri kau, aku sendiri yang akan cari kau sampai lubang cacing dan heret kau ke penjara atas banyak pertuduhan. Pertama, kau dah fitnah perempuan ni. Kedua, kau dah berkasar dengan dia. Ketiga, kau ganggu ketenteraman awam sebab dah ganggu pekerja aku. Sekarang kau pilih, kau nak lepaskan dia atau kau yang takkan terlepas dari aku!" Ugut Ghazi dengan wajah dinginnya tapi masih tenang di tempatnya.

Shahir mendengus geram dan menolak Lily hingga terjatuh. Ramai pengawal keselamatan mengelilingi Shahir.

"Aku akan pastikan kau takkan hidup tenang Lily! Dan kau, kau akan menyesal sebab dah sebelahkan perempuan tak guna ni!" Selesai memuntahkan ayat-ayat kesat kepada Ghazi dan Lily, Shahir terus berlalu meninggalkan tempat tersebut dengan gaya tak puas hatinya.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now