Bab 21

2.7K 112 38
                                    

Lily melajukan langkahnya ke arah lift. Hari ini dia lewat masuk ke pejabat.

"Hye kak Lily, lambat masuk kerja hari ni?" Sapa Rosy yang menjaga kaunter receptionist di bahagian lobby.

"Ha ah, saya ada hal tadi. Tu yang lambat masuk" Lily tayang sengih tak bersalah.

"Errr, kak Lily hati-hati.." Belum sempat Rosy menghabiskan ayatnya, punggung Lily sudah selamat mendarat di atas lantai mozek yang keras itu.

"Aduhhhh!" Lily mendesis sakit. Apa ke malang nasib si Lily ni. Asal langgar orang je, confirm dia yang cium lantai.

"Kak Lily, kak Lily okey ke?" Rosy berlari mendapatkan Lily.

"Miss, are you okey? I'm so sorry. Saya betul-betul tak sengaja" ujar satu suara garau menegur Lily. Patutlah dia boleh jatuh terlentang. Lawannya itu adalah seorang lelaki. Kalau perempuan, takdalah sampai jadi macam ni.

"Saya okey. Takpa. Salah saya juga jalan tak tengok depan" Lily panggung kepalanya mahu melihat wajah individu yang berlanggar dengannya sebentar tadi. Lily kerut dahi. Siapa dia ni? Tak pernah nampak pun. Rasanya bukan staff kat sini.

Lelaki itu tergamam seketika. "Impressive" Spontan saja perkataan itu keluar dari mulut si jejaka kacak itu. Lily dan Rosy berpandangan antara satu sama lain. Apa yang 'impressive'? Dia macam..tiberhhh!

Orang tengah tahan sakit dia boleh pula presif presif bagai. Siap dengan pakej ternganga dengan matanya yang tidak lari menatap wajah Lily. Lily mulai tidak selesa dengan pandangan lelaki itu. Rasa seram bila ada orang yang dia tak kenal tatap muka dia lama-lama.

"Rosy, boleh tolong saya tak?" Pinta Lily lembut. Rosy angguk laju sebelum jejaka itu bersuara semula.

"Nak saya tolong tak? Kalau cik rasa sakit lagi, saya boleh tolong hantar ke klinik or hospital, maybe?" Lily geleng. Sakit sikit je. Lagipun sebelum ni dia pernah kena lagi teruk daripada ni. Jadi baginya itu hal kecik je.

Rosy perlahan-lahan membantu Lily untuk berdiri semula. Beg tangannya dicapai. Lily menghadiahkan senyuman ikhlas buat Rosy.

"Thanks Rosy. Nanti saya belanja awak starbuck eh sebab dah tolong saya" Lily kenyit mata ke arah Rosy. Apalagi, lebar senyuman si Rosy bila ada orang nak belanja dia. Ni yang best dengan cik Lily ni. Dahlah cantik, baik hati pula tu.

"Saya ikhlas tolong kak Lily. Tapi kalau kak Lily dah cakap macam tu, saya tak boleh nak tolak. Hehehehe" Rosy tertawa halus. Walaupun umur dia jauh lebih muda daripada Lily, tetapi wanita itu tidak pernah ambil hati dengan gurauannya. Senang citer, Lily ni jenis yang sporting dan tak mudah melenting.

"Kalau macam tu, saya naik atas dulu ya. Bye" Lily terus melangkah ke arah lift yang sudah sedia terbuka dengan kakinya yang berjalan terjengket-jengket menahan sakit pada pinggul. Jejaka yang sejak tadi setia menjadi pemerhati dan mendengar perbualan di antara Lily dan Rosy hanya menjongketkan senyuman. Apabila bayang-bayang Lily hilang disebalik lift yang tertutup itu, jejaka itu mengatur langkahnya menuju ke kaunter receptionist.

"Cik Rosy?" Rosy panggung kepalanya apabila terdengar namanya diseru oleh seseorang. Oh! Lelaki yang langgar Lily tadi.

"Ya saya. Ada apa-apa yang saya boleh bantu..Encik--" Rosy menunggu jejaka itu menyambung ayatnya untuk bertanyakan nama.

"Tengku Aaron Mateen" Rosy terlopong mendengar sebaris nama itu. Alamak! Bukan orang biashe-biashe.

"Ma-maaf Tengku. Saya tak perasan--"

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now