Bab 30

3.8K 125 28
                                    

"Aku terima nikahnya Lily Rose binti Hisyam dengan mas kahwinnya RM500 ribu tunai"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdullilah"

Ghazi menoleh ke arah Lily yang berada di atas pelamin. Akhirnya, wanita itu sah menjadi hak miliknya setelah mengharungi pelbagai rintangan dan halangan dalam menjalani hubungan mereka. Siapa yang wujudkan rintangan tu kalau bukan si Ghazi ni sendiri.

Manakala Lily pula sejak majlis bermula, kepalanya hanya ditundukkan ke bawah. Sesekali air matanya yang menitis dikesat perlahan. Dia sedikit sebak apabila mengenangkan kedua arwah ibu bapanya yang tidak dapat menyaksikan hari bersejarah itu.

"Lily sayang, terima kasih ya nak" ucap Tengku Hanisah lembut. Lily angguk perlahan dengan kepalanya masih tertunduk. Tengku Hanisah memberi laluan kepada Ghazi untuk menyarungkan cincin buat Lily.

"Assalamualaikum bunga kesayangan abang" panggil Ghazi lembut. Lily hanya menjawab dalam hati. Kepalanya diangkat dan menjeling sekilas ke arah Ghazi. Entah kenapa hatinya langsung tidak rasa apa-apa apabila lelaki itu memanggilnya dengan panggilan tersebut.

Majlis akad nikah Ghazi dan Lily diadakan di rumah agam milik Raja Ghazali dan Tengku Hanisah dengan dihadiri oleh saudara mara terdekat dan rakan karib Ghazi dan Lily saja.

Sepanjang majlis berlangsung, Lily hanya mendiamkan diri tanpa bercakap sepatah kata. Si gadis hanya menayangkan senyuman nipis dan semua soalan yang ditujukan kepadanya dijawab oleh Ghazi bagi mewakilinya.

Setelah semuanya selesai, Lily naik ke tingkat atas untuk berehat selepas semua tetamu beransur pulang. Lily memulas tombol pintu bilik tidur Ghazi yang kini sudah sah menjadi suaminya. Matanya diliarkan sekeliling. Luas, kemas dan teratur. Seperti biasa, pemilihan warna ruang adalah warna hitam.

"Dia ni memang tak minat warna lain ke? Balik-balik hitam. Kat office warna hitam, bilik tidur pun hitam. Tak hairanlah hati dia pun gelap semacam" kutuk Lily perlahan. Kini Lily berlalu ke arah balkoni bilik tidur tersebut.

"Cantiknya pemandangan kat sini!" Puji Lily yang teruja melihat keindahan waktu malam dari rumah yang sebesar istana itu. Matanya dikatupkan sambil menikmati hembusan angin malam yang menampar lembut wajahnya. Fikirannya mulai melayang teringatkan sesuatu.

"Lily sayang, mama nak cakap sesuatu boleh?" Lily angguk walaupun dirinya sedikit terkejut melihat kehadiran ibu dan bapa Ghazi yang datang ke apartmentnya secara tiba-tiba itu.

"Masuklah mama, papa. Maaflah sebab rumah Lily ni sempit sikit. Maklumlah, tinggal sorang" seloroh Lily sambil tertawa. Raja Ghazali dan Tengku Hanisah tidak kesah. Walaupun rumah wanita itu tampak kecil, tetapi keadaan di dalamnya kemas dan tersusun elok.

"Mama, papa. Jemput minum. Air bujang je" kata Lily sambil menghidangkan minuman sirap dan sedikit makanan ringan buat ibu dan bapa Ghazi itu.

"Terima kasih sayang" Lily angguk dengan senyuman mendengar kelembutan suara Tengku Hanisah yang melayannya dengan baik.

"Lily. Sebenarnya papa dengan mama datang sini sebab nak bincang sesuatu dengan kamu. Tapi sebelum tu, papa dan mama nak minta maaf atas tingkah laku Ghaz pada Lily sebelum ni. Kalau papa dekat tempat kamu pun papa akan buat benda yang sama" kata Raja Ghazali yang turut kesal dengan perbuatan anak bujangnya itu kepada Lily.

"Takpa pa, Lily pun dah lama maafkan abang Ghaz. Mungkin Lily juga salah dalam hal ni. Lily minta maaf.." Lily menundukkan kepalanya sebelum Tengku Hanisah datang dan memeluk bahu wanita itu.

My Dear, Lily ©️Where stories live. Discover now