Seorang gadis jelita sedang duduk bersandar di atas sebuah kerusi pantai di Pelangi Beach & Spa Resort, Langkawi. Dengan sebuah komputer riba di pangkuannya, gadis itu sedang memakai beach dress serba putih, tidak berlengan, kain panjang sampai ke hujung kaki, belahan tepi sebelah kiri sampai ke peha. Potongan dada rendah, menampakkan aluran payudaranya dengan jelas. Kulitnya putih kemerahan, gebu dan licin sempurna. Berkaca mata hitam yang besar, memakai topi mengkuang walaupun kerusi pantainya itu telahpun dilindungi oleh sebuah payung buluh yang rendang.
Sambil gadis jelita itu memandang jauh ke pantai, seorang pelayan wanita datang membawa dulang dengan segelas air berais di atasnya.
ʻʻYour iced lychee tea, missʼʼ kata pelayan itu sambil meletakkan gelas air itu di atas sebuah meja rendah di tepi kerusi pantai gadis tadi.
ʻʻTerima kasihʼʼ balas gadis berkacukan darah dari Amerika Syarikat itu. Walaupun dia berasal dari bangsa negara barat, tetapi gadis berusia 23 tahun ini fasih berbahasa melayu, tuturannya sedikit pun tidak berbunyi pelat.
Pelayan tadi pun meminta diri dan kembali masuk ke dalam resort untuk meneruskan kerjanya.
Gadis berkulit putih itu pun menghirup air teh laici dari gelas yang diambil dari meja tepi tadi. Habis setengah gelas dia habiskan untuk membasahkan tekak. Hawa panas petang Pantai Cenang semakin surut memandangkan matahari sudah hampir tergelincir di ufuk barat, jauh mata memandang di hujung laut Selat Melaka.
ʻʻMel!ʼʼ satu suara gadis lain memanggil namanya. ʻʻThere you are! I have been looking everywhere for you!ʼʼ kata gadis itu lagi.
ʻʻWei... cakap melayu boleh tak? Bosan lah aku dengar American accent tak jadi kau niʼʼ balas Mel kepada rakannya berbangsa melayu yang bernama Tasya.
ʻʻHa ha ha! Kau ni kelakar lahʼʼ kata Tasya. ʻʻKau tu kulit putih. Tapi cakap melayu mengalahkan aku ni yang kulit kuning langsatʼʼ
ʻʻKulit kuning langsat macam kau tu lah yang menjadi pembuka cerita yang aku tulis niʼʼ kata Mel sambil mencabut cermin mata gelapnya, menampakkan anak matanya yang berwarna hazel bertatahkan iris yang berwarna biru terang.
ʻʻKau masih menulis karya kau tu ke, Mel?ʼʼ tanya Tasya tatkala melihat Mel masih dengan komputer riba Apple MacBook Air M2 dipangkuannya. Yang anehnya, skrin komputer riba itu putih tidak bertulis apa-apa lagi.
ʻʻBukan karya lah, Sya. Ni kisah benar ni, okayyʼʼ balas Mel.
ʻʻKisah benar? Biar betul? Kau nak tulis pasal Mahsuri ke?ʼʼ tanya Tasya.
Mel tergelak perlahan. ʻʻBukan, Sya. Ni bukan kisah Mahsuri lahʼʼ katanya sambil matanya masih jauh melihat matahari semakin terbenam. Langit biru bertukar menjadi senja.
Mel membuka topi mengkuang yang berada di atas kepalanya. Rambutnya berwarna perang keemasan panjang terjurai, ikal mayang melepasi bahu.
ʻʻIni kisah cinta yang lebih indah dari Mahsuriʼʼ katanya perlahan, hampir berbisik.
Sambil mula menaip di komputer ribanya, Mel menyambung lagi, ʻʻIni kisah cinta antara dua benua, Sya... kisah cinta antara seorang wanita yang berdiri di bumi nyata dengan seorang lelaki yang terbang bebas di langit tinggi...ʼʼ
ʻʻ...dsinilah bermulanya sebuah kisah cinta yang abadi... pertemuan sebuah cinta di pulau Langkawiʼʼ
Watak Utama
Norhana Yusoff
Seorang eksekutif perakauan berumur awal 30an, sudah bersuami dan beranak dua, bertemu cinta dengan seorang juruterbang tentera udara Amerika Syarikat semasa pertunjukan LIMA di Langkawi.
Steve Hunter
Seorang juruterbang tentera udara Amerika Syarikat berumur lewat 20an. Semasa bertugas di pertunjukan LIMA di Langkawi, beliau telah jatuh cinta dengan seorang wanita Melayu yang sudah bersuami.
AMARAN DAN PENAFIAN
Karya ini adalah sebuah karya yang berunsur erotika, mengandungi adegan seks dan lucah yang sengaja disensasikan. Ia juga memaparkan unsur-unsur yang tidak bermoral dan haram disisi agama seperti penzinaan dan hubungan terlarang.
Sekiranya genre karya ini tidak bersesuaian dengan citarasa atau kehendak anda, maka anda perlulah meninggalkan pembacaan karya ini dengan segera.
Dengan meneruskan membaca karya ini, anda bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perasaan emosi, melankoli, mahupun perbuatan-perbuatan seksual yang anda lakukan. Penulis dan Penerbit tidak akan sekali-kali bertanggungjawab ke atas sebarang salahlaku pembaca yang melanggar hukum agama atau melakukan sebarang dosa.
Gambar adalah sekadar untuk hiasan sahaja. Individu yang tertera di dalam gambar tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan watak-watak yang dipaparkan di dalam cerita ini.
Novel ini adalah fiksyen dan bertujuan untuk hiburan semata-mata. Ianya tiada kaitan sama sekali dengan ATM, TUDM dan USAF.
Diilhamkan dari sebuah kisah yang pernah dicoretkan menerusi cerpen pendek bertajuk ʻʻLIMA ʼ99ʼʼ
Diceritakan semula oleh Seri Dewi Suria.
Disunting oleh @bluduel
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...