Nohana banyak menghabiskan masa membuat kerja-kerja di Resendial Suite sebagai persediaan mempengerusikan mesyuarat yang bakal diadakan malam nanti di atas sebuah kapal mewah Freedom Benetti yang disewa khas untuk tujuan itu.
Dengan bekerja disitu, Norhana dapat juga mengawasi anak perempuannya, walaupun ianya dijaga sepenuh masa oleh pengasuh mereka, Jamilah.
Masuk waktu tengahari, mereka bertiga pergi makan di Restoran Teratak Anjung untuk menikmati juadah tradisional sambil duduk bersila di atas serambi papan beralaskan kusyen lembut, meja rendah ala-ala meja jepun menempatkan dulang dan pinggan lauk. Sambil mereka menjamu selera, Jamilah juga menyuap Aleya dengan makanan bayi.
Setelah selesai makan tengahari, mereka singgah sebentar ke pekan Kuah untuk Norhana membeli sehelai baju pakaian kerja, peralatan mandi, makanan tambahan untuk Aleya, dan juga dia membungkus tiga jenis lauk untuk malam nanti.
ʻʻKak Milah, saya ada overnight meeting selama dua hari. Lusa baru balik. Ni bekal untuk malam ni. Kalau ada apa-apa telefon saya ya?ʼʼ pesan Norhana sambil menghulurkan makanan yang telah dibungkusnya tadi.
ʻʻSusah-susah jer, Nor. Akak makan simple jer. Kalau tempat Nor tu ada dapur, dah lama dah akak masak sendiriʼʼ balas Jamilah.
ʻʻMana ada susah, Kak Milah. Ni kan dah sedia masak dah ni. Kalau masak sendiri tu, lagi susah kan?ʼʼ Norhana membalas sembil tersenyum.
ʻʻYa lah, Nor. Akak tak nak Nor membazir jer. Banyak dah Nor belanja ni, kannʼʼ kata Jamilah, mengingati Norhana agar berjimat, walaupun dia kini sudah bergaji besar dengan pangkat Pengurus Bear yang sedang disandangnya sekarang.
ʻʻTak banyak lah, kak Milah. Kak Milah jangan risau ya? Nor tak kan berbelanja melebihi apa yang Nor mampuʼʼ balas Norhana dengan memberi sedikit keyakinan.
ʻʻBaiklah kalau macam tu, Norʼʼ Jamilah sekadar mengangguk sahaja.
Kembali ke Awana Porto Malai, Norhana berehat sebentar dengan tidur petang selama satu jam, sebelum dia mandi dan menukar pakaian formal untuk mesyuarat malam ini. Norhana memakai blaus biru muda, dengan seluar panjang bersesuaian. Blazer putih semalam sedondon dengan beg tangan dan kasut tingginya yang berwarna putih juga. Shawl panjang sutera bercorak awan larat berwarna biru dan bermotifkan merah dan jingga. Solekan tebal di tempek pada wajah, gincu merah pada bibirnya yang terletak. Minyak wangi disembur ke badan.
ʻʻNi nak pergi meeting ke, nak pergi dating ni, Nor?ʼʼ tanya Jamilah.
Norhana tergelak. ʻʻDating apa nya, kak Milah? Saya ni bukan budak muda lagi. Dah masuk kategori makcik-makcik beranak tiga dah kak Milah oiiiʼʼ
ʻʻAwak muda lagi, Nor. Masih bergetah lagi. Rupa Nor masih muda macam umur gadis 20anʼʼ puji Kak Milah melihat Nor yang begitu jelita.
ʻʻTu sebab Nor pakai make-up, kak Milah. Kalau rupa Nor yang kusam dan masam masa baru bangun tidur, mesti orang lari ingat pontianak mana pulak dah mari!ʼʼ gurau senda Norhana membuat Jamilah juga tertawa.
Norhana kemudian memasukkan baju persalinan dan peralatan peribadi untuk dua hari dua malam ke dalam beg hand-luggagenya Tangkai beg beroda itu ditarik buka dan beg itu kemudiannya di tarik dengan tangan kiri.
Sebelum meninggalkan Residential Suite itu, Norhana sempat mendukung Aleya yang sedang tidur. Dicium-ciumnya anak perempuannya itu semahu-mahunya. Dipeluk erat sekali sebelum dibaringkan semula ke atas katil bayi yang diperbuat dari kayu.
Setelah bersalaman dengan Jamilah, Norhana pun menarik beg pakaiannya meninggalkan Residential Suite itu.
ʻʻJaga diri baik-baik. Awak tu perempuanʼʼ pesan Jamilah.
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...