LIMA ʼ99 (Bahagian 3)

9.9K 192 83
                                    

Satu majlis makan malam terkemuka diadakan di Awana Porto Malai, Langkawi. Kesemua orang-orang kenamaan, termasuklah ketua-ketua negara, ketua-ketua agensi, pegawai-pegawai atasan tentera, dan juga wakil dari syarikat-syarikat yang terlibat di dalam urusniaga sempena LIMA ʼ99 dijemput hadir.

Mewakili syarikat milliknya KPM SB, Kenneth Lee dan isterinya Aubrey hadir memakai evening dress yang formal. Kenneth memakai tuxedo hitam dari Benjamin Pang. Isterinya yang berbangsa Khadazan pula memilih busana serba hitam dari Bernard Chandran.

Turut bersama mereka ialah Norhana Yusoff yang memakai busana berwarna serba unggu. Norhana hanya keseorangan, tidak ditemani suaminya Nasir kerana beliau tidak hadir bersamanya ke pulau Langkawi tersebut.

Menaiki Mercedes Benz Vito yang telah ditempah khas untuk syarikatnya, Kenneth, Aubrey dan Norhana tiba ke Grand Banquet Hall utama Awana Porto Malai. Mereka melangkah keluar dengan penuh bergaya dan sopan, Aubrey memaut lengan suami ketika berjalan. Norhana pula mengekori mereka dari belakang, dirinya sendiri tidak berteman.

Dewan besar itu mampu menempatkan beratus-ratus tetamu jemputan. Mereka semua diberikan tempat duduk mengikut nombor meja masing-masing. Setiap meja bulat boleh menempatkan 12 orang tetamu. Tetamu VVIP and VIP duduk di meja-meja khas berhampiran dengan pentas utama, manakala tetamu-tetamu yang lain dicampur adukkan agar mereka dapat berkenalan antara satu sama lain.

Meja yang telah disediakan untuk syarikat KPM terletak di tepi dewan, bersebelahan dengan balkoni menghadap laut Selat Melaka. Bersama mereka di meja itu ialah dua lagi wakil dari syarikat luar negara. Wakil pertama ialah sepasang suami-isteri dari syarikat Baykar Makina dari Turki, diikuti dengan sepasang lagi suami-isteri dari Denel Aviation, sebuah syarikat kontraktor Afrika Selatan. Turut serta bersama mereka juga ialah Timbalan Pengarah dari Jabatan Pertahanan Malaysia bersama isterinya. Sambil berdiri disebelah kerusi makan masing-masing, kesemua yang ada di meja tersebut bersalaman, berbual santai dan beramah mesra antara satu sama lain.

Setelah hampir lima sepuluh minit mereka berbual-bual, masing-masing mula mengambil tempat duduk di meja yang besar itu.

Setelah semua duduk, Norhana perasan di meja mereka ada tiga tempat duduk yang masih kosong.

ʻʻAda guests kita yang belum sampai ke, Encik Saad?ʼʼ tanya Norhana kepada Timbalan Pengarah JPM yang duduk disebelah kirinya.

ʻʻAda, puan. Tiga seat yang kosing tu kalau tak silap saya, untuk delegasi dari US Air Force. Diaorang hantar ramai orang, jadi diaorang agih-agihkan tiga orang dekat meja kitaʼʼ balas Encik Saad kepada Norhana.

Norhana mengangguk senyum. Entah kenapa jantungnya tiba-tiba rasa berdebar-debar. Segelas air kosong dicapai di hadapannya. Diminum seteguk untuk membasahkan tekak. Bekas gincu terlekat pada kaca gelas itu. Dengan tangan yang sedikit gemuruh, Norhana mengambil bedak muka dari tas tangannya. Cermin muka dikepak buka, gincu merah top-up ke bibir.

ʻʻYou nervous ke, Hana?ʼʼ bisik Kennneth yang duduk disebelah kanannya. ʻʻI nampak you shaky a bitʼʼ

ʻʻA bit, Ken. Tak biasa attend big functions macam niʼʼ balas Norhana dengan jujur. Majlis paling besar dia pernah hadiri ialah jamuan malam malam tahunan yang dianjurkan oleh KWSP, tempat suaminya bekerja. Pernah dia juga hadiri majlis kenduri kahwin yang agak mewah. Tetapi malam ini, majlis sangat indah kerana dipenuhi dengan tetamu-tetamu dari serata dunia.

Gincu disimpan semula ke dalam tas tangan. Bibir diketap untuk meratakan gincu, tas tangan dibutangkan rapi dan diletak pada atas peha. Tangan direhatkan atas tas tangan. Kedua kaki rapat, duduk sopan.

Sambil mereka duduk menunggu majlis bermula, deligasi dari tentera udara Amerika Syarikat pun tiba. Tiga darinya yang disebut tadi dilihat datang berjalan menghampiri meja mereka.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now