Majlis pembukaan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition atau nama singkatannya, LIMA ʼ97 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, di dalam satu acara yang gilang-gemilang.
Program majlis LIMA ʼ97 dijadualkan selama empat hari lamanya. Dua hari pertama dibuka kepada agensi kerajaan dan swasta untuk memeterai perjanjian dan urusniaga pembekalan perkapalan dan aero-angkasa. Hanya pada hari ketiga dan keempat barulah pameran itu dibuka kepada orang awam pula.
Norhana yang telah bermalam bersama dengan rakan sekerjanya Sufinah di Langkawi Seaview Hotel yang terletak di pekan Kuah, turut serta bersama kakitangan-kakitangan syarikat KPM SB di majlis perasmian tersebut.
Berpakaian formal, Norhana memakai blouse berwarna biru muda berserta blazer, seluar hitam, kasut tinggi dan tudung shawl dililit pada kepala. Wajah didandan dengan bedak foundation dan bibirnya dicalit gincu merah.
Walaupun Norhana tidak bertugas menjaga booth syarikatnya di Mahsuri Exhibition Centre itu, tetapi dia tetap rajin menyumbangkan tenaga dan masa untuk beramah mesra dengan tetamu dan pelanggan yang hadir ke booth tersebut.
Tetapi sepanjang pagi itu, Norhana seperti tidak memberikan tumpuan kepada perjalanan program. Fikirannya seperti melayang-layang teringatkan sesuatu.
Sekali-sekala, Norhana akan menoleh ke arah tingkap besar MEC untuk melihat keadaan di luar lapangan terbang itu. Matanya melihat pesawat-pesawat yang bersusun kemas di luar lapangan terbang. Tangan seperti buat kerja, tapi mata melilau mencuri-curi pandang ke arah yang sama.
Kejap-kejap pandang luar. Kejap-kejap pandang luar.
ʻʻWei!ʼʼ
Norhana tersentak dari lamunan siang harinya. Terus dia menoleh ke arah suara itu.
Sufinah, rakan sekerjanya berada disebelahnya. Sejak bila dia berada di situ, Norhana sendiri pun tidak pasti.
ʻʻKau dengar tak apa yang aku cakap tadi?ʼʼ tanya Sufinah.
Norhana menggleng kepalanya sekali. Sedikit keliru. Apa yang Sufinah cakap tadi?
Sufinah menghela nafas. ʻʻAda kot tiga kali aku panggil nama kau. Kau ni buat pekak jer ya. Fikiran kau tu dah melayang sampai ke langit tingkat keberapa tu?ʼʼ
Norhana mengebilkan matanya satu-dua kali. ʻʻOhhh... sorry Sue. Aku tak perasan kau ada tadi. Aku... dok tengok fighter-fighter jet kat luar tu jer...ʼʼ
Sufinah menepuk lengan Norhana. Satu senyuman kecil diberikan.
ʻʻTentu kan teringatkan laki dan anak-anak kau kat rumah kan? Mesti diaorang suka tengok fighter jet terbang kalau diaorang ada dekat siniʼʼ kata Sufinah perlahan sambil turut melihat susunan pesawat-pesawat pejuang di luar MEC.
Norhana sekadar mengangguk sahaja. Sama betul atau tidak apa yang dikatakan oleh Sufinah itu, hanya hati dia sahaja yang dapat menjawabnya.
ʻʻKau cari aku tadi sebab apa, Sue?ʼʼ tanya Norhana.
Sufinah menghulurkan jadual aturcara LIMA ʼ97 kepada Norhana. Norhana mengambilnya.
ʻʻAku dapat break setengah jam. Rosli jaga tempat aku. Aku ingat nak ajak kau tengok show dekat luarʼʼ kata Sufinah.
ʻʻShow? Show apa tu?ʼʼ tanya Norhana, mindanya masih belum seratus-peratus kembali ke dunia nyata.
ʻʻRed Arrows lah, biul. Cuba tengok schedule. Sat lagi diaorang nak start. Jom?ʼʼ pelawa Sufinah sambil menarik tangan Norhana sebelum sempat rakannya itu berkata iya ataupun tidak.
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...