LIMA ʼ99 (Bahagian 9) 🔞

31.1K 157 116
                                    

Setelah dua hari dan dua malam Steve dan Norhana berkurung di dalam bilik hotel, akhirnya mereka bersetuju untuk mengambil keputusan keluar berjalan-jalan bersama. Kebetulan cuaca di Langkawi pada siang itu mendung dengan berawan tebal. Cahaya matahari tidak terik bersinar panas di atas kepala. Waktu itu adalah waktu yang sesuai untuk mereka keluar bersiar-siar ditepi pantai.

Nohana memilih untuk memakai baju pantai berwarna putih yang panjang. Dia juga mengambil sehelai scarf berwarna krim untuk dijadikan tudung lilit di kepala menutup aurat.

Tetapi Norhana tidak dibenarkan untuk memakai sebarang bra ataupun seluar dalam disebalik baju pantai itu. Ini adalah kerana sewaktu dia hendak mengenakan pakaian dalam itu pada tubuhnya, ianya telah dihalang oleh Steve.

ʻʻDonʼt wear bra or panties, sayangʼʼ kata Steve sambil mengambil baju dalaman itu dari tangan Norhana.

ʻʻYou ni... segan lah I... if I donʼt wear any bra, dengan baju white beach dress ni boleh nampak my nipples. Lagipun my breasts dah saggy tau. And without panies, boleh nampak bayangan bulu hitam Iʼʼ katanya sedikit malu akibat disuruh berpakaian begitu. Walaupun secara amnya, auratnya akan ditutup, tetapi warna kain putih itu masih akan menampakkan payudara dan celah kakinya yang tidak ditutupi.

ʻʻItu syarat kita nak keluar. Kalau you tak setuju, kita stay dalam bilik ni without anything onʼʼ kata Steve.

Norhana menggeleng kepala, terpaksa akur dengan kehendak teman lelakinya. ʻʻYou ni... apapun we still have to go out ambik angin. I dah tak tahan terperap dalam bilik stuffy ni dah dua hari dahʼʼ

Steve hanya tergelak sambil menyimpan semula bra dan seluar dalam Norhana ke dalam almari.

Bagi Steve pula, dia tidak membawa sebarang persalinan melainkan apa yang dipakainya dua hari lepas. Tanpa memakai seluar dalam, Steve menyarung seluar panjangnya disusuli dengan kemeja tangan panjang yang dilipat kain lengan baju menjadi lengan pendek.

Tidak berkasut, mereka berdua keluar dari bilik hotel itu sambil berpegangan tangan.

Sampai sahaja di Pantai Cenang, Norhana perasan sudah ada mata yang memandang mereka berpegangan tangan. Cuba untuk tidak menarik perhatian lagi, Norhana memilih untuk membuka tudungnya terus dari kepala. Kain scarf di lilit pada leher, berkibaran panjang dibiarkan ditiup angin. Sempat dia singgah di sebuah gerai pakaian di tepi pantai itu untuk membeli cermin mata hitam yang besar dan topi mengkuang yang lebar. Cermin mata disisip dimuka dan topi disarung pada kepala menutup mukanya, agar dirinya tidak mudah dikenali.

Steve faham apa yang Norhana lakukan itu. Mereka bukannya sekarang berada di negaranya di Amerika Syarikat, yang mana pasangan di sana boleh bebas berbuat apa sahaja, tidak dilihat dan dipandang orang sekeliling. Berbanding pula dengan negara ini, segala benda hendak dilihat, hendak dipandang oleh orang ramai. Terutamanya apabila pasangan yang berjalan berpegangan tangan itu ialah seorang lelaki bangsa barat bersama seorang wanita berbangsa melayu.

Tetapi walaupun begitu, Steve tidak peduli orang pandang atau tidak. Disebelahnya ialah teman wanitanya. Kekasihnya. Cinta hatinya. Nak pandang, pandanglah. Malah, dia merasa sedikit megah tatkala ada orang memandang mereka.

Berlainan bagi Norhana pula, hatinya semakin berdebar. Dia ingin sekali bercanda bersama seroang lelaki yang dicintai, berjalan menyusur pantai sambil berpegangan tangan.

Lelaki yang dicintainya itu kini sudah ada disebelahnya. Berjalan bersamanya. Memegang tangannya.

Tapi kenapa hatinya masih terasa muram?

Sambil berjalan, Norhana melihat pasangan-pasangan bersama keluarga-keluarga mereka sedang seronok mengabiskan masa bersama di situ. Ada yang berpegangan tangan. Ada yang duduk ditepi pantai. Ada yang meneman anak-anak mereka mandi laut, buat istana pasir, ada juga yang berendam bersama-sama sambil berpelukan di dalam air.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now