ʻʻHanaʼʼ
Norhana tersedar dari lamunan tatkala namanya dipanggil. Walaupun matanya tadi sedang merenung skrin komputer di hadapannya, tetapi fikirannya jauh melayang ke tempat lain.
Norhana terus mengalihkan pandangannya ke arah suara yang memanggilnya itu. Di hadapan pejabatnya, Sufinah bersandar pada bingkai pintu sambil memeluk tubuh.
ʻʻSue... apahalnya?ʼʼ tanya Norhana sambil melihat rakan sekerjanya itu.
Sufinah tersengih sendiri, sedikit menggeleng kepala, kaki melangkah masuk ke dalam pejabat Norhana sambil tangan masih memeluk tubuh, tangan kanan menggenggam segulung laporan projek.
ʻʻAku tengok kau ni sejak balik dari Langkawi macam patung tak bernyawa jer? Kau okay ke tak ni?ʼʼ tanya Sufinah sambil menghulurkan laporan projek tadi kepada Norhana. ʻʻNi project report Sungai Besi yang kau mintak tuʼʼ
Norhana mengambil laporan tersebut dan kemudian mentelaahnya sehelai demi sehelai, walaupun fikirannya masih lagi belum dapat ditumpukan pada kerja.
Sambil sedikit mengeluh, Norhana berkata, ʻʻEntahlah Sue... Aku tengok... keputusan yang aku buat untuk hidup aku ni... aku pun semakin celaru...ʼʼ Norhana menunduk sambik kedua-dua tangannya mengusap kepalanya sendiri, siku ditongkatkan pada meja, ʻʻ...aku pun dah tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tak...ʼʼ katanya dengan suaranya sedikit sayu, ʻʻ...the thing is... aku dah lama tak dapat tengok anak-anak aku, Sue. I miss them so muchʼʼ
Melihat rakan sekerjanya itu sedang berduka, Sufinah kembali pada pintu pejabat Norhana dan menutupnya perlahan. Kemudian, dia kembali ke meja kerja Norhana sambil duduk di atas kerusi bertentangannya dengan Pengurus Besar itu, tangan rakannya itu diusapnya sedikit.
ʻʻHana...ʼʼ kata Sufinah, memulakan perbualan, ʻʻ...aku tak dapat nak kata apa-apa pasal situasi kau ni, Hana... sebab... nak kata... aku sokong apa yang kau buat sekarang ni... mestilah aku tak sokong... aku pun buntu apa nak cakap dengan kau, Hanaʼʼ
Norhana mengangkat mukanya memandang Sufinah. Matanya berair, ʻʻTeruk sangat ke aku ni, Sue?ʼʼ tanya Norhana dengan suara serak-serak basah.
Sufina mengeluh panjang, tak tahu lagi nak nasihat apa, ʻʻKita ni masih ada agama, Hana... ya... aku faham... kau pernah terlanjur dulu... sampai kau mengandung dan lahirkan Aleya... tapi... itu kisah dulu... kisah dua tahun dulu... tapi sekarang... apa yang kau buat sekarang ni kau rasa lebih baik ke... atau lebih teruk dari apa yang kau buat dulu?ʼʼ
Norhana bersandar pada kerusi kerjanya. Dipusingkan sedikit kerusi itu menghadap tingkap, pandangannya jauh kehadapan. Memandang kekosongan yang menghantui jiwanya.
ʻʻSejak aku lahirkan Aleya... husband aku, mertua aku, family aku, many of my friends... semua dah benci aku... sisih aku... buang aku... aku merana setahun lebih lamanya, Sue... merana sorang-sorang...ʼʼ Norhana kemudian menoleh memandang Sufinah, matanya berlinangan, ʻʻ...until he came back to my life... and I finally feel how to be loved againʼʼ
Sufinah menggeleng kepala. Love... Cinta... Susah nak tafsirkan rumitnya perasaan sebuah cinta ini. Ianya tidak akan difaham walau diajar beratus kali. Ianya tidak akan dierti walau dijelaskan beribu kali. Hanya orang yang merasainya tahu maksudnya. Dan mereka yang tidak pernah mengecapinya tidak akan faham keindahan cinta itu sampai bila-bila.
Bohonglah kalau Sufinah tidak berasa simpati kepada rakannya itu. Begitu banyak arang melintang yang telah dilaluinya. Begitu banyak onak dan duri yang terpaksa dia rempuhninya. Semuanya itu hanya kerana dia mengejar sebuah cinta.
Tetapi hakikatnya, cinta Norhana itu masih terang dan jelas melanggar hukum dan agama.
ʻʻLaki kau tahu ke apa yang kau buat sekarang?ʼʼ tanya Sufinah, sambil melihat jari manis tangan kiri Norhana masih lagi tersisip sebentuk cincin emas.
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...