Dejavu LIMA 2023 (Epilog)

23.2K 267 199
                                    

Mel menghela nafas panjang sambil menutup skrin MacBook Air dihadapannya. Letih jari-jemarinya setelah menaip tanpa berhenti sebuah kisah kehidupan sepasang kekasih yang bertemu dan bercinta di antara dua benua.

Kedua-dua tangan mendepang tinggi melepasi paras kepala, jari-jemari disisipkan terbalik bersama kedua-dua tangan, sendi-sendi diletup-letupkan sambil kepala mendongak sambil memulas-mulas sendiri leher yang lenguh.

Hanya berpakaian mini dress tidak berlengan, celahan ketiak yang licin bercukur nampak dengan jelas tatkala kedua-dua tangannya dilayangkan ke atas. Kacukan gadis Amerika-Melayu berumur 23 tahun ini sangat luarbiasa kejelitaannya, pasti menjadi tumpuan mata mata yang lalu di hadapannya di Mahsuri Exhibition Centre itu.

Kopi Latte Starbucks di atas meja dihadapannya telah lama sejuk. Walaupun begitu, ianya diteguk jua sampai titisan terakhir sebelum gelas kertas itu dicampak ke dalam bakul sampah dihujung kafe itu. Tepat ianya mendarat masuk ke dalamnya.

Komputer riba MacBook Air dan beberapa kepilan-kepilan kertas disusun-susun bersama, keduanya disatukan dan dipaut pada tangan kanan, sambil dia berdiri dengan tangan kiri menyarung kasut tinggi pada kaki ayamnya. Rambut berwarna perang keemasan diselak ke sebalik telinga. Anak matanya yang berwarna hazel bertatahkan iris yang berwarna biru terang memandang ke hadapan, sambil kaki mula melangkah meninggalkan dewan itu.

Semalaman tidak tidur kerana hendak menghabiskan karya yang sedang ditulisnya, kepala Mel terasa berat tatkala dia melangkah jalan di luar dewan Mahsuri itu. Mata sedikit kuyu, tak sabar kepala nak mencari bantal. Sempat dia menguap besar sambil mata dipejam rapat.

Tak perasan hala tuju jalannya, kaki Mel yang berkasut tinggi itu terpijak penutup longkang besi di luar dewan Mahsuri. Tumit tingginya temasuk di dalam celahan besi penutup longkang itu, terus menyebabkan Mel hilang imbangan dan jatuh ke hadapan ke atas jalan.

Hanya dengan menggunakan kepilan kertas dan komputer peribadi menjadi penghadang antara dirinya dan jalan tar, berderai komputer itu jatuh di atas lantai. Tersepah kesemua kertas-kertas atas jalan. Mel menjerit tatkala dia terjatuh. Bukan sangat sebab sakit, tapi lebih dari rasa terkejut.

Patah tumit kasut tingginya. Kakinya terseliuh tatkala kasut yang terpatah itu terlucut dari kaki.

Mel duduk tersandar di atas jalan, kedua-dua tangannya menongkat tubuhnya di belakang. Satu kaki terlunjur lurus, satu kaki lagi menongkat di lutut.

Yang sakit hatinya, beberapa orang di sekeliling tergelak seperti kejadian itu satu benda yang lucu.

Ni lah dia perangai orang kita! Bukan nak tolong! Gelak lagi adalah! Gelak la, gelak! Kelakarlah sangat tengok aku dah jatuh ni! bidas Mel di dalam hatinya sendiri.

Pada waktu Mel cuba untuk berdiri sendiri, barulah dia rasa sakitnya kakinya yang terseliuh tadi. Mel menjerit tatkala dia merasa kesakitan. ʻʻAaaaarrrghhhh!ʼʼ

ʻʻHere, let me help you,ʼʼ tiba-tiba satu suara yang sangat tenang berkata dari seorang lelaki berkulit melayu. Tangan-tangan lelaki itu pantas mengutip kertas-kertas yang bersepah, termasuklah komputer riba Mel yang sudah terbelah dua, skrin kacanya retak dan pecah.

Lelaki melayu itu kemudiannya menghulurkan tangan kanan kepada Mel.

ʻʻTerima kasihʼʼ balas Mel yang muka merahnya tadi kini merasa sedikit lega. Akhirnya ada juga seorang budiman yang menghulurkan bantuan. Wujud juga seorang lelaki yang baik hati di dalam dunia ini.

Tangan lelaki melayu itu disambut, dan lelaki itu membantu Mel berdiri, walaupun Mel masih lagi sedikit terhenjut-henjut sebelah kaki.

ʻʻYou boleh cakap Melayu?ʼʼ tanya lelaki budiman itu.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now