LIMA ʼ99 (Bahagian 13)

10.5K 161 130
                                    

Setelah Norhana mendapat surat ʻdischargeʼ dari Hospital Sultanah Maliha yang ditandatangani oleh Dr. Halimah, beliau dan suaminya Nasir mula meninggalkan hospital itu. Nasir memimpin tangan isterinya yang masih lemah sambil mereka berjalan keluar.

Di luar hospital, pemandu mereka Ahmad sudahpun sedia menunggu dengan MPV hitam Mercedes-Benz Vito yang telahpun dihidupkan enjin dan hawa dingin untuk memberikan keselasaan dalaman kepada penumpangnya.

Ahmad mendapatkan Nasir yang hanya membawa beg galas mengandungi baju persalinan bersamanya. Beg galas itu diambil Ahmad sambil pintu penumpang dibuka untuk memberi laluan kepada pasangan suami-isteri ini masuk ke dalam. Beg galas disimpan ke dalam boot dan Ahmad kemudian memulakan pemanduan MPV itu menuju tempat kediaman mereka di Pelangi Beach & Spa Resort.

Sampai sahaja di resort itu, Norhana teringatkat tentang keadaan biliknya. Terus dia mencadangkan pada suaminya untuk makan dahulu untuk melengahkan sedikit masa mereka sebelum ke bilik. ʻʻBie, awak lapar tak? Saya lapar lah. Apa kata kita makan dulu ya?ʼʼ

ʻʻElok jugak tu. Saya ni pun tak bersarapan pun lagi dari tadiʼʼ balas Nasir, sedikit mengusap perut sendiri. Sepanjang malam dia tidak makan akibat risaukan isterinya yang masuk hospital. Setibanya di Langkawi, Nasir juga tidak terfikir untuk menjamah apa-apa dahulu sebelum dia bergegas untuk melihat isterinya. Akibatnya, perut yang diabaikan sudah mula berbunyi.

ʻʻOkay, kita pergi makan dekat restoran dulu. Bagi saya jumpa dengan reception sekejapʼʼ kata Norhana kepada suaminya.

ʻʻYa lah, saya tunggu kat siniʼʼ balas Nasir sambil duduk di sebuah lounge di ruang lobby utama resort itu.

Norhana kemudian pergi ke kaunter hadapan resort tersebut. Seorang gadis penyambut tetamu tersenyum memberikan salam tengahari.

ʻʻBoleh saya bantu puan?ʼʼ tanya gadis tersebut, senyumannya menandakan yang dia sudah kenal tetamu dihadapannya itu.

ʻʻSaya Norhana Yusoff. Saya duduk Meranti Deluxe Suite. Boleh saya request full housekeeping untuk bilik saya sekarang, please?ʼʼ kata Norhana kepada penyambut tetamu tersebut. Norhana bercakap dengan suara yang agak perlahan, sedikit risau sekiranya suaminya terdengar percakapan mereka, walaupun Nasir duduk agak jauh dari kaunter resepsi tersebut. Yang lebih merisaukan Norhana ialah suaminya Nasir masuk ke dalam biliknya dan melihat bukti-bukti kecurangannya yang telah ditinggalkannya malam tadi. Jadi dia ingin meminta bilik itu dicuci bersih dahulu sambil dia dan Nasir menjamu selesa.

ʻʻDonʼt worry, puan. Kami dah bersihkan bilik puan malam tadi. It looks brand newʼʼ balas penyambut tetamu itu sambil tersenyum. Sedikit kenakalan dapat dilihat dari senyuman gadis tersebut. Semasa bilik itu dikemas oleh petugas-petugas housekeeping malam tadi, dia juga berada di situ dan melihat keadaan ʻsarang seksʼ yang Norhana dan Steve ditinggalkan.

ʻʻTerima kasihʼʼ kata Norhana, menarik nafas lega.

Penyambut tetamu itu kemudian menghulurkan sekeping kad kepada Norhana. ʻʻNi kad bilik puan. Driver puan hantar kad ni pada kami semalam...ʼʼ Norhana mengambil kad bilik tersebut dari gadis itu tadi.

ʻʻ...dan ni pulak henfon puan. Kawan puan hantar pagi tadiʼʼ sambung gadis itu pula sambil menghulur pula telefon bimbit Nokia 3210 kepada Norhana.

ʻʻKawan?ʼʼ tanya Norhana.

Penyambut tetamu itu sekali lagi membuat senyuman nakal kepada Norhana, ʻʻKawan mat salleh yang tumpang bilik puan tiga malam tu lahʼʼ

ʻʻOhhʼʼ kata Norhana, sedikit malu.

ʻʻDonʼt worry puan... kami tak akan charge lebih sebab puan bawak extra guest. Bilik tu pun luas untuk dua orang. In fact, pernah sekali satu family datang duduk situʼʼ katanya sambil tertawa kecil. Tangan ditutup pada mulut, mata sedikit menyepet. Nakal juga gadis resepsi ini.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now