LIMA 2001 (Bahagian 5)

10.1K 180 277
                                    

ʻʻPuan Norhana?ʼʼ tiba-tiba suara Ariff kedengaran memanggilnya dari belakang.

Terkejut Norhana dari lamunannya. Dia tidak sedar yang dia sudah berada di dek atas kapal ʻPrincess of Malaccaʼ itu hampir sejam lamanya. Dia hanya bersendirian, kedua tangan bersandar pada railing sun lounge kapal itu, berdiri sambil angin malam laut bertiup pada shawl tudung kepalanya sampai dia tidak perasan yang tubuhnya sudah mula merasa sejuk.

Norhana terus mengelap air matanya yang sudahpun kering. Dia terus memusing badannya dan menghadap Ariff. Cuba untuk senyum. Cuba. ʻʻYa, Ariff?ʼʼ

ʻʻSaya ada good news, puan. Puan dah dapat bilik dekat upper deckʼʼ kata Ariff sambil menyerahkan kunci salah satu dari suite kepadanya.

ʻʻSorry?ʼʼ tanya Norhana sambil sedikit menggelengkan kepala, kening berkerut tanda tidak faham.

ʻʻMajor Hunter tukar bilik dengan puan. Dia cakap dia nak lepak dekat deck bawah, sebab dia seronok bersembang dengan krew dan kapten dekat kantinʼʼ kata Ariff lagi. ʻʻKami dah pindahkan semua barang-barang puan ke stateroom, dan pindahkan barang-barang Major Hunter pula ke bilik bawah. Jadi malam ni dengan malam besok, puan dah boleh tidur nyenyak sikit. Maaf sekali lagi sebab kekeliruan siang tadiʼʼ

ʻʻOhh... terima kasihʼʼ kata Norhana sambil mengambil kunci tersebut. Dia masih belum betul-betul dapat menghadam apa yang Ariff ceritakan tadi. ʻʻMajor Hunter ada dekat mana?ʼʼ tanyanya pula.

ʻʻMajor Hunter ada dekat kantin. Chef buatkan teh tarik untuk semua krewʼʼ Ariff membalas, sedikit tertawa.

ʻʻOkay... saya nak jumpa Major Hunter sekejapʼʼ kata Norhana.

ʻʻBoleh, puan. Jom ikut saya ke deck bawahʼʼ balas Ariff sambil mempelawa Norhana turun ke perut kapal.

Norhana kemudiannya mengekori Ariff turun tangga ke dek bawah.

Apabila dia dan Ariff sambil ke dek seterusnya, Norhana nampak ada beberapa tetamu lagi masih bercanda di main ballroom. Tetapi mereka nampaknya seperti bertukar-tukar pasangan. Datuk Idris senang menari dengan Puan Aini. Suaminya pula sedang berbual dengan Datin Fatimah. Suami Fatimah pula sedang berbual mesra dengan Datin Khadijah pula. Nampak gayanya juga Mr Kwan sedang menari dengan Mrs Chua, sambil Mr Chua dilihat seperti memeluk Mrs Kwan. Kedua-dua pasangan cina ini nampak seperti sudah mabuk dengan alkohol.

Tengku Jefri dan isterinya Raja Aisyah, dan juga Lt Kol Rizal dan isterinya Puan Ashikin tidak ada di dalam ballroom. Mungkin mereka sudah beradu di bilik tidur. Asalkan mereka juga tak bertukar pasangan, sudah.

Melihat mereka masih bersosial, Norhana turun lagi mengekori Ariff ke dek bawah pula. Dek seterusnya ialah bilik cabin tetamu atau staterooms. Pasti dua pasangan yang hilang tadi sudah berada di dalam.

ʻʻBilik puan ada dekat hujung, suite number 2ʼʼ kata Ariff sambil menunjuk arah ke bilik barunya. Norhana mengangguk.

ʻʻSaya nak turun ke deck bawah kejapʼʼ kata Norhana kepada Ariff.

ʻʻYup, Mejar Hunter ada dekat deck bawahʼʼ balas Ariff sambil mereka berdua meneruskan turun ke dek paling bawah sekali, iaitu yang dinamakan galley atau perut kapal.

Sampai di bawah Norhana kemudian menuju ke kantin. Di situ dia nampak Steve sedang berbual mesra dengan Victor dan dua orang tukang masak di dalam kantin itu. Sesuatu yang dibualkan membuat mereka ketawa besar. Sambil berbual, mereka dihidang oleh minuman teh tarik yang telah disediakan khas oleh tukang masak kapal tersebut. Mereka nampak gembira berseloroh disitu. Ternyata suasana di kafetaria anak-anak kapal ini jauh lebih meriah berbanding ballroom di dek atas.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now