LIMA 2001 (Bahagian 4)

8.8K 178 184
                                    

ʻʻHello? Hello? Mrs. Yusoff? Are you still there?ʼʼ tanya Arthur sedikit risau Norhana tidak menjawabnya. Adakah tawarannya itu tidak cukup memuaskan? Adakah Norhana masih marah padanya?

Norhana yang masih berada di dek atas kapal, terus berundur dari sun lounge itu. Air matanya berlinangan. Sepasang cermin mata hitam diambil dari dalam beg tangannya. Cermin mata itu terus di sisip ke mata. Norhana berlari anak balik ke bilik pemanduan kapal, mengelap air matanya, tak mahu dilihat oleh Victor atau Ong.

ʻʻMrs. Yusoff, are you okay?ʼʼ tanya Ong tatkala melihat Norhana sedikit kalut.

ʻʻWhat?ʼʼ Norhana sedikit terjekut pabila ditanya oleh Ong.

ʻʻYour phoneʼʼ Ong menunjukkan pada telefon Motorola V66 yang masih ditangan. Penutup flip-phone itu masih terbuka.

ʻʻMy what?ʼʼ tanya Norhana, masih terpinga-pinga.

Ong menunjukkan sekali lagi pada tangan Norhana yang memegang telefon. Arthur masih lagi memanggilnya di sebalik talian.

ʻʻOhh!ʼʼ Norhana baru perasan yang dia masih lagi belum matikan perbualannya dengan Arthur.

Dengan pantas, Norhana terus menekapkan telefon itu semula ke telinganya. Namanya didengar dipanggil berkali-kali.

ʻʻArthur! Sorry, I was distracted!ʼʼ balas Norhana, nafasnya cetek. Tangan kiri diletakkan pada dada.

ʻʻItʼs okay, Mrs. Yusoff. I understand you are still upset. I understand... I understand completely. I can fix that, no problem. Apart from the use of the Cinta Mahsuri free of charge, we will also give you free romantic package for you and your husband on the boat as well...ʼʼ

ʻʻThat is fine, Arthur! Thank you, but I have to go now!ʼʼ kata Norhana pantas, dadanya berdebar macam rebana yang sedang dipalu dengan laju.

ʻʻPlease donʼt be angry with us...ʼʼ belum sempat Arthur menghabiskan ayatnya, Norhana terus menutup flip-phone Motorola tersebut sekaligus mematikan talian.

ʻʻMadam? Is everything okay?ʼʼ tanya Ong, sedikit perihatin tatkala melihat Nohana yang seperti agak kalut.

ʻʻYes, yes. Iʼm okay, captain. Sorry... tadi I rasa gayat sikitʼʼ kata Norhana sekadar membuat cerita.

ʻʻEhh... puan ni... kita belum pun berlayar lagi, tak kan puan dah seasick kot?ʼʼ kata Ong cuba untuk membuat lawak, ʻʻDo you want a glass of water?ʼʼ pelawa Ong pula.

ʻʻTak... tak mengapa... thank you, anywayʼʼ kata Norhana sambil membetul-betulkan beg tangan yang tidak perlu untuk dibetulkan.

Kenapa dia ada dekat sini lagi? Bukan ke dia yang tinggalkan aku dua tahun yang lalu??

Norhana perlahan-lahan berjalan ke arah tangga ke dek bawah. Dari atas, dia meninjau-ninjau ke dek bawah, kalau-kalau Steve ada di situ.

Setelah ditinjau beberapa kali, Norhana kemudian turun dengan perlahan. Sempat dia tengok ke arah beberapa tetamu yang sudah ada di tingkat tersebut. Mereka sendang leka berbual mesra antara satu sama lain.

Tetapi Steve tidak ada dikalangan mereka. Mesti dia masuk ke bilik tidurnya dulu kot.

Norhana sedikit terkejut apabila dia melihat Ariff berada di belakangnya. Dia bersama dua orang lagi krew kapal menaikkan tanjak dari jeti ke dalam kapal tersebut.

ʻʻAriffʼʼ panggil Norhana. Ariff berhenti dari buat kerjanya dan menyuruh dua rakan yang lain meneruskan mengikat tanjak.

ʻʻYa, puan?ʼʼ tanya Ariff, sopan.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now