Kereta Steve tiba di perkarangan Mahsuri Exhibition Centre. Kawalan keselamatan di tempat tersebut agak ketat. Hanya kenderaan yang mempunyai pas pelepasan sahaja yang dibenarkan masuk. Untungnya, Steve selaku juruterbang tentera dari Tentera Udara Amerika Syarikat mempunyai pas yang telahpun dilekat pada cermin hadapan keretanya. Apabila kenderaan itu tiba di gate utama MEC, pegawal yang bertugas memberikan tabik hormat dan menaikkan palang gate tersebut untuk membenarkan kereta Steve masuk ke dalam.
ʻʻDrop me off thereʼʼ kata Norhana kepada Steve, apabila Steve memandu keretanya ke bahagian hadapan kompleks MEC tersebut. ʻʻIʼll get someone to unload the boxes from your carʼʼ katanya lagi.
ʻʻLet me do that, Hannah. Why you go and get your friends while I unload these for youʼʼ pelawa Steve kepada Norhana.
ʻʻBut these boxes are really heavy, Steveʼʼ balas Norhana, mengenangkan betapa peritnya dia mengangkat satu persatu kotak-kotak berat itu sejak dari pagi tadi.
ʻʻI didnʼt join the military if I canʼt carry mere boxes, my dearʼʼ kenyit sebelah mata Steve kepada Norhana.
Norhana hanya senyum kembali memberi terima kasih dengan senyumanya itu. Betul juga kata Steve tu tadi. Beliau kan seorang ahli tentera? Pastinya dia mempunyai kekuatan fizikal untuk mengangkat kotak-kotak itu. Norhana teringat kembali kepada dua orang koperal yang membantunya mengangkat kotak-kotak itu di Airod subuh tadi. Mereka setiap seorang menggalas dua kotak pada setiap bahu kiri dan kanan tanpa berpeluh setitik pun. Berbeza dengan dirinya yang lencun basah dengan keringat hanya dengan memeluk satu kotak sahaja.
Yakin yang Steve boleh mengendalikan kotak-kotak itu seorang diri, Norhana kemudian turun dari kereta Steve, dan berjalan memasuki pejabat urusetia MEC. Ianya terletak di tepi dewan utama, kain rentang ditulis dengan huruf besar.
Di dalam pejabat itu, keadaan agak riuh rendah dengan pelbagai orang berpusu-pusu membuat kerja masing-masing dari pelbagai agensi swasta dan jabatan kerajaan.
Norhana menghampiri sebuah kaunter urusetia. Seorang gadis pekerja LeProton sedang ralik menyediakan pas-pas pekerja.
ʻʻSaya Norhana Yusoff dari Kesawa Project Management Sdn Bhd. Saya baru sampai hari niʼʼ kata Norhana kepada gadis urusetia itu sambil menghulurkan MyKad untuk pengesahan diri.
Gadis itu kemudian memeriksa senarai pekerja dari dalam fail yang dipegangnya. Fail bercetak di hadapannya itu boleh tahan tebal juga isinya.
Kalau nama aku tak ada dalam list tu, aku nak balik sekarang jugak. Kata Norhana dalam hati sambil memeluk tubuh melihat gadis urusetia itu menyelak satu persatu helaian dari fail telah dihadapannya.
Setelah seminit dua berlalu, akhirnya nama Norhana ditemui.
ʻʻOh ya... Puan Norhana. KPM. Nasib baik ada. Nama puan baru jer dimasukkan pagi tadi. Baru print list baru niʼʼ kata gadis urusetia itu kepada Norhana. Kad nama dicetak. Kad masukkan ke dalam sarung plastik. Pas itu diikat dengan tali untuk disarung ke leher. Ianya dihulurkan kepada Norhana. ʻʻNi dia pas Puanʼʼ katanya sambil tersenyum.
ʻʻTerima kasihʼʼ balas Norhana sambil mengambil pas kebenaran itu. Tali pas disarung ke leher.
Setelah mendapat pas kebenaran, Norhana kini boleh memasuki dewan utama MEI menerusi mesin imbasan yang dikawal anggota keselamatan. Di dalam dewan, ratusan orang sibuk bekerja mengemudi kaunter-kaunter pameran masing-masing.
Dari pelan lokasi yang telah pernah dilihatnya sewaktu dia membuat tempahan, Norhana masih ingat lagi di mana kedudukan kaunter KPM di dalam dewan itu. Kakinya terus melangkah ke arah tempat berkenaan.
Booth pameran KPM terletak di hujung dewan, bersebelahan dengan pentas utama. Walaupun di hadapan, ianya sedikit tersorok dari booth yang lebih besar dari syarikat-syarikat terkemuka.
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...