Norhana membuka matanya perlahan. Nyenyak tidurnya malam tadi. Dua kali dia klimaks sewaktu bersenggama bersama Steve. Tidak pernah dalam hidupnya dia klimaks dua kali dalam satu malam. Itulah kali pertama buat dirinya.
Bukan itu sahaja perkara kali pertama yang dialaminya.
Kerana apabila Norhana menoleh kepalanya kesebelah bantalnya, dia melihat seorang lelaki yang menidurinya malam tadi.
Buat pertama kali dalam hidupnya, Norhana telah ditiduri seorang lelaki yang bukan suaminya.
Kedua-dua tubuh mereka berbogel di atas katil, hanya ditutupi dengan sehelai selimut. Ianya satu lagi perkara baru buat Norhana. Malam tadi adalah kali pertama dia tidur dalam keadaan bertelanjang bulat.
Norhana menghela nafas sambil melihat Steve yang masih tidur disebelahnya.
Sayu hatinya mengenangkan dia telah berlaku curang kepada suaminya, Nasir. Berat untuk dia ungkapkan sebuah perasaan yang dia rasai pada ketika itu.
Adakah dia rasa bersalah... jawapannya iya.
Adakah dia merasa berdosa... tentu sekali.
Adakah dia merasa menyesal...
Tidak sama sekali.
Walaupun ada perasaan bersalah dan berdosa terdetik di dalam hati, tapi apa yang dikecapinya malam tadi bersama Steve adalah satu impian yang telah sekian lama diinginkan.
Pada malam tadi, pertahanan syahwatnya tidak dapat lagi dibendung. Tidak dapat lagi dikawal. Norhana menyerah sepenuhnya pada kehendak batin. Menyerah secara total. Tiada agama, tiada batasan, tiada lagi apa-apa yang dapat menghalang. Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur bersauh hanyut terus ke lautan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai terbenam sampai ke hati. Berani buat, berani tanggung, sekali mengecapi indahnya bercinta takkan dilepaskan sampai mati.
Tersenyum sambil mengingati semula memori intimya bersama Steve malam tadi, Norhana dengan perlahan mengesot tubuhnya yang bogel itu untuk mendekati tubuh Steve yang masih berbaring.
Tatkala tubuhnya tersentuh tubuh Steve, Norhana memeluk kekasihnya itu, dibenamkan muka ke atas dada, payudaranya di tekan pada badan, tangan memeluk tubuh yang sasa.
Bibir mencium dada yang bidang. Hidung menarik nafas dalam menghidu tubuh seorang lelaki yang tegar. Sedap sungguh bau tubuh lelaki yang dipeluknya ini. Harum tegar bauannya sehingga menyusuk ke dalam kalbu.
Norhana mengesot manja pada Steve bagaikan seekor kucing bermanja dengan tuannya. Hidung dimain-main pada dada, nafas ditarik bagaikan candu sedap baunya.
Akibat geselan kulit bertemu kulit, badan bertemu badan, Steve perlahan-lahan terjaga dari tidurnya.
Steve menoleh kepalanya kepada Norhana.
Sangkanya dia bermimpi.
Sangkanya dia berkhayal.
Kerana di dalam pelukannya terbaring seorang bidadari yang tidak sehelai pun dilapik dengan kain pakaian, kembali kepada fitrah seperti baru dilahirkan. Bidadari yang sekian lama diidam-idami, yang dikenang setiap hari, yang ditagih oleh hati.
Kini bidadari itu sedang bermanja di dalam dakapannya.
Kalau ini bukannya syurga, apakah yang hendak dimintanya lagi.
ʻʻGood morning, sayangʼʼ kata Steve dalam bisikan kepada teman wanitanya.
Norhana tersenyum, mendongakkan kepala melihat tuan baharu yang telah berjaya menakluki zahir dan batinnya. Tuan baharu yang telah memilikinya sekarang. ʻʻSelamat pagi, sayangʼʼ balasnya dengan manja.
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...