Pesawat TUDM DHC-4 Caribou selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Langkawi jam 9:00 pagi. Perjalanan ke Langkawi mengambil masa dua jam kerana pesawat tentera turbo-prop itu terbang lebih perlahan berbanding pesawat jet Boeing 737 yang biasa digunakan oleh Malaysia Airlines.
Sejurus sahaja tayar mencecah landasan, Norhana terjaga dari tidurnya. Walaupun tidak sedar sepanjang pejalanan, telinganya merasa bingit akibat kuatnya bunyi enjin berkipas pesawat itu. Tubuh badannya berpeluh akibat tiada penghawa dingin di dalam perut kapal terbang itu.
Pesawat DHC-4 itu bergerak menuju ke hangar TUDM, sedikit jauh dari terminal awam dimana pesawat MAS selalu berhenti. Tibanya di situ, tanjakan belakang pesawat dibuka turun, dan anggota-anggota tentera mula memunggah kargo keluar dari perut pesawat.
ʻʻDah sampai, kakʼʼ kata anggota tentera berpangkat koperal tadi. ʻʻSori lah kalau flight kita tadi agak kurang selesa. Biasalah, military aircraftʼʼ katanya sedikit tersenyum.
ʻʻTerima kasihʼʼ kata Norhana sambil meleraikan tali pinggang five-point yang mengikat tubuhnya sewaktu dia berada di dalam pesawat itu. ʻʻTak pe, saya okay jerʼʼ senyum Norhana kembali.
ʻʻJom masuk dalam. Saya tolong clearkan kotak-kotak akak niʼʼ katanya lagi. Koperal itu kemudian mula melangkah turun dari tanjak belakang pesawat itu. Norhana mengekori koperal tadi masuk ke dalam dewan pemprosesan TUDM. Semasa berjalan turun, Norhana nampak kotak-kotak miliknya beserta dengan kargo-kargo lain dipindahkan dari perut pesawat ke atas sebuah kenderaan tarik yang menunggu.
Norhana, koperal tadi, dan beberapa anggota tentera lain berjalan masuk dari tarmac lapangan terbang ke dalam dewan TUDM. Sampai sahaja ke dalam, Norhana menghela nafas lega kerana merasai hawa dingin dewan yang dipasang di dalam bangunan itu akhirnya dapat menyejukkan tubuh badannya yang hangat.
Koperal tadi kemudiannya membawa sebuah troli leper beroda, dan kemudian mereka menunggu kargo-kargo yang ditarik kenderaan tadi sampai dan dipindahkan ke dalam dewan. Koperal itu dan Norhana kemudiannya memindahkan satu persatu kotak-kotak tadi ke atas troli leper itu pula.
Setelah melalui beberapa pemeriksaan keselamatan, Norhana di bawa ke dewan menunggu di mana ramai anggota-anggota tentera dan ahli-ahli keluarga mereka berada di situ.
ʻʻKak, saya tinggalkan troli ni dengan akak, boleh? Saya kena sambung kerja lainʼʼ tanya koperal tadi.
ʻʻOh, boleh jer. Terima kasih sebab tolong saya tadiʼʼ balas Norhana tersenyum. ʻʻHmm... koperal... nak tanya... plane tadi pukul berapa fly back to KL?ʼʼ
Koperal itu sedikit keliru. ʻʻSori? Fly back? Akak nak balik KL balik ke? Kan baru jer sampai?ʼʼ
ʻʻSaya nak hantar kotak-kotak ni pada company saya. Tapi lepas tu, saya tumpang balik plane tadi nak balik KLʼʼ Norhana sedikit tersengeh sendiri, ʻʻBukan apa... family saya dah plan pergi holiday hari niʼʼ
Koperal tadi menggaru kepala sedikit, ʻʻErmm... kak... tapi... plane tadi tu tak balik KL hari ni... lagi seminggu baru dia fly balikʼʼ katanya, suaranya seperti berbunyi memohon maaf.
Norhana terkejut mendengar kata koperal tadi.
ʻʻWhaaat??ʼʼ mata Norhana terbeliak. Seminggu??
ʻʻEhh... akak baru tahu ke... tapi mesti akak dah tahu kan masa ikut kitaorang tadi?ʼʼ tanya koperal itu.
Norhana terduduk di atas susunan kotak-kotak di atas troli leper itu. Dia mengeluh kehampaan. Tangan mengusap tudung di kepala. Anak-anak rambut sudah kelihatan dari dalam tudung pada kulit kepalanya yang berpeluh. ʻʻYa Allahʼʼ keluhnya perlahan. Semalam dia telah berjanji kepada suaminya Nasir agar dia balik secepat mungkin selepas menghantar kotak-kotak itu ke Langkawi. Nampak gayanya, satu lagi janjinya akan bakal didustai.
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...