Tibanya di Pelangi Beach Resort, Steve teus memakir keretanya di tempat letak kenderaan pelawat. Mereka berdua turun dari kereta tersebut, dan mula berjalan menuju ke lobby resort. Norhana sudah kurang berpeluh berbanding tadi, udara sejuk dari penghawa dingin kereta Steve telah dapat mengeringkan sedikit sebanyak peluhnya. Tetapi badannya masih kurang selesa. Melekit dan kusam, dicampur lesu dan penat yang masih terasa.
Steve terus membawa Norhana ke biliknya. Dalam perjalanan ke bilik Steve, Norhana dapat melihat ramai anggota-anggota tentera AS sedang berehat di lobby resort tersebut. Seingatnya, sewaktu dia membuat tempahan untuk rakan-rakan sekerjanya, Norhana memang sudah maklum yang keseluruhan resort itu telah ditempah secara pukal oleh kontijen dari Tentera Udara AS.
Bilik hotel Steve adalah sebuah deluxe suite, sesuai dengan pangkatnya seorang Kapten. Di dalamnya terdapat sebuah katil queen size, meja solek dan dua buah kerusi kulit beserta meja kopi kecil di antaranya. Bilik itu mempunyai sebuah balkoni menghadap pantai. Walaupun bilik itu dikhaskan untuk seorang dua tetamu sahaja, tetapi ruang dalamnya agak luas dan selesa.
ʻʻIʼll leave you here for a while for you to freshen up. Iʼm going back down to the lobbyʼʼ kata Steve pada Norhana sambil tersenyum.
ʻʻThank you, Steve. You have been more help than you shouldʼʼ Norhana menjawab senyuman Steve sambil mengangguk berterima kasih.
ʻʻDonʼt mention it. Iʼll be back in ten minutes to check on you. Or... do you prefer fifteen?ʼʼ tanya Steve.
ʻʻFifteen would be niceʼʼ senyum Norhana.
ʻʻFifteen it is. See you in a bitʼʼ Steve membalas senyuman.
Steve kemudiannya meninggalkan Norhana untuk berada di dalam bilik tersebut sendirian.
Sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup, Norhana terus rebah membaringkan dirinya di atas katil sambil menghembus nafas panjang. Barulah sekarang dia dapat berehat sedikit selepas setengah hari berhempas pulas dengan barang-barang yang dibawanya.
Sambil dia terbaring terlentang di atas katil dengan kedua tangan rebah ketepi, barulah Norhana dapat menghidu aroma tubuhnya sendiri.
ʻʻYa Allah, busuknya badan aku. Mesti mamat salleh tu loya bau badan aku tadiʼʼ kata Norhana sendirian. Masih tidak lagi bergerak, Norhana terus berbaring mengeringkan saki-baki peluhnya dengan hawa dingin bilik tersebut.
Menyedari yang dia hanya diberikan masa 15 minit sahaja, Norhana kembali bangkit dan duduk di atas katil. Badannya yang berpeluh tadi sudah kering sepenuhnya, tetapi kulitnya masih melekit pada kain baju.
Dengan perlahan, Norhana menanggalkan blouse dan seluar panjangnya. Tompok peluh jelas kelihatan pada kedua-dua kawasan ketiak blouse tersebut. Norhana tergelak sendiri diikuti perasaan malu. Disidai blouse itu penyidai pakaian pada tepi pintu masuk untuk mengeringkannya.
Saputangan Steve kemudian dikeluarkan dari beg tangannya. Kain putih itu telahpun kotor berbekas dari mengelap peluhnya tadi. Ianya dilipiat kemas dan diletakkan di atas meja. Sempat diusap sekali saputangan itu sambil mengucapkan terima kasih dari dalam hati.
Kemudian Norhana menanggalkan pula bra dan seluar dalamnya. Keduanya juga cangkuk di tempat penyidai pakaian. Badannya masih lagi melekit dengan peluh yang sudah mengering akibat banyak mengangkat barang di tengah-tengah panas terik mentari tadi. Tidak dapat melawan kenikmatan hawa dingin bilik tersebut, Norhana kembali rebah semula di atas katil, kali ini dia terlentang tanpa sebarang utas benang di atas badannya sambil menikmati udara nyaman penghawa dingin bilik tersebut.
Nyaman udara dingin bilik tersebut menyebabkan Norhana sedikit terbuai. Matanya perlahan-lahan menjadi malas.
Selepas beberapa minit berlalu, Norhana yang sekali lagi hampir terlelap terus kembali bangun dari katil. Kali ini tapak kakinya berjalan lekas menuju ke bilik mandi. Dia sedar yang di hanya diberikan lima belas minit sahaja! Itu pun dah berapa minit sudah berlalu! Sebelum terleka dengan waktu, Norhana perlu mandi dengan segera. Nanti tak pasal-pasal masuk pulak Steve balik ke bilik melihat tubuhnya tidak berlapik dengan sehelai kain pun!
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...