ʻʻCan I have my good luck kiss, hunn?ʼʼ Steve bertanya dengan nada suara yang seakan merayu, meminta.
Norhana tersenyum, sedikit menggeleng kepalanya dengan sikap nakal Steve yang meminta bagai seorang budak kecil.
Tangannya dikepilkan belakang, mata sedikit tertutup, tubuh melentok sedikit ke hadapan untuk mencium pipi Steve, sama seperti yang dilakukannya semalam.
ʻʻCan I have your kiss on my lips this time?ʼʼ bisik Steve tatkala bibir Norhana sudah hampir beberapa milimeter menyentuh pipi Steve.
Norhana membuka matanya, terus dia menarik dirinya kembali berdiri tegak. ʻʻSteve! Mengada betul lah you nii!!ʼʼ
ʻʻMeng... gada?ʼʼ tanya Steve, ʻʻWhat does that mean?ʼʼ
Norhana menjelir lidahnya, ʻʻIt means you are so naughty... naughty boy, Steve! And so silly! Youʼre asking more than what you can get!ʼʼ
ʻʻBut, sayang... youʼre my wife. A wife should kiss her husband you know... at least on the lipsʼʼ seloroh Steve sambil tertawa kecil dengan gurauannya.
Norhana mengerutkan mata dan mukanya sekali, terus mencekak pinggang. ʻʻWhere does this sayang sayang comes from??ʼʼ
Steve hanya tergelak. ʻʻHeyy... I also learn a Malay word or two on my own, you know... ʻSayangʼ... that is that what a husband call his wife in malay, isnʼt it?ʼʼ
ʻʻSteeevvee!!ʼʼ jerit Norhana terjengket-jengket macam gadis kecil yang tengah marah dan garam.
Steve hanya tergelak kuat. ʻʻOkay... okay... enough fooling around... Iʼll settle for kiss on the cheeks rather than no kiss at all. You donʼt want me to crash, would you?ʼʼ ujar Steve sambil mengeyit sebelah matanya.
Norhana hanya menggelengkan kepalanya sekali lagi. Dengan perasaan yang masih geram, dia terus sahaja mencium pipi Steve dengan pantas tetapi padat, kali ini meninggalkan bekas gincu merahnya di pipi lelaki itu. ʻʻThere! Happy, now??ʼʼ
Steve menciut hujung hidung Norhana. ʻʻIʼll be smiling all the way to the sky now, sayangʼʼ katanya dengan nada masih berjenaka.
ʻʻHmmpppttff!ʼʼ Norhana menghembus geram dari bibir yang diketapnya, masih geram dengan sikap Steve yang tak habis-habis menyakatnya itu.
Begitulah kemesraan yang ditunjukkan antara Norhana dan Steve pada hari berikutnya. Kadang-kadang kelucuan mereka dapat perhatian anggota-anggota tentera Amerika Syarikat lain yang bertugas hari itu. Ada juga yang gelak, ada juga yang bertepuk sorak melihat telatah Norhana dan Steve. Bagi mereka, gurauan mesra antara wanita Melayu dan lelaki Inggeris ini hanyalah sekadar gurauan biasa sepasang suami-isteri.
Dari pagi hinggalah ke petang, Norhana hanya menghabiskan masa di kem tentera AS, berkat dari ʻSpouse Passʼ yang telah diberikan oleh Steve kepadanya. Yang untungnya, di kem AS itu, tiada kelibat warganegara tempatan yang menyibuk-nyibuk menjeling atau mencuri-curi pandang menjaga tepi kain orang. Kebanyakan dari ahli tentera dan pasangan masing-masing adalah dari warga negara barat.
Norhana sempat juga berbual-bual dengan isteri-isteri anggota lain. Mereka ada yang terperanjat apabila mengetahui Steve Hunter sudah berkahwin.
ʻʻI never knew Steve is already married! This is quite a surprise! Itʼs so amazing he managed to keep this a secret!ʼʼ celoteh salah seorang daripada mereka kepada Norhana, yang menyangka dia adalah isteri kepada Steve. Lebih-lebih lagi, secara kebetulan Norhana sedang memakai cincin nikah di jari manis tangan kiri.
ʻʻTo be honest, there are still so many secrets I still didnʼt know about Steve!ʼʼ jawab Norhana bersahaja. Mereka semua gelak ketawa. Terasa suasana kemesraan di kem itu.
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...