Keesokkannya sebelum waktu subuh mendatang, Norhana sudah bangun apabila dia dikejutkan oleh sebuah jam loceng yang telah dipasang untuk memastikan dia tidak terlajak tidur pada hari yang penting itu.
Suaminya Nasir yang masih nyenyak disebelahnya mengeluh dalam tidurnya akibat bunyi bising loceng itu. ʻʻTutuplah!ʼʼ kata Nasir yang masih berada di dalam baringnya.
Norhana yang masih pisat-pisat dengan gegas mematikan jam loceng itu. Dia menggeliat badan dan menguap besar sambil melihat tubuh badan suaminya yang tidur membelakanginya.
Tanpa melengahkan masa, Norhana terus turun dari katil dan bergegas ke bilik mandi.
Tubuh badan dibasah dan disabun secara ala kadar di bawah pancuran air shower yang panas. Rambutnya yang panjang melepasi belakangnya itu tidak dibasuh kerana dia tahu ianya akan memakan masa yang agak lama untuk dkeringkan nanti. Gigi digosok untuk menghilangkan bau air liur basi semalaman.
Selesai sudah mandi, Norhana terus keluar dari bilik air dan melihat suaminya masih tidak berganjak dari tempat tidurnya tadi. Tidak mahu menggangu suaminya itu, Norhana hanya menyalin baju dalam keadaan bilik yang separa gelap, hanya diterangi lampu meja disebelah katil. Bra dan panties dipakai, deodorant disembur pada celah ketiak dan badan, blouse disarung, seluar panjang kain dikenakan pada kaki. Blazer kuning muda diketap pada tubuh. Kain shawl dililit pada kepala menutup aurat.
Norhana tidak banyak membawa baju tambahan bersamanya. Dia tidak merancang untuk bermalam pun di Langkawi. Kalau boleh nak balik hari yang sama setelah kotak-kotak di hantar kepada rakan-rakan sepejabatnya. Niat di hati hendak sertai keluarganya di Fraserʼs Hills sejurus sahaja dia kembali.
Bergegas anak kaki turun ke ruang tamu, Norhana terus menalifon sebuah teksi untuk membawanya ke lapangan terbang Subang.
ʻʻHello. Saya perlukan teksi untuk ke Subang Airport dari Seksyen 17 Shah Alamʼʼ kata Norhana kepada switchboard perkhidmatan teksi itu.
ʻʻBoleh, puan. Berapa ramai penumpang, dan berapa banyak beg?ʼʼ tanya gadis disebalik talian.
ʻʻSorang passenger, satu beg kecil, tapi ada enam kotak besarʼʼ balas Norhana.
ʻʻOkay, puan. Teksi sampai lagi sepuluh ke lima belas minitʼʼ balas gadis tadi.
ʻʻTerima kasihʼʼ kata Norhana kemudian mematikan talian.
Sebelum teksi tiba, Norhana naik kembali ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik tidurnya. Suaminya Nasir masih tidak berganjak dari tempat asal.
ʻʻAwak. Saya nak pergi dulu niʼʼ kata Norhana meminta izin keluar rumah. Harapannya dapat menyalam tangan suami sebelum pergi.
ʻʻHmmmpphh!ʼʼ balas Nasir dalam tidur, masih membelakangi Norhana. Entah dah bangun, entah buat-buat tidur, dia pun malas nak tahu.
Norhana mengeluh perlahan. Dia tahu suaminya masih marahkannya.
Dengan rasa sedikit hampa, Norhana kemudian meninggalkan bilik tidur itu. Sebelum pintu ditutup, sempat berbisik perlahan ʻʻAssalamualaikumʼʼ pada suami yang kembali berdengkur.
Norhana kemudian menjenguk kedua-dua anak lelakinya yang juga masih lena di atas katil masing-masing.
ʻʻMak pergi dulu ya. Mak sayang abang, mak sayang adikʼʼ kata Norhana sambil mencium-cium Naufal dan Nabil. Adik beradik ini tidur di atas katil berasingan di dalam bilik yang sama. Si abang tidak membalas, si adik pula menepis kepalanya sendiri tatkala dicium Norhana. Norhana tersenyum melihat telatah anak-anak lelakinya itu. Kalau sang suami sering berkelahi, anak-anak lah penyejuk hati.
Meninggalkan suami dan anak-anaknya menyambung tidur masin-masing, Norhana terus turun ke tingkat bawah rumah sambil menarik beg pakaian kecilnya. Hatinya masih sedikit terasa terkilan kerana tidak langsung mendapat lambaian dari sang suami.
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...