LIMA ʼ99 (Bahagian 12)

10.9K 155 218
                                    

Steve...

Kepala Norhana terasa berat. Tubuhnya masih sengal-sengal. Segala ototnya seperti berdenyut-denyut. Celah kelangkangnya masih terasa kebas.

Norhana terbaring di atas katil, berpakaian baju pesakit hospital, tudung serkup berwarna biru muda di kepala.

Apabila Norhana dapat membuka matanya semula, benda pertama yang dia nampak ialah seorang lelaki di atas kerusi yang sedang tertidur di tepi katilnya. Pandangannya masih lagi sedikit kabur. Tapi dia nampak kepala lelaki berambut perang itu berada di sebelah tubuhnya yang terbaring, berbantalkan dua tangan sendiri yang direhatkan pada tepi tilam katil itu.

ʻʻSteve... sayang... I ada dekat mana ni?ʼʼ bisik Norhana perlahan, sambil tangan mengusap kepala berambut perang lelaki itu.

Penglihatan Norhana beransur-ansur pulih. Warna rambut lelaki yang tadinya perang itu tiba-tiba bertukar pula menjadi hitam.

Lelaki itu pula terkejut dari tidurnya apabila kepalanya disentuh oleh tangan Norhana. Kepalanya diangkat, dan dia terus menoleh melihat Norhana.

Alangkah terkejutnya Norhana kerana lelaki itu bukanlah Steve seperti yang disangkanya. Tetapi...

ʻʻBieʼʼ bisik Norhana. Berdebar jantungnya tatkala dia melihat suaminya berada di depan mata. Sedangkan dia baru sahaja menyebut nama lelaki lain.

Nasir tersenyum melihat isterinya yang sudah bangun. Dengan pantas, dia kemudian menoleh kepalanya kearah kakitangan hospital yang berada di dalam wad itu.

ʻʻDoktor... Nurse... isteri saya dah sedar!ʼʼ katanya sambil tersenyum lebar. Gembira rasa hatinya. Syukur pada Allah.

Norhana menutup matanya seketika sambil menghela nafas lega. Tangan diletakkan pada dada. Nasib baik laki aku tak dengar nama yang aku sebut tadi! Katanya dalam hati sambil menarik nafas panjang sekali.

Seorang doktor wanita bersama seorang jururawat datang menghampiri katil Norhana. Doktor itu memberikan senyum manis pada pesakit yang masih terbaring itu.

ʻʻPuan Norhana. Welcome back. How do you feel?ʼʼ tanya doktor itu. Fail ditangan dikepit pada badan.

Norhana senyum antara larat dan tidak kepada doktor wanita itu, ʻʻPenat sikit. Badan saya masih sengal-sengalʼʼ jawabnya perlahan.

ʻʻAs expected. Puan tidur lama jugak sebab kami beri sedative. Ambulans jumpa puan tak sedarkan diri berhampiran dengan resort tempat puan menginap. Kami beri IV fluid to top-up your dehydration. Puan ingat ke apa yang terjadi pada puan?ʼʼ tanya doktor itu.

ʻʻMungkin saya kerja penat sangat agaknya sampai tak sedar waktu. Tidur pun tak menentuʼʼ balas Norhana perlahan. Matanya dialihkan dari memandang wajah doktor itu.

ʻʻOh, ya? Kerja apa tu agaknya, puan?ʼʼ tanya doktor itu lagi, suaranya sedikit berbunyi menyindir. Jururawat disebelahnya cuba menahan diri daripada tergelak, tapi ekspresi mukanya dipadamkan dengan cepat.

Norhana tidak mahu menjawab soalan doktor itu. Sebaliknya dia menoleh ke arah suaminya yang masih duduk disebelahnya.

ʻʻBila awak sampai?ʼʼ tanya Norhana kepada suaminya.

ʻʻSubuh tadi. Boss awak call saya semalam. Dia yang bagitahu awak dikejarkan ke hospital sebab pitam. Semalaman saya tak tidur. Nasib baik boss awak dapatkan saya tiket MAS subuh tadi. Terus saya datang ke siniʼʼ Nasir bercerita satu persatu.

ʻʻTerima kasih awak, sebab datang tengok sayaʼʼ kata Norhana sambil tersenyum pada suaminya. ʻʻBudak-budak macam mana?ʼʼ tanyanya berkenaan kedua-dua anaknya pula.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now