Norhana berdiri di atas balkoni besar Awana Porto Malai resort sambil menghadap laut Selat Melaka yang luas terbentang. Angin bayu laut bertiup ke wajahnya, kain tudung lilit di leher berkibar lembut ditiup angin. Walaupun suasana malam, tapi suhu di luar masih lagi hangat berbanding suhu hawa dingin dewan makan tadi. Mahupun begitu, Norhana berpeluh sedikit sewaktu dia berada di dalam dewan tadi. Mungkin bukan disebabkan oleh suhu. Tetapi disebabkan oleh kehadiran seseorang.
Seseorang yang tidak langsung dijangka akan hadir semula ke dalam hidupnya.
Jiwa Norhana beransur-ansur kembali tenang tatkala dia memandang laut jauh dihadapan. Bunyi-bunyian ombak didengari memukul jeti, dapat membantu memberi sedikit ketenangan pada diri.
Tetapi ketenangan yang dirasanya itu hanya seketika sahaja.
Kerana seorang lelaki yang telah membuatkan jiwa bergelora kini datang semula kepadanya. Lelaki itu sedang berjalan perlahan dan menghampirinya. Basih berdiri di atas balkoni, Norhana tahu dia didatangi oleh lelaki itu. Walaupun mata tidak nampak orangnya, aura lelaki itu datang menghampiri dapat dirasakan sepenuh hati. Setapak demi setapak lelaki itu melangkah sehinggalah tubuh lelaki itu berada disebelahnya.
ʻʻCantik kan, malam ni?ʼʼ kata Steve dengan perlahan, sambil dia juga menikmati angin tiupan bayu malam. Mereka berdiri bersama bersebelahan.
ʻʻWhat are you doing here, Steve? Youʼre not supposed to be here. I dah check itinerary tahun ni. Youʼre not part of the Thunderbirds teamʼʼ kata Norhana dengan mata masih memandang ke arah laut.
ʻʻIʼm not with Thunderbirds. I ikut Colonel Austin sebagai wakil USAF untuk kolabrasi dengan RMAF. Lagipun, my Malay makes me the perfect candidateʼʼ balas Steve bersahaja.
ʻʻYour Malay is very impressiveʼʼ balas Norhana. Tidak tahu macam mana nak mulakan perbualan. Hatinya masih lagi gementar. Padahal sejak dia mendarat di Langkawi pagi tadi, Norhana sudah mula terkenangkan lelaki ini. Ianya sudahpun hadir di dalam minda, seperti sebuah mimpi, seperti sebuah kisah yang ditulis di dalam sebuah cerita. Dia tidak sepatutnya rasa gementar seperti itu. Dia sepatutnya lebih tenang.
Tetapi apabila tubuh dan jasad hadir secara nyata di depan matanya, lain pula jadinya.
ʻʻIʼve learned a lot since these past two years. Iʼve taken language classes back in the US. Not easy to find, actually. Most of them donʼt even know what Malay isʼʼ kata Steve menjawab pertanyaan Norhana tentang tutur bahasanya yang lancar, sedikit tertawa.
ʻʻWhat makes you want to learn Malay?ʼʼ tanya Norhana. Dia masih belum berani melihat wajah Steve sekali lagi. Kepalanya masih menghadap laut Selat Melaka.
ʻʻBecause I want to remember you, Hannahʼʼ balas Steve, perlahan.
Norhana tertunduk. ʻʻYouʼre not supposed to. You supposed to forget about me. Wasnʼt that the intention when we left two years ago?ʼʼ
ʻʻYouʼre the one who left, Hannah. Not me. I waited for youʼʼ balas Steve.
ʻʻWaited for what, Steve? There was nothing for you to wait for. I am married, remember?ʼʼ pintas Norhana.
ʻʻYes, I know. You still have the gold ring on your finger. I still felt it. But your husband is not here with you tonight, is he? On the other hand, I am here beside youʼʼ
ʻʻHe does not need to stand here. Whatever place on earth where he stands, he still be my husband. Please Steve... lupakan I. I ni isteri orangʼʼ
ʻʻCinta I pada you ikhlas, sayangʼʼ
ʻʻPlease donʼt said that to me!ʼʼ pintas Norhana sedikit tajam tatkala mendengar perkataan itu disebut oleh lelaki itu. Sayang... satu perkataan yang jarang sangat disebut oleh suaminya sendiri kepadanya.
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...