LIMA ʼ99 (Bahagian 1) 🔞

35.1K 194 91
                                    

Norhana membuka matanya perlahan setelah tidur dengan nyenyak akibat kepenatan bekerja sehingga lewat malam semalam untuk menyiapkan laporan perakaunan projek yang telah diminta oleh Pengarah Urusannya.

ʻʻFlight awak pukul berapa, Hana?ʼʼ tanya suaminya, Nasir yang telah pun awal bangun berbanding dengan dirinya. Tetapi tubuh lelaki itu masih lagi berbaring di atas katil disebelah isterinya.

ʻʻPukul 7:30ʼʼ balas Norhana perlahan sambil menoleh kepalanya melihat suami disebelahnya. Matanya masih pisat-pisat. Kalau boleh, nak tidur lagi.

ʻʻSekarang dah pukul 4:30ʼʼ balas Nasir. ʻʻBeg semua dah siap?ʼʼ soalnya pula.

Norhana perlahan-lahan bangun pada keadaan duduk di atas katil. Kakinya masih melunjur atas tilam. Mata dikesat-kesat, rambut panjang diselak kebelakang.

ʻʻDah pack ala kadar jer. Saya tak bercadang nak tinggal sana lama. Maybe... dua tiga hari jerʼʼ balas Norhana pada suaminya.

ʻʻDua tahun lepas, seminggu awak hilangʼʼ sindir Nasir sedikit, mengingatkan kembali kisah lama dua tahun yang lalu.

Norhana mengeluh, dia menoleh ke arah suaminya yang masih terbaring disebelahnya. Kedua-dua tangan lelaki itu sedang diapit pada belakang kepala di atas bantal.

ʻʻItu sebab company saya buat poor planning, awakʼʼ balas Norhana. ʻʻInshaAllah we learned our lesson, kali ini tak jadi lagiʼʼ katanya sambil menyelak selimut yang menutup kakinya, sambil dia melangkah turun dari katil tersebut.

Nasir mengeluh sedikit melihat isterinya yang sedang turun dari katil untuk mula bersiap-siap.

ʻʻHabis tu kenapa awak nak kena pergi lagi tahun ni?ʼʼ tanya Nasir.

Norhana bangun berdiri sambil mendepangkan tangannya ke atas, mulutnya ternganga menguap, diregangkan tangan dan badan mengeliat. ʻʻKan saya dah naik pangkat jadi GM sekarang. Kali ni saya pergi sebab nak handle clients, bukan sebab jadi buruh angkat kotak macam dua tahun lepasʼʼ balasnya.

ʻʻTiap-tiap kali ada LIMA jer, awak sibuk memanjang. Anak-anak pun dah tak nampak muka awak. Pergi kerja subuh pagi dah hilang, balik lewat malam baru nampak awak balikʼʼ Nasir mengeluh.

ʻʻAlah... awak ni. Saya malas nak bergaduh lah subuh-subuh ni. LIMA tu kan dua tahun sekali jer pun? Tak kan lah awak nak kurung saya dekat rumah? Lagipun kan tahun ni saya ajak awak ikut sekali. Awak yang tak nak ikut, kan. Habis tu, nak salahkan saya pulakʼʼ kata Norhana sambil mencapai tuala mandinya yang disidai kemas di atas ampaian bilik tidur mereka.

Baju tidur berkain sutera berwarna putih dilucutkan dari badan, tuala yang dicapai tadi dililit dalam ikatan pada dada.

Nasir yang hanya dapat melihat tubuh badan isterinya yang tidak berpakaian itu dalam sekelip mata sahaja, mengeluh lagi.

ʻʻBila kali terakhir kita bersama, Hana? Rasanya dah dua bulan kot kita tak bersamaʼʼ keluhnya sambil melihat tubuh isterinya berkemban dengan tuala mandi. Nasir mengeluh kerana mengenangkan sudah lebih dua bulan dia dan Norhana tidak melakukan hubungan kelamin.

ʻʻItu jer yang awak ingat, eh? Kita ni dah lapan tahun kahwin. Dah beratus kali awak sentuh sayaʼʼ balas Norhana. ʻʻPuasa dua bulan tak kan tak boleh kotʼʼ

ʻʻYa ke dah beratus kali? Kalkulator jenis apa yang awak pakai?ʼʼ sindir Nasir.

ʻʻAwak ni... jangan fikir ke situ jer. Tak kan lah kita nak buat tiap-tiap malam macam kita baru kahwin dulu? Kita ni dah berkerjaya, awakk. Sibuk dengan office lagi, sibuk dengan family lagi. At least... kita ni bukan PJJ. Saya tiap-tiap malam tidur sebelah awakʼʼ ngomel Norhana pula.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now