Pasca LIMA 2001 (Bahagian 2) 🔞

27.6K 199 373
                                    

ʻʻMamaaaa!!ʼʼ berlari-lari Naufal dan Nabil mendapatkan ibunya yang sama juga berlari ke arah mereka. Tatkala ketiga-tiga anak beranak ini bertemu, mereka berpelukan erat dengan penuh riang dan gembira. Norhana tidak dapat menahan sebak di dalam hatinya tatkala dapat bertemu dua darah dagingnya sendiri, setelah lama dipisahkan oleh ibu mertuanya sejak setahun setengah yang lalu.

Di belakang mereka, Nasir dengan perlahan berjalan menghampiri. Bohonglah kalau dia pun tidak merasa sebak melihatnya ibu kepada anak-anaknya dapat bersama akhirnya. Wanita yang memeluk kedua-dua anaknya itulah yang melahirkan mereka. Yang pernah berkongsi hidup dengannya. Yang menjadi suri hati sebagainya isterinya.

Nasir telah merancang dengan Norhana untuk bertemu di Avillion Resort, Port Dickson, salah satu tempat peranginan tempatan dalam senarai panel kelab percutian korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk kegunaan kakitangannya. Sebuah Water Villa yang mempunyai dua bilik tidur telah ditempah oleh Nasir menerusi Jabatan Sumber Manusia KWSP untuk satu malam bagi mereka sekeluarga.

Walau bagaimanapun, perincian percutian itu telah dirahsiakan kepada ibu bapanya sendiri. Nasir memberitahu ibu bapanya yang dia hendak membawa Naufal dan Nabil pergi bercuti hanya mereka tiga beranak sahaja, sedikitpun tidak menyebut yang Norhana akan ikut sekali. Ini adalah kerana setelah kelahiran Aleya, ibu Nasir berkeras sudah tidak mahu lagi apa-apa hubungan dengan menantunya itu.

Pada mulanya, ibu bapanya juga ingin turut serta untuk pergi bercuti bersama, tetapi Nasir dapat memujuk mereka sambil mengatakan yang dia mahukan masa berkualiti antara ayah dan anak-anak sahaja pada hujung minggu itu. Mengenangkan anak lelaki dan cucu-cucu mereka itu jarang pergi bercuti bersama sejak Norhana buat perangai, akhirnya mereka bersetuju dengan perancangan Nasir itu.

Nasir juga menetapkan syarat kepada Norhana agar Aleya tidak ikut sekali. Maka dengan berat hati, Norhana terpaksa memberitahu Dolores untuk menjaga Aleya semasa ketiadaanya. Kepada Steve pula, dia sudah maklumkan yang dia perlu berjumpa Nasir hujung minggu ini. Walaupun dengan berat hati, Steve terpaksa merelakan juga Norhana berjumpa Nasir, memandangkan kekasihnya itu masih lagi isteri Nasir yang sah.

Maka pada hari Sabtu yang dijanjikan itu, keluarga empat beranak ini akhirnya bertemu juga di resort di pantai terkemuka Negeri Sembilan itu, perjalanan dari Lembah Kelang hanya memakan masa satu jam setengah.

ʻʻTerima kasih, Bie. Sebab bagi saya jumpa anak-anakʼʼ kata Norhana dengan nada yang sayu kepada suaminya, berucap syukur yang Nasir sudah perlahan-lahan dapat bertolak ansur.

ʻʻSama-samaʼʼ balas Nasir, ʻʻawak kan ibu kandung diaorangʼʼ katanya lagi. Berkaca-kaca mata Nasir tatkala melihat wajah isterinya yang telah lama tidak dipandang. Tatkala dia melihat semula wajah Norhana di depan mata, dadanya mula rasa berdebar-debar.

Debaran yang sama seperti yang dirasakannya waktu dia mula-mula terlihat wajah Norhana buat pertama kali di universiti 18 tahun yang lalu. Cantik sungguh wajah wanita ini. Begitu ayu sekali. Kejelitaannya terus menambat hati Nasir dengan cinta pandang pertama, sehingga dia memasang niat untuk berusaha memiliki wanita ini dengan cara yang sah dan halal.

Berkat kegigihan dan usahanya, Norhana berjaya disunting menjadi isteri. Sungguh Nasir tidak dapat menyangka tuah di badan, dapat memperisterikan seorang wanita yang begitu cantik rupawan.

Kecantikan yang sama juga yang akhirnya membawa padah dan duka kepada perkahwinan mereka.

Kerana kecantikan itulah telah menyebabkan seorang lelaki lain telah jatuh cinta pada isterinya.

Mungkin silapnya juga tidak sepenuh hati menjaga permata yang telah diamanahkan kepadanya sehingga ianya diambil orang. Mungkin silapnya juga kerana terlampau leka sehingga dia sendiri terlepas pandang. Mungkin itulah takdir yang telah ditentukan kepadanya, bahawa yang permata itu hanyalah sekadar pinjaman. Mungkin semua ini adalah pengajaran baginya agar dia memegang amanah yang telah diberikan kepadanya itu dengan baik. Mungkin.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now