LIMA ʼ97 (Bahagian 13)

15.6K 185 117
                                    

Semalaman Norhana tidak dapat tidur dengan nyenyak, tubuhnya masih berbaring di atas katil disebelah rakannya Sufinah yang telah lama dibuai mimpi.

Ini adalah kerana fikirannya masih lagi dihantui dengan ingatan-intagan bersama dengan Steve sejak seminggu yang lalu.

Bermula dengan hanya sekadar bantuan dari seorang lelaki budiman sewaktu dia tiba di Langkawi, Norhana tidak sama sekali menyangka yang hubungannya bersama lelaki tampan itu semakin lama menjadi semakin mesra.

Sehinggalah dia dibelengguni dengan kata-kata dari Steve yang diucapkan kepadanya malam tadi.

ʻʻNorhana... Iʼm falling in love with you...ʼʼ

ʻʻHannah... saya... cintakan... awak...ʼʼ

Norhana mengetap matanya ketat-ketat. Bantal diserkup pada kepala sendiri. Ditekan kuat-kuat. Aaaagghhh! dia menjerit dalam senyap, suaranya hilang ditelan bantal.

Kata-kita cinta yang dilafazkan oleh Steve kepadanya itu sentiasa terngiang di mindanya, diulang berulang kali tanpa diundang, menyelubungi seluruh hati dan perasaan dirinya. Tidak pernah Norhana merasakan betapa beratnya tekanan emosi seperti apa yang dialaminya sekarang.

Tetapi bukan kata-kata cinta itu sahaja yang membuatkan hatinya tidak keharuan. Yang paling menggamit hati dan jiwa Norhana ialah mereka berdua berkongsi kucupan yang begitu romantis dan manis sekali malam tadi. Lembut sentuhan bibir ke bibir, menyusuk terasa hingga ke seluruh nyawa. Kerana bukan sahaja bibir yang bertemu bibir, tetapi pada ketika itu, dua hati telah bersatu. Buat seketika, Norhana merestui perbuatan Steve itu. Malah, dia sendiri telah membalas kucupan lembut itu kembali. Buat seketika... mereka khayal dalam kehendak hati dan jiwa.

Bohonglah kalau Norhana tidak merasai perasaan yang sama. Bohonglah sangat.

Tetapi akal, prinsip dirinya dan larangan agama menyebabkan Norhana menolak mentah-mentah perasaan yang dirasainya itu. Hanya kerana dirinya yang telahpun dimiliki oleh seorang lelaki lain yang halal dan sah. Suaminya, Nasir.

Tetapi perasaan di dalam hati tidak dapat ditutup dan buang seperti suis lampu yang dipetik padam.

Tatkala ianya hadir, ianya akan tinggal berkekalan.

Tetapi Norhana nekad untuk mengawal tingkahlaku dan nafsu selagi mana akalnya dapat berfikiran dengan waras.

Tetapi pertempuran di antara akal dan hati masih lagi belum selesai. Separuh jiwanya menyesal kerana akal telah menidakkan keperluan hatinya yang telah lama tidak dipedulikan.

Baru mucul satu harapan untuk sang hati mengecapi kebahagiaan, sang akal dengan pantas mencantas harapan itu.

Akibatnya, Norhana menjadi semakin rungsing dan hiba. Pergolakan antara akal dan hati memang sukar untuk menentukan pemenangnya.

Buat masa ini, akal masih memang. Walaupun hatinya sedang menangis, jiwanya rasa terluka, tetapi akal tetap memang jua.

Sehinggalah malam bertukar menjadi subuh, hati dan jiwa Norhana akhirnya mengalah juga.

Tiba awal subuh pagi, Norhana sudah pun bangun. Tidak mahu lagi melayan perasaannya, Norhana terus mengemas baju-bajunya di dalam beg pakaian.

Dia telah buat keputusan. Akal telah menang. Tenanglah dikau wahai hati. Sakit pedih dirasa kini. Norhana ingin pulang ke pangkuan suami dan anak-anaknya. Tulah ubatnya bagi sebuah hati yang sedang berduka.

Tiket Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur telahpun diterima dari pengarah urusan syarikat kerjanya. Ianya dihulurkan kepada Sufinah malam tadi. Kini tiket itu sudah berada di dalam tangan. Norhana mengucap syukur, boss-nya itu mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Kuala Lumpur pada hari tersebut. Sebaliknya, dia yang juga membawa keluarganya untuk datang sekali menyaksikan pameran LIMA itu, mengambil keputusan untuk menyambung cuti rehat agar dapat meluangkan masa beberapa hari dengan keluarga. Maka tiket yang sudah ditempah pada pagi itu telahpun ditukar nama kepada nama Norhana. Norhana berterima kasih kepada majikannya kerana dia tidak perlu pulang dengan pesawat TUDM lagi.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now