LIMA ʼ97 (Bahagian 2)

14.6K 159 79
                                    

Norhana mula berangkat pulang ke rumah kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam dalam keadaan murung. Penat dan letih, di pejabat tadi Norhana terpaksa mengangkat enam buah kotak seberat 10kg setiap satu ke dalam keretanya. Tiada bantuan dari mana-mana rakan sekerja, kerana mereka semua telahpun pulang lebih awal, Norhana terpaksa bekerja kesorangan mengangkat kotak-kotak itu satu persatu, dari tingkat atas pejabat sampailah ke kereta yang diparkirnya di perkarangan tempat letak kenderaan. Masa mengangkat kotak pertama, dia masih gagah lagi. Sampai ke kotak keenam, rasa macam nak tercabut kedua tangannya. Segala keringat peluh terpacul dari kelenjar badan. Baju dan tudungnya basah dengan peluh, kulitnya terasa melekit-lekit.

Masuk ke dalam kereta, penghawa dingin dapat menyejukkan sedikit kehangatan badan. Tetapi kedua tangan yang sudah terasa sengal rasa kebas sehingga dia tidak dapat merasa sentuhan pada stereng kereta.

Perjalanan dari Dayabumi ke Shah Alam biasanya memakan masa 30 minit. Alhamdulillah, tiada kesesakan di Lebuhraya Perseketuan untuk menambahkan lagi sebarang tekanan jiwa pada dirinya yang sudah keletihan.

Tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu, sempat dulu Norhana singgah di gerai makanan. Tiga jenis lauk dibeli untuk dibawa pulang. Sambil menunggu lauk dicedok ke dalam bungkusan plastik, Norhana menalifon rumah dahulu.

ʻʻHello?ʼʼ jawab suaminya, Muhammad Nasir, disebalik talian.

ʻʻBie. Awak tolong masakkan nasi dan bancuh air sirap. Saya belikan lauk untuk malam niʼʼ pesan Norhana kepada suaminya..

ʻʻApasal awak tak balik-balik lagi ni, Hana? Bukan ke awak kata nak balik awal hari ni? Saya ingatkan semua kerja dah habis dah dekat opis tu? Ni nak dekat maghrib dah niʼʼ tanya Nasir kepada isterinya, suaranya sedikit tinggi.

ʻʻSaya nak balik rumah lah ni. Tengah order lauk ni. Sekejap lagi saya sampai. Awak tolong masakkan nasi ya?ʼʼ pesan Norhana sekali lagi, dengan suara yang lebih tenang, untuk mententeramkan suaminya itu. Sekaligus cuba juga mententeramkan diri sendiri

ʻʻYa lah. Nanti saya buatkan air jugak. Cepat sikit. Budak-budak dah lapar ni. Kalau saya tahu awak balik lambat, kami makan jer dekat rumah mak abah sayaʼʼ keluh Nasir pula.

ʻʻTak pe lah. Asyik menyusahkan mak abah awak jerʼʼ Norhana cuba untuk tidak berbalah.

ʻʻTak susah kalau awak balik awal kan?ʼʼ Nasir cuba untuk mengungkit.

Norhana melepaskan nafas panjang, ʻʻSaya nak balik dah ni punʼʼ katanya.

ʻʻYa lahʼʼ balas suaminya bersahaja.

ʻʻErrmmm... awakkʼʼ kata Norhana, sedikit perlahan.

ʻʻApa dia?ʼʼ balas Nasir.

ʻʻSaya ada benda nak cakap sikit dekat awak niʼʼ kata Norhana dengan nada yang lebih perlahan. Dia tahu suaminya itu sedang berang, jadi dia kena bijak menyampaikan berita.

ʻʻBenda apa nya?ʼʼ tanya Nasir, hatinya sudah tidak berasa sedap dengan nada isterinya tadi.

ʻʻNanti lah saya balik dulu yaʼʼ kata Norhana pada Nasir. Dia mahu memberitahu suaminya tentang tugasannya ke Langkawi sambil berdepan mata, bukan menerusi telefon sahaja.

ʻʻOkay lah. Nanti balik nanti awak bagi tahu saya apanyaʼʼ kata Nasir.

ʻʻOkay, byeʼʼ

ʻʻByeʼʼ

Talian dimantikan.

Setelah pesanan lauk dibayar, Norhana meneruskan perjalanan ke rumahnya. Pabila tiba, jam sudah melepasi waktu maghrib. Di rumah, suaminya dan dua orang anak lelakinya, Muhammad Naufal dan Muhammad Nabil sudah lama menunggu dia pulang.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now