LIMA 2001 (Bahagian 1)

10.9K 152 141
                                    

Seorang kanak-kanak kecil seronok bergelak ketawa dengan riang ria berlari kesana kemari sambil bermain-main dengan buih-buih ombak kecil yang membasahi kakinya yang dilumuri pasir Pantai Tengah, Langkawi. Walaupun baru berumur 1 tahun 3 bulan, kanak-kanak kecil ini sudah pandai berlari, walaupun tapak-tapak langkahnya rapat dan lekas, sejajar dengan tubuh badannya yang masih kecil.

ʻʻAleya!!ʼʼ laungan ibunya yang mengejar si-kecil itu tatkala dia hilang imbangan dan tersungkur kehadapan akibat kaki halusnya dipukul ombak. Dibelakang wanita berusia 36 tahun itu, seorang lagi wanita separuh abad turut juga mengejarnya tetapi dengan langkah yang lebih perlahan.

Walaupun jatuhnya pada pasir putih kembut itu tidak sakit, tetapi gadis kecil itu tetap meraung kuat untuk mendapat perhatian ibunya.

ʻʻYa Allah... Aleya... kan mummy kata jangan lari jauh sangat... haaa... kan ni dah jatuh!ʼʼ kata Norhana kepada anak perempuannya sambil mengangkat tubuh kecil itu dari pantai itu dan kemudian memeluknya erat.

Norhana terus mencium-cium pipi anak perempuannya, tangan menyapu-nyapu pasir di kaki. Tangisan anak kecil itu walaupun tidak lagi meraung, tapi masih lagi menangis bila ibunya memeluknya.

Wanita separuh abad tadi akhirnya sampai juga bertemu mereka berdua. Sedikit tercungap-cungap kerana badannya yang agak besar, wanita itu terus berkata pada Norhana, ʻʻBaby Liya lapar agaknya, Norʼʼ

ʻʻYa lah kot, Kak Milahʼʼ kata Norhana kepada pembantu pebadinya merangkap pengasuh anak perempuannya, yang mengikut mereka anak beranak ke Langkawi.

ʻʻAleya lapar yaa... itʼs time for your milk, ya sayang?ʼʼ kata Norhana kepada anak perempuannya itu sambil berjalan menuju ke sebuah kenderaan MPV Merdeces-Benz Vito berwarna hitam yang menunggunya di perkarangan tempat letak kereta Pantai Tengah.

Pemandu MPV tersebut terus menarik buka pintu apabila melihat Norhana dan Jamilah datang kepadanya dengan langkah yang pantas.

ʻʻBaby Liya dah puas mandi ke, puan?ʼʼ tanya Ahmad, pemandu MPV tersebut kepada Norhana.

Norhana terus masuk ke dalam MPV tersebut yang enjinnya dibiarkan berjalan untuk menyejukkan dalamannya dengan penghawa dingin.

ʻʻMain-main air jer, Ahmad. Biasalah, ralik punya main sampai terjatuh ni haaʼʼ kata Norhana kepada pemandunya, ʻʻAhmad boleh tolong tutupkan pintu tak? Saya nak susukan Baby Liyaʼʼ kata Norhana sambil dia duduk bersandar pada salah satu dari tempat duduk MPV tersebut. Jamilah yang menjinjing beg bayi bersamanya juga masuk ke dalam MPV yang sama. Jamilah duduk di tempat duduk dihadapan Norhana.

ʻʻBaik puanʼʼ balas Ahmad. Sebelum dia menarik tutup pintu MPV itu, dia sempat menoleh kebelakang, ʻʻYang lain masih di pantai lagi ke, puan?ʼʼ tanyanya.

ʻʻYang lain masih mandi lagi. Jadi saya ingat kalau Ahmad boleh hantar saya balik ke resort dulu? Lepas tu datang balik ambik diaorang pulakʼʼ tanya Norhana kepada pemandunya.

ʻʻBoleh jer puanʼʼ balas Ahmad, ʻʻSaya hantarkan puan sekarangʼʼ

Ahmad kemudian menarik tutup pintu MPV itu, dan kemudian pergi ke tempat duduk pemandu pula. Gear ditukar ke ʻDʼ dan brek tangan diturunkan. Signal dinyalakan sambil kereta itu bergerak meninggalkan Pantai Tengah.

Di tempat duduk belakang, Norhana membaringkan anak perempuannya. Baju blousenya diselak ke atas. Nursing bra yang dipakainya ditarik buka pada payudara kiri. Melihat puting susu ibunya itu sudah berada didepan mata, si-kecil tadi terus mencapai payudara ibunya dengan kedua-dua tangannya. Norhana terus menyuap anak perempuannya itu dengan susu badan. Barulah senyap si-kecil itu sambil menghisap susu ibu, mata tertutup dengan aman.

Pertemuan Cinta di LangkawiWhere stories live. Discover now