Keesokkan harinya, Norhana mula terjaga sedikit dari tidurnya yang agak lama juga. Walaupun mata sudah separa terbuka, tubuhnya masih lagi terbaring di atas katil. Hanya bersarungkan baju kemeja putih yang dipinjamkan oleh Steve, Norhana tidur tanpa memakai sebarang bra mahupun panties. Norhana tidur nyenyak malam tadi bagaikan seorang puteri beradu di atas sebuah katil empuk istana.
ʻʻGood morning, sleepy headʼʼ suara Steve kedengaran menyebut nama Norhana tatkala dia nampak wanita itu sudah mula tersedar dari lamunan tidurnya. ʻʻOr shall I say, good afternoonʼʼ gelaknya perlahan.
ʻʻWhat...ʼʼ tanya Norhana, masih pisat-pisat, ʻʻWhat time is it?ʼʼ
ʻʻItʼs twelve oʼclock, my sleeping beautyʼʼ balas Steve, masih sedikit tergelak.
Apa? Pukul dua belas? Norhana pada mulanya sangkakan yang Steve sekadar bergurau.
Norhana lantas terus duduk dari atas tilam katil tersebut, kedua siku tangan menongkat tubuhnya. Norhana sendiri tidak perasan yang dia hanya memakai sehelai baju kemeja Steve yang longgar. Apabila Norhana bangun duduk, baju longgar itu hampir terlucut dari bahunya kerana dua butang paling atas tidak dikancing. Akibatnya alur payudaranya yang tidak berlapik itu nampak dengan begitu jelas sekali.
ʻʻOh God! I have been sleeping that long?ʼʼ tanya Norhana sambil menoleh kepalanya melihat jam di meja katil. Betul kata Steve tadi. Jam sudah menunjukkan 12 tengahari. Kedua tangan mengusap rambut di kepala. Baju kemeja yang hampir terlondeh tadi terus tersarung semula ke tubuhnya. Nasib baik! Kalau tidak, dah terbogel Norhana di atas katil itu, tanpa disedarinya.
ʻʻYou deserve to sleep in. Youʼve exhausted yourself the whole day yesterday. No doubt... I was part of itʼʼ kata Steve, mengenangkan beliau lah yang meminta Norhana membawanya kesana-kemari, dari pasar malam hinggalah ke gerai makanan tepi jalan malam tadi.
ʻʻYou wasnʼt a part of anything. In fact, you have been very helpful. I was the one who crash in into your place. Iʼm really sorry to have troubled you, Steve. I have been causing too much of a nuisance alreadyʼʼ kata Norhana meminta maaf. Biasalah, budaya kaum melayu yang lebih kepada merendah diri.
ʻʻCan you please stop apologising like that? I donʼt want to hear a single ʻsorryʼ from you again. Understand?ʼʼ kata Steve agak tegas. Baginya pula, Norhana tidak perlu meminta maaf pada setiap satu benda yang dia lakukan.
Norhana mengangguk. ʻʻOkay, okayy... sorryʼʼ katanya. Norhana faham budaya timur dan barat ada bezanya.
ʻʻYou said it again, Hannahʼʼ Steve berkata lagi setelah mendengar Norhana berkata ʻsorryʼ.
ʻʻOppsss... sorry, sorryʼʼ Norhana menutup mulutnya dengan tangan. Maaf diulang lagi dengan spontan.
ʻʻHannah!ʼʼ
Mereka berdua tergelak bersama. Selagi Norhana membuka mulut, selagi itulah dia akan meminta maaf. Kalau sorang tak berhenti meminta maaf, sampai bila pun tak kan selesai. Akhirnya, ucapan tidak perlu disebut lagi. Hanya gelak ketawa yang dikongsi mereka berdua. Riang tawa dengan kelucuan mereka.
Mereka ketawa sampai keluar air mata gembira dari mata Norhana. Muka Steve juga sudah menjadi kemerahan. Lama Norhana tidak merasa gembira seperti ini. Sudah lama.
Ada dekat seminit juga lah mereka gelak ketawa, barulah akhirnya kedua-duanya reda. Norhana mengelap air mata gembiranya yang sedikit basah tadi.
Steve kemudian bangun dari kerusinya. Dia datang mendapatkan Norhaan yang masih duduk di atas katil.
Steve kemudian duduk ditepi katil, memandang Norhana.
Norhana yang masih duduk di atas katil itu, agak terpaku memandang balas pada Steve. Mata tidak berkelip. Hatinya berdebar-debar. Tangan kiri menutup sedikit bukaan baju di bahagian dada. Norhana berasa sedikit malu dan segan dengan tubuhnya yang tidak memakai bra itu dapat dilihat Steve dari sebalik kain putih baju kemeja yang dipinjamnya. Dua butang atas kemeja dikancing satu persatu. Kalau boleh butang kolar pun nak dikancing juga.
YOU ARE READING
Pertemuan Cinta di Langkawi
RomanceDiilhamkan dari sebuah cerpen pendek LIMA 99 Diceritakan semula oleh Seri Dewi Disunting oleh bluduel Berdasarkan dari sebuah kisah yang berlaku di Langkawi sewaktu pameran LIMA sekitar 1997 sehingga 2001, yang melibatkan percintaan terlarang dianta...