- Intro -

267 4 1
                                    

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Ini ialah karya pertama dari EUPHIO. Cerita ini terinspirasi dari kisah benar.

Cerita ini dibuat kerana bersebab dan jika anda semua ingin mengetahui sebabnya, anda perlu membaca cerita ini sehingga ke akhirnya chapter.

Cerita ini mengandungi banyak kekurangan jadi janganlah meletakkan expectation yang tinggi. Euphio mintak maaf jika cerita ini tidak menarik.

Jika ada sebarang complain atau apa-apa yang anda ingin sampaikan, boleh terus ke ig euphio untuk mengadu diruang dm.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca cerita ini.

Yang benar,

EUPHIO

Prolog 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Prolog 

Amirul melajukan langkah sehingga dia mampu menyaingi langkah Nabilah yang sudah sedar kehadirannya. Lengan kiri bekas teman wanitanya itu dicapai dan digenggam kuat.

"Tolonglah jangan buat aku macam ni." Nabilah cuma merayu sambil menarik lengannya dari terus digenggam Amirul. Cengkaman tangan Amirul yang kuat membuatkan dia meringis kesakitan.

"Eh perempuan! Apa yang kau takut sangat dengan aku ha! Aku sayangkan kau, itu pun kau nak takut ke?!" Amirul mula menaikkan nada suaranya kerana berang dengan tingkah Nabilah yang tak sudah- sudah ingin melarikan diri daripadanya. Padahal bukannya Nabilah tidak tahu yang dia separuh mati menggilai gadis itu. Melihat air mata yang mula mengalir dipipi mulus gadis itu menambahkan berang Amirul. Wajah Nabilah yang polos dan suci itu dipandang geram, fikirnya dia bukan buat benda tak elok pun pada Nabilah.

"Bukan main seronok lagi, kau dengan jantan tak guna tu buat maksiat kan. Berdua-duan dalam tandas. Entah-entah waktu kau ada hubungan dengan aku dulu pun, kau buat macam tu dekat belakang aku dengan jantan lain." tidak dipeduli mata-mata yang memandang serong kepadanya, Amirul terus menyembur Nabilah.

Mendengar tuduhan tak berasas Amirul membuatkan Nabilah mendengus geram, entah kemana rasa kecut perutnya tadi bila tiba-tiba dikejar lelaki itu. Dia memejam mata rapat sebelum tangannya yang berada dalam genggaman Amirul direntap kuat sekaligus melayangkan penampar sulungnya dipipi lelaki itu.

Entah apa yang lelaki itu fikir, Nabilah sendiri tak tahu.Agaknya wayar otak Amirul dah putus seperti putusnya hubungan mereka dulu.

"Kau jangan biadap! Aku bukan perempuan jenis macam tu! Pergi mati dengan kau punya sayang!" lantang Nabilah membalas. Pantang betul maruahnya dipijak-pijak di khalayak.

Lidah menolak dinding pipi yang terasa pijar akibat tamparan Nabilah. Ego lelakinya mula tercabar.

"Kau!" tinggi suara Amirul sambil mengangkat tangannya dengan niat ingin membalas tamparan Nabilah.

Nabilah hanya berdiri tegak menunggu tamparan Amirul singgah dipipinya.Dia mula berasa sedikit gentar apabila melihat Amirul yang sedikit pun tak ragu-ragu. Namun apabila tangan itu hampir saja mengenai pipinya, Nabilah memejamkan mata. Dia hanya menyerahkan nasibnya kepada Tuhan, bukan dia tak mahu mengelak tapi badannya kaku.

Nabilah membuka mata apabila tak merasakan kehadiran tapak tangan Amirul dipipinya, matanya menangkap figura lelaki berdiri di sebelahnya dan tangan lelaki itu menahan tangan Amirul.

'Wahhhh, putihnya tangan!' Sempat Nabilah membandingkan tangan milik lelaki itu dengan tangan Amirul yang tanned.

Nabilah turut mengalihkan pandangannya mengikut arah pandang Amirul apabila lelaki itu tak lagi mempedulikan kehadirannya.

"Don't you dare touch her with your dirty hands." Mikael menolak tangan Amirul. Tajam matanya melihat wajah Amirul.

Nabilah ternganga!


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now