MIKAEL'S | 9

50 4 0
                                    

Setelah khemah didirikan, semua ahli bersedia untuk melakukan aktiviti mengikut jadual aktiviti yang telah ditetapkan bagi hari pertama di situ. Aktiviti mereka dimulakan dengan mengedar kertas, setiap kumpulan diberikan sehelai kertas A4 dan sehelai kertas mahjong.

"Kertas A4 tu aku nak korang tulis nama ahli kumpulan dan juga nama kumpulan. Manakala kertas mahjong tu pula ialah aktiviti pertama kita pada hari ini, aku nak setiap kumpulan membincangkan dan membentangkan masalah alam sekitar di negara kita dan aku bagi masa hanya sejam setengah untuk siapkan tugasan korang. Korang boleh mula sekarang." Kata salah seorang fasilitator.

Ada kumpul yang riuh dengan suara tapi hanya berbual kosong, ada kumpulan yang senyap tapi otak berfikir dan ada juga kumpulan yang pandang sesama sendiri hanya bercakap dalam hati. Kumpulan Mikael ada semua itu. Ada yang diam tidak bersuara, ada yang bising bercakap macam orang sebelah tak ada telinga, ada juga yang termenung sampai ke hutan amazone.

Melihat kepada keadaan yang agak bising, Mikael berdeham. Tetapi masih tiada perubahan. Mikael berdehem kedua kalinya, juga masih tiada perubahan. Jadi Mikael mengambil keputusan untuk bangun dari duduk.

"Hoi!" keras suara Mikael. Dia berasa begitu geram kerana ahli kumpulannya tidak peka dalam mendengar arahan sebentar tadi.

Serentak ahli kumpulannya memandang Mikael. Yang bising jadi diam, yang termenung dah kembali nyawanya dan yang diam masih diam.

"Mana kertas A4 tadi? Tulis nama masing-masing cepat, lepas dah tulis bagi aku." Mikael menggunakan kuasa vetonya sebagai ketua program dan juga ketua kumpulan.

Suara tegas Mikael membuatkan membuatkan ahli kumpulannya takut untuk melawan. Kertas berganti tangan sehinggalah sampai ke tangan Nabilah.

"Nak tulis nama penuh atau nama panggilan?" Nabilah bertanya tanpa melihat lagi apa yang tertulis pada kertas di tangannya.

Soalan Nabilah menembus masuk ke dalam telinga Mikael. Matanya tajam memandang wajah Nabilah.

"Aku tak nak tahu nama panggilan kau, letak nama penuh." balas Mikael.

Nabilah mengangguk tanpa memandang ketua kumpulannya. Nama ditulis dengan tulisan yang paling cantik bagi Nabilah. Setelah berpuas hati, Nabilah menghulur kertas itu pada ketuanya. Berkerut dahi Nabilah apabila melihat wajah lelaki itu dengan jarak yang dekat. Mikael merapas kertas A4 dari tangan Nabilah sebelum berlalu, lelaki itu sempat pesan pada teamnya.

"Kalau aku patah balik dan kertas mahjong tu masih bersih tanpa tulisan, aku denda korang." kata Mikael dengan tegas sekali. Mendengar pesanan tidak rilek dari Mikael, mereka semua mula membuat tugasan yang diberi.

"Aku pilih dia jadi ketua sebab muka dia elok je tau." kata Fatimah sambil menulis sesuatu pada kertas mahjong.

"Aku pun!" sokong Ain.

"Kalau aku tahu dia segarang tu, aku tak undi dia." Kata Sai pula.

Kimi dan Wan juga turut bersetuju dengan kata-kata Sai. Masing-masing rasa menyesal akibat memilih Mikael sebagai ketua kumpulan mereka.

"Dahlah, daripada kita menyesal kena denda lebih baik kita siapkan cepat." kata Nabilah.

Mikael melihat ahli kumpulannya dari jauh. Tersenyum kecil bibirnya apabila melihat mereka membuat tugasan dengan tenang. Setelah menghantar nama kumpulan tadi, Mikael sememangnya sengaja lambat kembali pada teamnya. Melihat suasana kumpulannya mula riuh, Mikael kembali dengan beberapa air botol ditangan. Tanpa kata, air botol itu dihulur pada setiap ahli kumpulannya.

"Dah siap?" tanya Mikael dengan nada bersahaja. Serentak mereka semua mengangguk seperti anak kecil yang takut dimarahi bapak.

"Kalau macam tu kita boleh bentang sekarang lepas tu korang boleh rehat." kata-kata Mikael mengundang senyuman ahli kumpulannya.

Dengan hati yang gembira, Nabilah dan yang lain bangun dari duduk dan berdiri dihadapan.

"Aku nak pegang kertas!" Nabilah mewakilkan dirinya untuk memegang kertas mahjong.

"Tak payah. Biar aku dengan Wan yang pegang. Kalau kau yang pegang kejap lagi senget sebelah, terteleng semua orang yang baca nanti." Kata Kimi.

Nabilah pasrah, kerana apa yang dikata Kimi itu betul manakala yang lain ketawa kecil termasuk Mikael yang mendengar kata-kata Kimi hanya mampu menahan bibir daripada tersenyum. Akan tetapi Mikael masih berlagak untuk mengekalkan raut wajah yang dingin.

To be continue

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now