MIKAEL'S | 6

56 3 0
                                    

"Umi, Mikael ada program dekat Pahang minggu depan." maklum Mikael kepada uminya.

"Program apa?" Tanya umi yang duduk disebelah Mikael.

"Alam sekitar, umi. Tiga hari dua malam." Balas Mikael sambil matanya melekat pada cerita yang tersiar di kaca television. Maklumlah dia begitu sibuk sangat dengan pelajaran sampai sudah lama tidak menonton drama.

Sedang mereka berborak bersama ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung, adik bongsu Mikael, Mikayra yang sedang menonton drama sambil berbaring di atas karpet di ruang tamu menyampuk perbualan mereka.

"Bolehlah belikan adik buah tangan!" kata Mikayra. Tertawa kecil Mikael setelah mendengar pemintaan adiknya.

"Buah tangan? Kau nak aku bawak balik batu dengan daun ke untuk kau? Aku pergi masuk hutan, bukannya pergi tengok pokok dalam mall." Kata Mikael bersama sisa tawanya. Umi hanya mampu menggeleng.

"Alah! Takkanlah 24 jam dalam hutan." Berkerut dahi Mikayra sambil memandang abang sulungnya.

"Ye, 24 jam. Mungkin tempat yang kami pergi tu akan jauh dari bandar." balas Mikael kepada adik bongsunya itu.

"Barang-barang nak bawak ke sana cukup ke? Duit belanja? Program tu pergi pakai duit tak?" Bertubi-tubi soalan ditanya umi. Mikael mengukir sebaris senyuman. Inilah umi, sentiasa risaukan anak-anaknya.

"Barang abang tak bawak banyak pun ibu. Lelaki kan boleh tidur pakai boxer je. Pasal duit tu umi jangan risau, duit belanja abah bagi hari tu masih ada lagi." Penuh dengan kelembutan Mikael menjawab semua soalan umi. Umi mengangguk.

Soal wang, keluarganya tiada masalah cuma anak-anaknya ini bukanlah jenis meminta. Duit habis pun mereka diam, nasib baiklah instinct umi mereka kuat. Sedang tiga beranak itu sibuk berbual diruang tamu, telinga mereka terdengar orang memberi salam.

"Waalaikumusalam, adik pergi tengok jap siapa datang tu." arah umi. Dengan malas Mikayra bangun dari duduknya. Pintu utama rumah dibuka.

"Mikayra! Hai!" Terloncat-loncat Huda melambai tangan dari luar pagar dengan senyuman melebar. Mikayra membuat riak bosan. Kakinya menyarung selipar dan langkah ke pagar rumah. Tanpa suara, Mikayra membuka pagar untuk Huda.

"Hariz balik eh?!" tanya Huda setelah melintasi pagar.

Dah tahu tapi masih bertanya, semaklah dia ni. Mikayra hanya mampu menjawab dalam hati. Mereka bersama-sama masuk ke dalam rumah.

"Hai makngah!" Huda menerpa umi diruang tamu.

Mikael yang melihat kedatangan sepupunya itu, bangun dari terus duduk disebelah umi. Tanpa disuruh, Huda terus sahaja melabuhkan punggungnya di bekas tempat duduk Mikael.

"Huda datang dengan siapa ni?" Tanya umi. Mikayra yang baru saja duduk disebelah Mikael di sofa dua serangkai hanya memasang telinga.

"Huda datang sorang je. Saja nak lawat makngah." balas Huda sambil matanya sibuk menjeling ke arah Mikael.

"Abang Hariz baru sampai ke?" Huda bertanya pada Mikael.

"Taklah." jawab Mikayra bagi pihak abangnya. Huda memberi jelingan pada Mikayra.

"Huda duduk sekejap ye, makngah buatkan air untuk kamu." kata umi yang hendak bangun dari duduk.

"Eh, tak payahlah makngah." halang Huda macam nak tak nak.

"Tak payah lah, umi. Huda ni ada kaki dengan tangan, dia boleh buat air sendiri. Lagi pun, bukan ke dia dah biasa sangat dengan rumah kita ni." Mikayra memerli Huda. Sakit matanya melihat perempuan yang asyik datang ke rumahnya tanpa diundang.

"Apa adik kata gitu, tak baik. Huda ni tetamu kita, kenalah layan dengan baik. Makngah pergi dapur kejap, Mikayra mari tolong umi." umi menarik tangan anak bongsunya.

Tanpa rela Mikayra terpaksa juga ke dapur menolong umi.

Manakala hati Huda teruja apabila dirinya tinggal berdua sahaja dengan Mikael diruang tamu. Setelah beberapa minit ditinggal berdua, Huda berdehem beberapa kali untuk menarik perhatian Mikael tapi malangnya Mikael tidak peduli, mata lelaki itu tertumpu pada drama yang ditayang.

"Er... abang Hariz sampai pukul berapa tadi?" tanya Huda dengan ayunya. Akan tetapi Mikael masih bersikap seperti tadi.

"Huda ada belikan banyak barang untuk makngah tapi tertinggal dalam keretalah, abang Hariz boleh tolong Huda angkatkan tak?" Huda cuba lagi untuk menarik perhatian Mikael dan kali ini dia berjaya. Mikael mengalihkan pandangannya melihat wajah Huda.

"Kalau dah tahu barang banyak kenapa tak angkat dari tadi? Kau boleh angkat sikit-sikit." balas Mikael tanpa riak.

"Tapi barang tu berat, abang Hariz." Rengek Huda dengan suara sengaja dimanjakan.

"Dah tahu berat, yang kau beli tu kenapa? Lagi satu, kalau tadi kau boleh bawak barang tu masuk dalam kereta kau kenapa sekarang kau tak boleh bawak barang tu keluar pulak?" balas Mikael sambil menyilang tangan didada.

"Ta.. tadi ad.. ada orang tolong Huda." tergagap Huda menipu.

Mikael melepaskan keluhan. Malas betul dirinya ingin melayan sepupunya seorang ini. Mikael membuat keputusan untuk meninggalkan Huda keseorangan di ruang tamu. Mikael melangkah ke dapur.

"Umi, abang naik rehat kejap." kata Mikael kepada uminya yang sedang mengacau air dalam teko. Sementara itu, adik bongsunya sedang menyusun biskut untuk dihidangkan kepada tetamu yang tidak diundang iaitu Huda.

"Yelah, pergilah rehat tapi jangan lupa solat asar pulak kejap lagi." balas umi.

"Okey. Adik, nanti kau kejut aku solat eh." pesan Mikael pada Mikayra. Mikayra hanya membalas dengan anggukan pasrah. Inilah nasib adik bongsu, asyik digunakan oleh adik beradik yang lain.

To be continued

Sorry for late update, saya busy dengan assignment hehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry for late update, saya busy dengan assignment hehe. So saya update 2 chapter untuk awak semua.
Thanks sebab sudi menunggu update dari saya !

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now