MIKAEL'S | 32

61 3 0
                                    

Sedaya upaya Nabilah cuba mengoyakkan senyuman dihadapan keluarga Mikael. Hati memberontak ingin memeluk Mikayla di hadapannya sekarang ini, ingin melepaskan rindu. Tetapi apakan daya, hatinya terlalu bercambah dengan segala rasa sekarang ini.

Dari sarapan sehinggalah masuk ke dalam kereta, Nabilah tidak langsung bercakap dengan Mikael dan juga Mikayla.

Hampir dua jam perjalanan mereka bertolak tadi, suasana didalam kereta hanya kedengaran bunyi radio. Mikayla ada cuba mengajak Nabilah berbual tetapi gadis itu hanya membalas dengan gerakan kepala sahaja.

Mikael memandang sekilas Nabilah dibelakang sewaktu kereta berhenti di lampu isyarat, lalu matanya terpandang Mikayla yang sudah hilang ke alam mimpi disebelah.

"Laju betul budak ni tidur." Mikael berkata pada tone yang hanya dirinya saja yang mendengar. Mata Mikael asyik menjeling ke arah Nabilah. Gadis itu tidak seperti sedia kalanya, kalau tidak sebelum ini ada saja celoteh gadis itu.

Mikael mengambil keputusan untuk menegur Nabilah bila hatinya hadir rasa kerisauan.

"Kau okay ke tak?"

Nabilah yang tenggelam dalam dunianya, tidak mendengar akan soalan Mikael.

"Nabilah?"

"Hah? Awak panggil saya ke?" polos gadis itu menyoal Mikael.

"Nampak ada orang lain lagi ke dalam kereta ni? Mestilah aku panggil kau? Kau okay ke tak? Asyik mengelamun je."

"Saya okay. Awak jangan risau lah." Nabilah berkata seraya tersenyum nipis. Dia kembali membawa pandang ke luar tingkap.

"Boleh saya tanya awak satu soalan?"

"Hm."

"Apa yang awak akan buat kalau awak dapat tahu orang yang awak percaya..." Nabilah berhenti berkata, wajah sisi Mikael dipandang.

"Menipu?" sambung Nabilah.

Terjungkit sebelah kening Mikael apabila mendengarkan persoalan yang dilontarkan oleh gadis itu.

"Kau ada masalah apa-apa ke?" Mikael tidak menjawab soalan Nabilah, malah lelaki itu membalas dengan persoalannya.

Dari cermin pandang belakang, Nabilah membaca mata Mikael. Tapi sayang, dirinya hanya pandai membaca buku tapi bukan pandangan mata. Pandangan dialihkan kembali ke luar tingkap.

"Kecewa. Tapi..." Mikael memandang tepat ke arah anak mata Nabilah yang ketika itu yang kebetulan juga sedang memandangnya sebelum menyambung kata-katanya yang terhenti.

"Seseorang tu pasti ada alasan yang kukuhnya tersendiri atas setiap perbuatannya." genggaman pada stereng kereta diketatkan bila rasa ayat itu kena akan situasinya.

"Saya harap awak ada alasan yang kukuh, tetapi saya sendiri tak pasti sama ada saya mampu untuk mendengar alasan awak." kedengaran tenang Nabilah berkata.

"Apa maksud kau?"

"Sejak bila awak tahu?"

Mikael masih tidak menjawab persoalan Nabilah kerana dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh gadis itu.

"Saya nak awak jujur dengan saya. Sejak bila awak tahu pasal saya? Dan kenapa awak tak bagitahu saya hal yang sebenar?"

"Aku tak faham, apa yang aku tahu pasal kau?"

"Mikael..."

Sreeet!

Mikael berhenti secara mengejut kerana terkejut akan gadis itu yang memanggil nama keduanya. Mikael. Nama yang hanya digunakan oleh keluarga kecilnya sahaja.

Nasib baik saja tiada kereta dibelakangnya sewaktu kereta berhenti. Mikael memarkirkan keretanya di pinggir jalan. Dia tidak mampu untuk meneruskan pemanduan kerana apa yang didengar sebentar tadi tidak sepatutnya berlaku.

"Macam mana..." Mikael tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila ayatnya sudah dipotong oleh gadis itu.

"Macam mana saya tahu? Bukan ke nama tu yang awak gunakan masa berkenalan dengan saya? Takkan la Encik tak ingat?" sinis Nabilah menyoal Mikael dengan menekankan perkataan encik.

Encik, merupakan panggilan yang digunakan oleh Nabilah kepada Mikael sewaktu mereka berkenalan dalam sebuah group di telegram. Dan disitulah awal perkenalan antara mereka sebelum mereka berjumpa pada pertama kali di kedai buku.

Lidah Mikael kelu. Dia tidak mampu untuk menjawab persoalan daripada gadis itu. Degupan jantungnya laju berdegup. Wajah Mikayla yang masih lena dipandang dengan riak mendung.

"Kalau saya tak terdengar perbualan awak dengan Kayla, mesti sampai sekarang saya masih diperbodohkan."

"Nabilah, kau salah faham ni. Aku boleh jelaskan. Aku tak bermaksud nak sorokkan perkara ni dekat kau. Aku cuma..." Mikael kehilangan kata-kata apabila melihatkan mutiara jernih yang mengalir di pipi mulus gadis kecil itu.

"Saya ingat saya boleh percayakan awak, rupa-rupanya saya silap."

To be continued 

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now