Perkenalan antara si gadis dan jejaka yang tidak pernah bersua muka telah menimbulkan rasa suka di dalam diri gadis tersebut.
Namun takdir tidak menyebelahi apabila dia baru menyedari perasaannya terhadap jejaka itu setelah jejaka itu menghilang. Ta...
Nabilah kebingungan, perbualan pada malam itu agak berlainan apabila dirinya terasa bahawa gadis itu bukanlah gadis yang kebiasaan berbual dengannya yang membalas.
"Kenapa vibe dia ni seram sangat."
"Mengumpat aku ke?"
"Eh, mana ada."
"Ini bukan Mikayla ke?"
"Ini Mikael."
"Ouh, takpe lah saya nak off dulu."
(Tiara) "akak Nabilah nak lari ke?"
"Mana ada."
"Nabilah, jangan ingat kau boleh terlepas budak."
Pada awalnya Nabilah sudah mengetahui akan kewujudan lelaki itu yang merupa abang kepala Mikayla iaitu gadis yang selalu berbual dengannya melalui group telegram. Tetapi Nabilah tidak pernah membalas atau mempedulikan lelaki itu selama ini.
"Tinggi encik berapa?"
"188."
"Pendek. Saya 194."
"Kau 140+++ kan tadi. Diam pendek."
"Takde, takde. Tak accurate. Mana ada orang tulis +++."
"Ish budak ni. Panggil encik dah kenapa? Panggil nama aku lah."
"Tak nak."
"Ish. Suka hati kau lah pendek."
"Pendek jangan main ehh."
"Nampak aku kisah ke budak?"
"Malas saya layan encik ni."
Semenjak itu mereka berdua sering bergaduh sehinggakan ada yang menggelarkan mereka seperti 'tom & jerry' dan ada juga yang 'mengship' kan Nabilah dan Mikael. Pada mulanya mereka tidak memperdulikannya tapi semakin lama Nabilah perasaan akan ketidak keselesaan Mikael dalam membalas chat. Nabilah mula rasa bersalah, jadi dia membuat pemohonan maaf di personal message Mikayla.
"Tak apa akak. Abang okey. Cuma dia tak suka orang cakap pasal dia. Abang memang macam tu."
Perbulan demi perbualan Nabilah semakin rapat dengan Mikayla sehinggakan mereka selesa berbual tentang keluarga masing-masing. Mikayla juga ada menceritakan tentang Mikael pada Nabilah.
"Semalam akak ada chat dengan abang ke?"
"Ada. Kenapa?"
"Takde pape cuma pelik."
"Pelik kenapa?"
"Kayla tak pernah tengok abang gelak kuat macam tu bila chat dengan perempuan."
Sewaktu hati terlalu selesa dengan kegembiraan, perasaan itu bertukar menjadi kosong apabila perpisahan tiba tanpa dijangka.
"Assalamualaikum akak, Kayla nak bagitahu akak yang Kayla nak delete telegram. Kayla nak terangkan diri. Kayla harap akak faham. Lagi satu, abang ada bagi pesanan dekat akak. 'You as a girl, study elok-elok. Don't trust men so much. Kau belajar, kerja. Capai cita-cita kau.' Akak jaga diri ya. Kayla minta diri dulu. Terima kasih untuk semuanya"
Lebih menyakitkan apabila Nabilah tidak sempat membalas pesanan tersebut kerana kedua beradik itu sudah pun menghilang.
End of flashback
To be continue
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye