Perjalanan yang mengambil masa enam jam setengah membuatkan bahunya terasa lenguh. Mikael memberhentikan kereta dihadapan rumah. Wajah Mikayla dan Nabilah yang lena ketiduran dipandang dengan segaris senyuman.
"Mikayla, bangun." kejut Mikael sambil mengoncang sedikit bahu adiknya itu.
Perlahan-lahan Mikayla membuka mata. Mata yang masih katok digosok lembut.
"Bangun. Kita dah sampai. Aku bawak turun beg, kau tolong kejutkan akak Nabilah."
Pesanan Mikael menerima anggukkan dari Mikayla.
Seperti terasa mendengar suara seseorang berdekatan dengan dirinya, Nabilah membuka mata. Cermin mata yang sengaja ditanggalkan, kembali disarung. Wajah Mikayla tersenyum memandang Nabilah disebelah.
"Jom turun. Kita dah sampai." ajak Mikayla. Pintu kereta diluaskan lagi bagi memudahkan Nabila keluar.
"Mana Hariz?" tanya Nabilah dengan suara yang agak serak.
"Abang dah masuk bawak barang. Jom!"
Dengan selamba Mikayla memeluk tangan kanan Nabilah dan ditarik supaya berjalan seiring dengannya masuk ke dalam rumah.
Serentak dua gadis itu memberi salam sebelum melangkah masuk.
Umi orang yang paling tidak berhenti tersenyum menyambut kedatangan tetamu istimewa itu, kerana tidak pernah lagi anak sulungnya itu ada berkawan dengan mana-mana perempuan.
Setelah mencium tangan, umi menarik Nabilah masuk ke dalam pelukannya.
"Nabilah sihat?" tanya umi yang masih memeluk Nabilah.
Dengan kekok Nabilah membalas pelukan umi. "Alhamdulillah, umi. Umi sihat?"
Umi melepaskan pelukan lalu mengangguk. Jam yang menunjukkan pukul 10 lebih dipandang sekilas.
"Sihat juga. Nabilah naik rehat dulu ye, banyak yang umi nak bualkan dengan Nabilah. Esok kita berbual ye." kata umi masih dalam keterujaannya.
Nabilah hanya mengangguk dalam senyuman.
"Mikayla, tunjukkan bilik tamu." arah umi.
"Ala... tapi Mikayla nak akak tidur bilik Mikayla."
"Hmm. Mana-manalah, asalkan akak ni selesa ye."
Mikayla mengangguk lalu meminta izin umi untuk naik berehat bersama Nabila di atas.
"Abang pun mesti penat memandu, pergi naik berehat." lembut umi menepuk bahu anak sulungnya.
Mikael mengangguk. Beg pakaian Nabilah yang dia bawa turun tadi diangkat bersama ke tingkat atas.
Pintu bilik adik pertamanya diketuk Mikael. "Aku bawak beg pakaian kau." Mikael berkata.
Perlahan-lahan pintu terbuka dari dalam. Nabilah menghulur tangan disebalik pintu.
"Kau dah kenapa? Tak ada muka dah ke sampai duduk belakang pintu?" Mikael berkata ketidak puas hatian.
"Bisinglah pak cik ni, bagi jelah beg tu." bergerak-gerak tangan kiri Nabilah meminta.
Muncul idea jahat difikiran Mikael. Bibirnya menyorok senyuman. Tangannya mengangkat beg pack Nabilah dan diangkat tinggi lalu, dilepaskan ke atas tangan kiri gadis itu.
"Aduh!" adu Nabilah. Tangan kirinya ditarik semula akibat sakit dihempap beg yang agak berat.
Kedengaran tawa halus Mikael bila dapat mengenakan gadis comel itu. Dengan tawa yang tersisa, Mikael berlalu pergi dari bilik adiknya dan menghilangkan diri ke bilik sebelah.
************************************
Akibat kepenatan berlamaan di dalam kereta, hajat Mikayla untuk stay up bersama Nabilah tidak kesampaian apabila dua-dua lena ketiduran selepas membersihkan diri.
Sepuluh minit sebelum azan Subuh berkumandang, Nabilah terjaga dari tidur. Tangannya menekan screen telefon supaya bercahaya. Waktu solat di Terengganu di cari. Setelah menjumpai, dirinya terus dibawa ke bilik air untuk mandi dan bersedia untuk solat.
Sewaktu Nabilah selesai menyarung telekung, pintu bilik diketuk seseorang.
"Takkan rumah ni berhantu kot?" Nabilah bertanya pada diri. Keberanian dikumpul sebelum pintu bilik Mikayla dibuka.
Wajah Mikael dengan rambut yang masih basah berdiri di hadapan pintu.
"Jom solat jemaah, yang lain dah tunggu." kata Mikael.
Nabilah mengangguk. "Awak, Mikayla macam mana?" tanya Nabilah apabila terpandang wajah lena Mikayla.
"Dia bendera merah." selamba Mikael menjawab sebelum meninggalkan Nabilah.
Dengan langkah kecil, Nabilah mengejar Mikael. Takut sesat masuk salah bilik. Kalau termasuk bilik stor tak apalah, ini buatnya termasuk bilik umi? Naya dia.
Nabilah mengetuk perlahan kepalanya "Apalah kau ni Aina, nak solat subuh pun masih sempat lagi merepek masuk bilik stor bagai. Ish ish ish..." menggeleng-geleng kepala bila mengingati apa yang dirinya fikirkan.
To be continue
Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye
-euphio-
YOU ARE READING
MIKAEL'S
RomancePerkenalan antara si gadis dan jejaka yang tidak pernah bersua muka telah menimbulkan rasa suka di dalam diri gadis tersebut. Namun takdir tidak menyebelahi apabila dia baru menyedari perasaannya terhadap jejaka itu setelah jejaka itu menghilang. Ta...