MIKAEL'S | 30

59 2 0
                                    

 Mikael bersila menghadap adiknya Mikayla di belakang. Mikael menanggalkan songkok yang kemas berada atas kepala. Rambut yang masih basah digosok-gosok sedikit serabai.

"Kenapa ni?" tanya Mikael. Songkok yang berada di tangan diletak ke tepi.

"Hmm... adik ada benda nak cakap dengan abang." Mikayla berkata sambil menggentel hujung telekungnya.

"Cakaplah."

Mikayla mengetap bibirnya. Fikirannya kusut ingin menyusun ayat untuk memberi tahu abangnya tentang apa yang dia fikirkan dua hari ini.

Melihat kebisuan Mikayla mendatangkan kerutan pada dahi Mikael. Nafas berat dihembus. Dahi Mikayla dijentik lembut.

"Aduh, sakit la abang" adu Mikayla sambil menggosok dahinya.

"Mengelamun pulak. Tadi kata nak cakap dengan abang. Kayla nak cakap apa?" ternaik kedua belah keningnya.

"Emm, abang... tahu siapa akak Nabilah?" Mikayla mula bertanya.

"Apa punya soalan kau ni? Mestilah kenal. Dia kan kawan abang. Kenapa?"

"Ishh, abang tahu kan maksud kayla apa?"

"Apa?"

"Abang!" Ish dia ni kang berkelakuan seperti tiada apa yang terjadi.

Setelah solat, semua masuk kembali ke dalam bilik tidur masing-masing kecuali Mikael dan Mikayla. Dua beradik itu dudukan, main-main pulak.

"Iya, abang tahu. Kenapa?"

Mulut yang terbuka luas kerana terkejut ditutup dengan telapak tangan kanan.

"Seriuslah? Abang tahu? Ehh... cop-cop. Macam mana abang tahu?"

Mereka sekeluarga dan Nabilah mengerjakan solat subuh seperti biasa pada waktu pagi. Tiada seorang pun yang membuka mulut bertanya atau berkata tentang apa yang berlaku semalam.

"Family... dia?"

"Family? Huh?... Kejap! Jangan cakap yang abang pun tahu muka ahli keluarga akak Nabilah!" terbuntang mata Mikayla.

"Kalau abang cakap... ya?"

Kepala Mikayla di teleng sedikit sambil jari tunjuk diketuk-ketuk pada dagu. "Tapi macam mana? Kayla tak faham. Akak memang ada tunjuk dekat Kayla, tapi masa tu kan abang..."

"Abang curi-curi tengok ke?!" bahu Mikael digenggam Mikayla sehingga terangkat telekung yang dipakai gadis itu.

"Mana ada curi-curi tengok. Abang tertengok. Masa tu kan kau duduk sebelah abang, jadi abang ternampak lah." tangan adiknya ditepis lembut.

"Habis tu abang tahu itu dia masa kita pergi ambik dia haritu jugak lah?"

"Tak."

Mikayla mengerutkan keningnya tanda tidak mengerti akan maksud abangnya itu.

"Sebelum kita pergi ambik dia haritu, abang dah pernah jumpa family dia. Ingat tak yang abang pernah cerita yang abang tolong seseorang masa dekat program haritu?"

Mikayla mengangguk.

"Masa tu lah yang abang tahu kalau dia tu Nabilah yang kita pernah kenal."

"Abang jumpa keluarga dia?"

Mikael mengangguk.

"Dekat hutan?"

Mikael mengetuk perlahan kepala adiknya. "Dekat hospital lah, dah kenapa nak jumpa keluarga dia dekat hutan."

Mikayla tersengeh.

"Tapikan, abang... akak tak tahu, kan? Apa yang kita tahu ni."

Pertanyaan Mikayla mendapat gelengan dari Mikael.

"Takpe ke? Macam mana kalau akak Nabilah terasa? Yelah, kita tahu tapi dia tak tahu apa-apa. Mesti dia sedih. Kita gembira jumpa dia sebagai Aina tapi dia hanya jumpa kita sebagai Hariz dan Mikayla je." menunduk Mikayla berkata. Hatinya belenggu kesedihan.

Mikael menarik Mikayla masuk ke dalam pelukannya. Belakang badan adiknya itu ditepuk lembut, memujuk.

"Kalaulah kakak Nabilah jumpa kita sebagai Mikayla dengan Mikael mesti lagi seronok." kata Mikayla lagi.

Mikael hanya diam mendengar.

"Apa kata kita bagi tahu akak?" Mikayla merenggangkan pelukan.

"Adik... biarlah dia tak tahu." lembut Mikael membalas.

"Kenapa? Bukan ke akak akan gembira bila tahu kita ni orang yang sudah lama dikenali dia."

"Tapi kita juga orang yang meninggalkan dia."

Mikayla terdiam. Kata-kata Mikael ada betulnya. Mereka berdua yang meninggalkan Nabilah. Menghilangkan diri tanpa khabar.

"Biarlah Nabilah tak tahu siapa kita, kerana itu yang terbaik."

Perlahan-lahan Mikayla mengangguk setuju dengan kata Mikael. Demi menjaga hati kakak Nabilah. Dia rela berdiam diri.Hati belenggu pelbagai rasa. Bibirnya menjadi bisu tanpa kata. Tanpa mereka sedari, disebalik pintu terdirinya seorang gadis yang mendengar segala perbualan dua beradik itu.

To be continue 

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now