MIKAEL'S | 28

62 2 0
                                    

Mikael sibuk membantu umi dan ayahnya mengemas apa yang patut dihalaman rumah. Ketika dia asyik dengan kerjanya, dia mendengar seseorang memanggil namanya.

"Abang"

"Ehh, umi. Kenapa umi? Ada apa-apa yang abang boleh tolong ke?" tanya Mikael kepada uminya.

"Bukan sebab itu umi panggil kamu. Umi sebenarnya kesian dekat Nabilah tu. Dia asyik berkeras nak tolong umi basuh pinggan-pinggan kotor dekat dapur tu. Dah banyak kali umi larang tapi dia degil nak buat jugak." luah umi yang berasa susah hati.

"Biar lah dia nak tolong umi." balas Mikael sambil ketawa.

"Ish kamu ni, umi segan lah. Dia kan tetamu kita. Lagipun dia buat kerja sorang-sorang tu."

"Sorang? Adik-adik mana?" terangkat sebelah kening Mikael mendengarkan pernyataan daripada uminya.

"Kayla dengan Kayra pergi hantar lauk-lauk dekat rumah jiran-jiran kita. Kebetulan lauk ada banyak lagi tadi. Jadi umi kongsi dengan jiran-jiran." jelas umi panjang lebar.

"Mikael masuk kejap la umi. Nak pergi tengok Nabilah dekat dapur tu." kata-kata Mikael disambut dengan anggukan daripada uminya. Setelah itu kaki dibawa melangkah ke dapur.

Sebaik sahaja dia mendekati dapur, suara manusia yang sedang berbalas mulut kedengaran olehnya. Mikael melihat ke arah Nabilah dan Huda yang sedang berdiri berdekatan dengan singki.

Apabila kaki melangkah dengan lebih dekat, Mikael dapat mendengar setiap bait perkataan yang keluar daripada mulut Huda.

"Kau pergi dari sini! Aku tak suka kau rapat dengan abang Hariz. Abang Hariz tu aku yang punya!"

Berkerut dahi Mikael mendengarkan kata-kata Huda. Dia tidak suka akan bicara sepupunya itu. Tetapi terbit senyuman kecil di bibir Mikael apabila mendengarkan soalan yang terpancul keluar daripada bibir Nabilah.

Tanpa Mikael sempat ingin meleraikan mereka berdua, tangan Huda lebih cepat naik menampar pipi mulus Nabilah.

"Huda!" jerit Mikael yang terkejut dengan tindakan Huda. Kaki dibawa laju melangkah ke arah dua gadis tersebut.

"Kau okay?" tanya Mikael dengan nada yang risau.

Nabilah terdiam dan menunduk. Tangan dibawa ke pipi, pipinya terasa pijar akibat tamparan Huda. Air matanya menitis kerana takut. Dia teringat akan kejadian yang dia ditampar oleh Amirul.

Mikael mengetap gigi menahan marah apatah lagi apabila dia melihat pipi Nabilah merah dan basah selepas di tampar oleh Huda. Huda pula menikus apabila melihat wajah tegang Mikael.

"Kenapa kau tampar dia?!" tegas suara Mikael menyoal Huda yang sudah menundukkan mukanya.

Huda diam apabila disoal begitu oleh Mikael. Dia langsung tidak mengangkat wajahnya untuk memandang Mikael yang berdiri di hadapannya.

"Aku tanya kau ni. Kenapa diam?! Dah tak ada mulut nak jawab?" marah Mikael.

"Hu... Huda... tak se...sengaja abang. Huda min... mintak ma...af." balas Huda dengan suara yang tersedu-sedu akibat menangis.

"Tak sengaja? Kau ingat aku buta ke?! Kau ingat aku tak tahu apa yang kau cakap dekat dia?" sinis Mikael menyoal Huda.

Beberapa orang masuk menjenguk di dapur untuk melihat apa yang telah berlaku kerana suara Mikael yang begitu lantang sehingga kedengaran sampai keluar.

"Apa yang bising-bising ni abang? Nabilah? Huda? Kenapa kamu berdua menangis ni? Ya Allah Nabilah, kenapa badan kamu menggigil ni?" umi memeluk Nabilah kerana risau akan keadaan gadis itu yang kelihatan takut.

"Umi tanya lah dengan anak sedara umi ni apa yang dia dah buat dekat Nabilah." balas Mikael yang tidak berpuas hati.

"Huda? Kamu buat apa sampai Mikael marah kamu ni?" tanya umi dengan nada yang tegas.

"Jawablah!"

"Huda tak sengaja tertampar Nabilah." jujur Huda apabila di soal oleh makngahnya.

"Ya Allah Huda. Kenapa kamu tampar dia? Nabilah ada buat salah dekat kamu ke?"

"Huda benci perempuan ni! Dia nak rampas abang Hariz daripada Huda! Makngah tahu kan yang Huda suka abang!" balas Huda tidak puas hati apabila semua berpihak kepada Nabilah.

Umi Mikael terkejut dengan apa yang Huda ucapkan. Dia tahu akan perasaan anak saudaranya yang suka akan anak lelakinya. Tetapi dia tidak sangka bahawa Huda senekad ini.

"Apa kau cakap? Dia rampas aku daripada kau? Sejak bila aku ni milik kau? Ada aku cakap yang aku suka kau? Ada?!" tanya Mikael yang geram dengan sikap Huda yang seperti obses dengan dirinya.

"Tapi Huda suka dekat abang! Kenapa abang tak pandang pun Huda? Teruk sangat ke Huda ni? Dan apa yang lebihnya perempuan ni dibanding dengan Huda?" lantang Huda bersuara dan menyoal Mikael tanpa memikirkan orang lain yang turut ada di situ.

"Dan Aku. Tak. Suka. Kau. Dari awal aku dah cakap dekat kau yang aku hanya anggap kau sebagai adik. Tak lebih daripada tu. Itu pun susah ke kau nak faham? Perangai kau yang macam ni, kau ingat aku boleh suka dekat kau? Kelebihan dia daripada kau? Kau nak tahu apa kelebihan dia?..." Mikael memandang tajam Huda yang berdiri di hadapannya sebelum menyambung kata-katanya yang membuatkan semua yang ada di situ kaku dan tergamam termasuklah Nabilah.

"Dia bukan kau... Aku warning kau, jangan ganggu dia lagi." Turun naik dada Mikael melepaskan kemarahan. Sempat dia memberi isyarat kepada Mikayla supaya membawa Nabilah keluar dari situ.

To be continued

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now