Siang menjelma kembali. Nabilah mulakan harinya dengan ceria sekali. Senyum tidak pernah lekang dari bibir comel milik gadis itu. Ain dan yang lain turut gembira melihat gadis comel itu kembali ceria.
"Amboi, senyum sokmo." usik Ain.
"Ehh mana ada." sangkal Nabilah sambil menutup pipi comelnya yang sudah kemerahan.
Mikael yang memandang Nabilah dari tadi ketawa kecil yang hanya didengarinya sahaja. Mikael gemar melihat muka kemerahan Nabilah sekiranya gadis itu malu dan marah. Itu salah satu punca kenapa dia selalu buat Nabilah marah.
"Ha Hariz, kau pahal senyum sorang-sorang ni?" tanya Wan dengan rasa pelik bila sahabatnya senyum. Sedangkan Mikael seorang kedekut senyuman.
"Apa? Salah ke kalau aku nak senyum?" soal Mikael dengan dingin sekali. Riak wajahnya turut bertukar mendatar.
Namun telinganya yang sudah bertukar kemerahan telah menjelaskan segalanya. Kantoi dirinya senyum sehingga termalu sendiri.
Setelah sarapan pagi, semua peserta diminta untuk kemas khemah masing-masing dan memindahkan barangan peribadi mereka ke tempat untuk berkumpul. Nabilah dan ahli kumpulan bergerak ke khemah untuk mengemas. Sementara mengemas, mereka berborak sesama sendiri.
"Alaa, kita dah nak balik. Nanti dah tak boleh jumpa Nabilah comel ni lagi." rungut Fatimah sambil mencubit pipi Nabilah.
"Itu la. Aku mesti rindu Nabilah balik ni." ujar Ain sambil muncungkan bibirnya.
"Alaa nanti kita set date la. Kita outing sama-sama." cadang Nabilah.
"Ehh kejap..kita belum tukar phone number kan?" tanya Ain.
"Haah laa.." sahut Fatimah.
"Iya lahh, lupa." kata Nabilah sambil tersenyum.
Setelah bertukar phone number, mereka kembali mengemas khemah dan membuka semua khemah untuk disimpan. Tanpa Nabilah sedar, Mikael memerhatinya dari tadi lagi. Hanya number Mikael masih belum diminta oleh Nabilah. Sebentar tadi Nabilah meminta phone number Sai dan Wan.
"Dia buat tak nampak je tadi." gumam Mikael setelah melihat reaksi selamba Nabilah. Gadis itu tidak memandangnya apatah lagi meminta nombornya. Bukan dia tidak perasan gadis itu meminta nombor rakan kumpulannya yang lain
Setelah selesai mengemas, semua peserta berkumpul bagi mendengar sedikit ucapan penutup oleh Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia. Hari ini merupakan hari terakhir mereka setelah 2 hari 2 malam disitu.
Nabilah duduk bersebelahan Ash dan ahli kumpulan yang lain. Mereka bebas untuk duduk dimana-mana sahaja. Tanpa diketahui Nabilah, Mikael dan kawan-kawannya duduk di barisan hadapan Nabilah.
Nabilah duduk betul-betul belakang Mikael yang tinggi itu. Kedudukan itu sukar bagi Nabilah melihat ke hadapan kerana badan Mikael melindung pandangannya.
"Ish siapalah yang tinggi sangat ni? Tak nampak aku." Nabilah rungut perlahan.
Mikael yang mendengar rungutan itu memusingkan kepalanya bagi melihat gerangan itu. Setelah kenal akan gerangan itu Mikael tersenyum sinis.
"Dah tahu pendek, duduk belakang tu apasal?" sinis sekali kata-kata Mikael.
Nabilah yang mendengar akan kata-kata Mikael itu mendengus kegeraman. "mamat ni tak boleh duduk tempat lain ka? Depan aku jugak dia nak duduk. Dah la tinggi macam galah." kutuk Nabilah menandakan rasa tidak puas hati dalam dirinya.
Majlis penutupan itu hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja kerana masa yang ada amat suntuk. Semua peserta kelihatan sedih apabila perlu mengucapkan selamat tinggal sesama mereka kerana mereka perlu berpisah untuk pulang ke universiti masing-masing.
Semasa yang lain sibuk meminta diri dan memasukkan barang-barang ke dalam kenderaan, Nabilah pula sibuk memandang persekitarannya untuk mencari sosok tubuh seseorang. Apabila dia sudah menemui keberadaan orang yang dicarinya, dia terus membawa langkah menuju ke arah sosok itu yang kelihatan sedang berbual dengan salah seorang fasi dalam program tersebut.
"Hariz, kau nak tumpang aku tak balik ni? Ke kau balik dengan bas?" tanya Khairul datang dengan kereta sendiri.
"Bas. Lagipun dorang tu tanggungjawab aku." balas Mikael
"Iya tak ya jugak. Lupa pulak aku yang kau tu ketua." Khairul berkata dengan sengihan lebar pada bibirnya.
"Hariz..."
Sedang asyik mereka berdua berborak, kedengaran suara seseorang memanggil nama Mikael. Mikael terus menoleh pada arah suara itu untuk melihat siapakah gerangan yang telah memanggil namanya.
"Ehh Nabilah, ada apa datang sini? Nak jumpa Hariz ke?" tanya Khairul walaupun dia sudah tahu akan tujuan gadis itu.
"Emm... Haah. Boleh ke?" jawab Nabilah dengan berhati-hati.
"Mestilah boleh. Kan Hariz? Takpelah, kalau macam tu aku pergi tengok pelajar-pelajar yang lain dulu." belum sempat Mikael untuk membalas apa-apa, Khairul sudah pun berlalu pergi meninggalkan dia dengan si gadis kecil itu.
Krik... krik...
To be continued
Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye
-euphio-
YOU ARE READING
MIKAEL'S
RomancePerkenalan antara si gadis dan jejaka yang tidak pernah bersua muka telah menimbulkan rasa suka di dalam diri gadis tersebut. Namun takdir tidak menyebelahi apabila dia baru menyedari perasaannya terhadap jejaka itu setelah jejaka itu menghilang. Ta...