MIKAEL'S | 22

50 3 0
                                    

Sebulan berlalu begitu pantas, kehidupan Nabilah kembali seperti biasa. Gadis itu kembali tenang apabila lelaki yang bernama Amirul tidak muncul dihadapannya lagi.

Keluarganya menarik kembali laporan ke atas lelaki itu kerana kesian dengan keluarga Amirul tapi dengan syarat, menukarkan Amirul belajar ke tempat lain. Dan dengan persetujuan keluarga, Amirul dihantar ke luar negara.

Doa Nabilah hanya satu untuk lelaki itu. Agar dia berubah dan menemui pasangan yang lebih baik.

Ting!

Nabilah tersenyum gembira apabila mendapat satu pesanan dari Whatsapp.

Assalamualaikum.

Kau dah habis baca ke buku tu?

Rupanya pesanan tersebut daripada Mikael. Lelaki itu menanyakan bahawa Nabilah sudah habis atau belum baca buku yang ingin dipinjamkan kepadanya.

Waalaikumussalam.

Dah, saya baru teringat nak chat pak cik pasal buku tu.

Balas Nabilah, dia baru teringatkan perjanjian mengenai buku yang menjadi rebutan antara mereka berdua sebelum ini.

Tanpa Nabilah tahu, Mikael tersenyum bahagia selepas pesanannya dibaca dan dibalas dengan pantas oleh Nabilah. Mikael hanya mencuba nasib untuk menghantar pesanan itu. Tidak disangka olehnya, pesanan tersebut dibalas.

"Kau dah kenapa tersenyum-senyum sorang ni?" tanya Ash selepas melihat kawan baiknya tersenyum sambil membalas chat seseorang.

Nabilah hanya memandang Ash sambil tersenyum sampai matanya tidak kelihatan lalu berkata, "Takde pape lah."

"Ishh dia ni. Haa kau belum story dekat kami lagi apa yang jadi bulan lepas masa balik program tu." ujar Ash manakala Nik mengangguk tanda setuju dengan Ash.

Nabilah mengeluh panjang selepas mengingat semula kejadian berlaku bulan lepas. Kejadian itu memberi kesan buruk kepada dirinya. Nabilah mengalami trauma, dia takut akan lelaki bernama Amirul.

Nabilah mengubah kedudukannya agar lebih selesa sebelum menceritakan apa yang berlaku kepadanya sewaktu program berakhir.

Setelah Nabilah menceritakan hal itu, Ash dan Nik berasa marah dengan Amirul. Habis semua perkara diungkit semula.

"Dasar lelaki dayus!" marah Nik.

"Kalau la aku ikut kau sekali masa tu. Mesti benda ni tak jadi kan." kesal Ash.

"Alah, benda dah jadi kan? Kau tak salah pun, Ash." Nabilah menenangkan kawan baiknya yang masih berasa serba salah itu.

Ting!

Notification telefon Nabilah berbunyi sekali lagi.

Kalau macam tu, aku nak pinjam buku tu.

Macam kau cakap. Kau bagi aku pinjam kan.

Mikael menghantar pesanan lagi, dia menyatakan bahawa dia mahu meminjam buku itu setelah Nabilah habis baca.

Awak nak saya post atau nak saya bagi depan-depan awak?

Haah saya boleh bagi awak pinjam.

Nabilah tidak tahu sama ada Mikael mahu dia post buku itu atau tidak.

Agak lama jugak Nabilah menunggu Mikael balas chatnya.

"Perghh! Nabilah dah ada cintah" usik Ash yang dari tadi memerhatikan gadis itu.

"Cinta apanya, jangan merepek." Balas Nabilah tetapi matanya masih menatap screen telefon.

"Eleh, merepek konon. Kalau suka, cakap jelah suka."

"Jamban, Ash."

Ash ketawa halus bila dapat mengusik Nabilah.

Ting!

Semakin melebar senyuman Nabilah bila membaca pesanan dari pengirim yang sama.

Kita jumpa, aku pun ada perkara nak cakap dengan kau. Nanti aku bagi tahu masa dan tempat.

Telefon dirapatkan pada wajah. Senyum di bibir seperti digam. Hati bersorak kegembiraan.

Kaki yang panjang melangkah turun ke ruang tamu. Kata umi ada tetamu. Setelah tiba ditingkat bawah, Mikael terpandang wajah seseorang yang membuatkan dirinya mengeluh kecil.

Umi yang baru sahaja keluar dari ruang dapur dipandang. "Mana tetamunya umi?" tanya Mikael seolah-olah tidak melihat Huda.

"Ish, kamu ni. Huda yang duduk dekat atas sofa tu apa? Dialah tetamu." jawab umi. Pening dengan anak sulungnya itu.

Huda yang duduk sopan di ruang tamu tersenyum kecil. Rambut yang terjuntai diselak ke belakang telinga.

"Meh, minum petang sekali." ajak umi yang sudah pun menuang air.

Nak tak nak Mikael terpaksa juga duduk. Kuih cucur yang masih panas diambil dan digigit sedikit selepas meniup.

"Ayah dengan adik-adik tak balik lagi ke ibu?" tanya Mikael yang teringat adik-adik perempuannya mengikut ayah ke bandar senjak pagi tadi.

"Sekejap lagi baliklah kot. Huda makanlah, jangan segan-segan." kata umi. Piring dan cawan berisi teh diletak berdekatan Huda.

Huda melihat teh o panas yang diberi ibu saudaranya. "Terima kasih, makngah. Tapi..."

"Kenapa Huda? Ada yang tak kena ke?"

"Hmm. Huda tak minum teh kosong, tekak Huda terima yang bersusu je." kata Huda tanpa segan.

Ternganga mulut umi dan Mikael melihat Huda.

Umi berdehem. "umi ke dapur kejap buatkan air baru untuk Huda ye." lembut umi berkata.

Mikael menahan umi dari bangun dari duduk. "Biar Mikael yang buat."

Mikael berlalu ke dapur.

Berbunga gembira hati Huda apabila Mikael sudi membuatkan air baru untuk dirinya. Tersipu Huda bila teringatkan dia akan meminum air tangan jejaka itu.

Umi yang perasan akan tikah laku Huda yang meminati anak sulungnya hanya melihat.

Mikael kembali ke ruang tamu. Kakinya melangkah mendekati Huda.

Si gadis yang tidak dapat lagi menahan rasanya terus-terusan tersenyum melihat Mikael.

Tanpa aba-aba, Mikael mengeluarkan tin susu pekat dari belakang badannya dan dituang ke dalam cawan Huda sehingga separuh air teh tumpah ke piring.

Terkejut umi dan Huda melihat apa yang dilakukan Mikael.

"Nah, minum. Tak habis siap kau." Kata Mikael dengan menghentak sedikit kuat susu tin berdekatan cawan Huda. "Kalau tak cukup lagi susu tu panggil je aku, dekat dapur ada lima lagi tin susuaku boleh tuang dalam minuman kau."

Setelah puas berkata, Mikael kembali duduk disebelah umi. Menelan air liur umi, pertama kali dirinya melihat anak sulungnya berkelakuan begitu. Selalunya yang membalas hanyalah Mikayla dan Mikayra.

To be continue 

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now