MIKAEL'S | 7

55 3 0
                                    

Seminggu berlalu dengan pantas, waktu yang ditunggu-tunggu Nabilah tiba akhirnya. Bagi mengelak daripada ada barang yang akan tertinggal, Nabilah dengan gagah mengangkat semua barang yang ingin dibawanya ke tepi pintu bilik. Nabilah mengelap peluh didahi dengan hujung lengan baju.

"Aku bangga dengan kau yang kuat, Nabilah." Nabilah memuji diri sendiri.

"Ceh, baru angkat sikit dah rasa kuat." ujar Ash sambil mencebik selepas mendengar ujaran Nabilah.

"Eh, at least aku bangga dengan kelebihan badan aku yang comel ni." balas Nabilah. Nur yang menyaksikan pertelingkahan itu hanya menggeleng kepala.

Setelah kedua-dua sahabat memastikan semua barang keperluan dibawa bersama, mereka bergerak turun dari kolej ke pekarangan dataran yang ditetapkan bagi berkumpul sebelum bertolak ke lokasi program.

Setibanya di dataran, kesemua ahli kelab yang terlibat diminta untuk membuat pendaftaran diri bagi menandakan kehadiran mereka ke program tersebut. Sedang mendaftarkan diri, Nabilah ternampak Amirul turut melibatkan diri di perkarangan itu. Dia berasa hairan akan kehadiran lelaki itu, sedangkan dia tidak dengar akan nama lelaki tersebut semasa senarai nama ahli yang terlibat disebutkan.

"Apsal mamat tu join kita?" tanya Ash selepas sedar akan kehadiran Amirul disitu.

"Mana aku tahu" balas Nabilah dengan nada yang malas. Dia malas untuk mengambil tahu akan kenapa Amirul turut serta dalam program ini.

"Amirul, kau gantikan Syukri ke?" tanya ketua kelab mereka.

"Haah, aku gantikan dia. Katanya tidak berapa sihat." balas Amirul sambil menjeling ke arah Nabilah.

"Harap dia tak buat masalah nanti." ujar Nabilah dalam hati selepas sedar akan pandangan Amirul kearahnya.

Setelah kesemua ahli selesai membuat pendaftaran, mereka terus bergerak ke lokasi program dengan menaiki van yang telah disediakan. Sepanjang perjalanan, Nabilah kurang selesa apabila amirul duduk betul-betul dibelakang tempat duduknya. Hati Nabilah makin tidak tenang bila Amirul dengan sengajanya meletakkan tangan kanannya berdekatan kepala Nabilah.

"Hoi! Tangan kau ni tak boleh letak tempat lain ke? Ke kau nak aku potong?" Ash menegur dengan gangster.

Dirinya sedar akan riak tidak selesa Nabilah. Amirul pula langsung tidak memperdulikan teguran Ash, malah tangannya makin didekatkan dengan kepala gadis itu.

"Amirul, jangan buat hal boleh tak?" Nabilah menegur tanpa menoleh kebelakang.

Tersenyum sinis Amirul apabila dapat menarik perhatian bekas teman wanitanya. Tangan dijauhkan dari kerusi Nabilah. Hati lelakinya gembira.

Setelah tiga jam perjalanan, mereka berhenti di R&R Tapah bagi mengisi perut dan meregangkan otot.

"Baru tiga jam, dah kebas bontot aku weh." kata Nabilah sambil berjalan bersama Ash ke tandas awam.

"Ada empat jam lagi kita nak sampai pahang, bertabahlah punggung." kata Ash sebelum mereka berdua berpisah masuk ke dalam tandas.

Selesai melepaskan hajat kecil, Nabilah keluar terlebih dahulu sebelum Ash. Selesai membasuh tangan, Nabilah mengambil keputusan untuk menunggu Ash diluar. Tempat duduk yang kosong didekati Nabilah. Telefon dikeluarkan dari poket untuk mengisi masa dengan melihat sosial media.

Sedang Nabilah berada di dalam dunianya sendiri, dirinya terasa ada seseorang duduk disebelahnya. Nabilah menoleh ke kiri. Matanya membulat melihat Amirul tersenyum seperti lelaki gatal. Nabilah menciptakan lagi jarak antara kedudukan mereka.

"K... kau.. kau nak apa?" ketakutan hadir dalam diri Nabilah.

Mata Amirul melilau melihat Nabilah dari atas ke bawah. Kelakuan lelaki itu membuatkan Nabilah semakin takut.

Nabilah bangun dari duduk dan berlari masuk ke dalam tandas awam wanita semula. Gadis itu menggenggam tangannya yang bergetar hebat. Air liur terasa kesat untuk ditelan. Fikirannya kembali memutarkan bagaimana riak wajah Amirul melihatnya tadi.

"Kau dah kenapa shaking ni?" tanya Ash kepada Nabilah setelah melihat Nabilah seperti ketakutan.

"Hmm takde apa lah. Sejuk, maybe?" balas Nabilah bagi menutup rasa gugup selepas kejadian sebentar tadi.

Setelah itu, mereka berdua bergerak ke kedai-kedai yang terdapat di R&R itu. Mereka membeli makanan bagi mengalas perut, memandangkan perjalanan mereka masih jauh. Selesai membeli jajan bagi menghilang rasa mengantuk dalam van, Nabilah dan Ash bergerak ke tempat parking kenderaan bagi menaiki semula van mereka.

Van mula bergerak setelah kesemua ahli selesai membeli makanan. Dalam perjalanan, Nabilah berasa seseorang memerhatinya dari belakang. Ash sedar akan ketidakselesaan itu, dia menoleh ke belakang bagi melihat gerangan siapa yang berani memerhati kawan baiknya. Ternyata Amirul masih memandang Nabilah tanpa kenal erti putus asa.

Dalam masa yang sama, Amirul telah merancang pelbagai cara untuk mendapatkan semula Nabilah.

To be continued

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now