"Weh! Aku nak terkucil, aku pergi tandas kejap eh." beritahu Nabilah kepada Ash
Ash yang tidak sempat membalas kata, hanya mampu melihat Nabilah berlari ke tandas dari belakang. Ash menggeleng kecil, kerja yang tergendala disambungnya.
Dengan laju Nabilah masuk ke dalam tandas perempuan yang agak jauh sedikit dari kawasan parking.
Setelah selesai, Nabilah mencuci tangan kemudian membetulkan sedikit awning tudungnya yang rosak disebabkan langkahnya yang laju tadi.
Kaki Nabilah terasa seperti digam apabila matanya bertembung dengan Amirul dipintu masuk tandas.
Tanpa sempat Nabilah menjerit, Amirul terlebih dahulu menolak badan Nabilah jatuh ke belakang. Terdongak kepala Nabilah apabila sanggulnya ditarik kuat oleh Amirul. Dia tak tahu ke sanggul ni susah nak buat? Tapi lelaki ni senang je tarik sanggul dia. Memang melanggar hukum sanggul betul. Sempat Nabilah berbisik dalam hati.
"Akhirnya, kita berduaan lagi." bisik Amirul tepat pada telinga Nabilah.
"Amirul..."
Tidak sempat gadis kecil itu mahu menyambung ayatnya, sanggulnya sudah ditarik ganas sehingga membuatkan dia berdiri. Nabilah meringis kesakitan apabila Amirul sengaja menguatkan cengkaman pada sanggulnya.
"Hari ni kau memang kena dengan aku, perempuan!" tempik Amirul.
Dengan perasaan marah Amirul menolak Nabilah sekuat hatinya ke singki.
Badan Nabilah yang masih tidak seimbang sekali lagi terjatuh dan kali ini nasib tidak menyebelahinya apabila Amirul menolak tempat pada bucu singki.
Nabilah mengadu kesakitan tapi tidak dipeduli Amirul.
Apabila marah masih menguasai diri, Amirul sekali lagi mencengkam sanggul Nabilah dan memberi tamparan yang kuat pada pipi mulus gadis itu.
"Ini akibatnya bila kau berani naik tangan dekat aku!"
Sekali lagi pipi itu ditampar kuat sehingga hujung bibir Nabilah terkoyak dan mengeluarkan darah.
Tangan yang bergetar kuat dari tadi menolak badan Amirul agar berjauhan dengannya. Nabilah mengumpulkan kekuatan untuk menjerit sekuat yang termampu untuk menarik perhatian orang yang mungkin lalu dihadapan tandas
"Diamlah bodoh!" marah Amirul.
Apabila lelaki itu cuma untuk kembali mendekati Nabilah, badannya ditarik dari belakang sehinggakan badannya melekat pada dinding.
"Awak... sakit..." adu Nabilah kedengaran sayu.
Hati Mikael mula membara mendengar suara kesakitan Nabilah apatah lagi bila matanya melihat dahi dan mulut gadis itu berdarah.
"Kau memang tak guna!" jerit Mikael dengan lantang. Wajahnya sudah bertukar bengis. Mahu sahaja dia menghabiskan Amirul namun melihat keadaan Nabilah yang lemah membatalkan niatnya. Mungkin dengan cara lain dia boleh membalas tindakan Amirul tadi.
Koler Amirul dicengkap kuat sebelum Mikael memberi dua tumbukan padu pada pipi kanan lelaki itu sehingga Amirul tidak mampu untuk melawan.
"Dasar lebik! Dengan perempuan je kau tunjuk hebat." Mikael melepaskan koler baju Amirul. Tapi sebelum dia pergi, Mikael sempat memberi jentikan pada dahi Amirul sehinggakan dahi lelaki itu merah ditengah-tengah.
Mikael melangkah ke arah Nabilah. Luka gadis itu dilihat dengan lebih dekat.
"Kau boleh bangun tak? Jom, kita pergi hospital." soal Mikael.
Nabilah mengangguk kecil. Dirinya dibantu Mikael untuk berdiri. Amirul yang tersandar lemah dipandang Nabilah sewaktu mereka ingin keluar.
Mikael memanggil Khairul dari jauh dan menceritakan segalanya pada lelaki itu. Khairul mengambil tugas menguruskan Amirul yang masih di dalam tandas. Dan Mikael ditugaskan membawa Nabilah ke hospital.
Setelah memberi tahu keadaan Nabilah pada keluarga gadis itu, Mikael kembali mendekati katil yang diduduki Nabilah. Dalam perjalanan ke hospital Nabilah pengsan dibahu Mikael.
Wajah Nabilah yang tenang ketiduran selepas diberi ubat dipandang Mikael.
"Maafkan aku sebab terlambat, kalau aku tak sibuk uruskan budak lain mesti aku sempat selamatkan kau dari jantan tu." perlahan Mikael berkata.
Mikael meraup wajahnya yang kekusutan. Telefon dikeluarkan dari poket. Notification dari Khairul dibuka.
Budak Amirul tu dah ada dekat balai. Pelajar lain semua dah gerak balik. Aku tunggu kau, kita balik sekali.
Mikael melepaskan nafas lega setelah membalas pesanan Khairul.
"Tak guna punya jantan. Waktu pukul anak orang berani sangat. Dasar jantan tak guna. Tidurlah kau dalam lokap." kata Mikael. Melepaskan geram.
"Kalau ikutkan hati aku memang tak ada rupa muka dah kau tadi."
Dirinya masih terasa bersalah bila dirinya diberi amanah untuk melindungi tetapi tidak dibuat dengan baik. Dirinya terasa seperti ketua yang gagal.
Dari terus melayan kesalan Mikael membuat keputusan untuk melangkah keluar dari wad Nabilah, untuk menenangkan diri yang terasa bahang apabila kembali memikirkan tentang apa yang dilakukan Amirul.
"Kau tak akan terlepas macam tu je Amirul."
To be continue
Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye
-euphio-
YOU ARE READING
MIKAEL'S
RomantikPerkenalan antara si gadis dan jejaka yang tidak pernah bersua muka telah menimbulkan rasa suka di dalam diri gadis tersebut. Namun takdir tidak menyebelahi apabila dia baru menyedari perasaannya terhadap jejaka itu setelah jejaka itu menghilang. Ta...