MIKAEL'S | 29

57 2 0
                                    

Mikayla memimpin tangan Nabilah yang masih menggigil masuk ke biliknya. Mikayra turut menolong kakaknya menenangkan Nabilah selepas apa yang berlaku sebentar tadi. Mereka berdua tidak pernah nampak abang sulung mereka marah sedemikian rupa.

Setelah selesai berurusan dengan Huda di bawah, Mikael melangkah menuju ke bilik adiknya bagi melihat keadaan Nabilah. Kelihatan Nabilah masih menggigil sambil mengalirkan air mata.

Mikael mengarahkan kedua adiknya keluar sebentar memberi ruang kepadanya untuk memujuk dan menenangkan Nabilah. Mikayla dan adiknya menunggu di luar bilik dengan pintu bilik dibiarkan terbuka luas.

"Kau okay tak? Asal menggigil teruk ni?" soal Mikael dengan penuh kerisauan.

Nabilah masih menangis sambil menunduk.

"Jom pergi klinik. Aku risau tengok kau menggigil teruk." ajak Mikael.

"Sa..ya min..minta maaf." ujar Nabilah sambil menahan sedu.

Mikael mengeluh perlahan. Mikael tidak suka Nabilah meletakan kesalahan atas dirinya.

"Kau tak salah. Yang salah tu perempuan tu." tegas Mikael.

Nabilah yang duduk di birai katil mengangkat mukanya bagi melihat wajah Mikael yang bertinggung di hadapannya.

"Dah, jangan nangis. Lap air mata kau." pujuk Mikael

"Kau jangan risau. Selagi aku ada, aku akan jaga kau." ikhlas Mikael menuturkan ayat itu.

Umi tiba di muka pintu bagi melihat keadaan Nabilah. Dia begitu risau sekiranya Nabilah ada sebarang luka. Umi sangat kecewa dengan tingkah laku anak saudaranya.

"Abang, Nabilah okay ke?" soal umi sambil mengusap tangan Nabilah bagi menenangkan gadis itu.

"Nabilah okay, umi." jawab Nabilah sambil tersenyum supaya umi tidak risau akan keadaannya.

"Umi mintak maaf ya bagi pihak Huda." ujar umi kepada Nabilah.

"Ehh umi tak salah. Nabilah maafkan Huda. Umi jangan risau ya." kata Nabilah.

Mikael yang memerhati sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Lelaki itu berasa lega selepas melihat senyuman dari bibir Nabilah. Mudah betul budak ni maafkan si Huda tu.

Setelah selesai, umi turun ke bawah bagi mengemas apa yang patut. Nabilah menawarkan diri untuk menolong, tetapi ditegah oleh Mikael.

Mikael tidak mahu perkara buruk terjadi lagi. Mikael menyuruh Mikayla untuk meneman Nabilah berehat di bilik.

Sambil Mikael turun tangga, dia terdengar akan pertelingkahan kecil yang berlaku di ruang tamu. Rupanya, maklong sedang buat kecoh di rumahnya.

"Ada apa ni, umi?" soal Mikael.

"Ha kamu Hariz. Kenapa kamu marah Huda?" soal maklong kerana tidak puas hati.

Mikael tersenyum sinis apabila mengetahui bahawa Huda telah pun mengadu pada wanita dihadapnnya ini.

"Hariz marah sebab dia biadap." jawab Mikael dengan tenang sekali.

"Biadap? Huda biadap dengan siapa?" maklong menyoal lebih lanjut.

"Dia biadap dengan kawan Hariz."

"Hariz benci kalau orang biadap dengan orang yang Hariz sayang." tambah Mikael.

"Mesti kawan Hariz yang mulakan dulu." maklong masih membela anaknya.

"Kawan Hariz tak kacau dia pun, maklong. Maklong balik cakap dekat anak kesayangan maklong tu, Hariz tak akan pernah suka dia. Hariz anggap dia tak lebih dari adik. Maklong suruh dia sedar yang dia dengan Hariz hanyalah sepupu." panjang lebar Mikael berkata.

Selesai meluahkan apa yang dia mahu, Mikael berlalu ke dapur. Dirinya yang masih tersisa rasa kemarahan harus ditenangkan terlebih dahulu.

"Hariz! Kamu nak ke mana?! Kamu jangan kurang hajar!" bergema suara maklong diruang tamu rumah.

"Sudah kaklong. Anak angah tak salah, apa yang Huda buat tu melampau. Dia tampar tetamu angah, malu angah bila tetamu diperlakukan macam tu."

"Huda takkan buat tanpa sebab!"

"Memang! Dan sebabnya Huda terlalu sukakan Hariz, sampaikan dia halang Nabilah untuk berkawan dengan anak angah. Budak tu kene tampar, long. Hanya disebabkan alasan tak munasabah tu. Sudahlah, long. Pergilah balik. Ajar sikit anak along tu, dan cakap dekat Huda jangan datang ke rumah ni selagi dia tak berubah."

Umi melepaskan keluhan sebelum berlalu meninggalkan kakak sulungnya yang terdiam tanpa kata. Kaki melangkah ke dapur untuk menenangkan hati anak lelakinya. Belakang badan anak sulungnya itu ditepuk lembut oleh umi.

To be continued

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now