Keadaan di cafe Universiti Sultan Azlan Shah agak riuh apabila menerima kunjungan daripada para pelajar dan tenaga pengajar terutamanya pada waktu tengah hari. Dari jauh kedengaran pelbagai topik yang dibicarakan oleh pelajar-pelajar di institusi tersebut.
"Wehh korang! Jom kita pergi jejalan hujung minggu ni nak tak?" Tanya Nabilah, yang merupakan salah seorang mahasiswi yang berumur 20 tahun. Seorang gadis yang berketerampilan sederhana tetapi mempunyai sifat kecomelannya yang tersendiri. Gadis ini juga mempunyai satu kegilaan iaitu mengumpul pelbagai jenis buku, lebih-lebih lagi buku english.
"Kau nak pergi jalan-jalan kat mana?" Soalan berbalas soalan. Tanya Ash sambil menyuap nasi yang telah dibelinya itu tadi.
"Mmm... kita pergi KLCC la. Nak tak? Alang-alang tu aku nak beli buku sekali dekat Kinokuniya." balas Nabilah sambil menyumbat roti ke dalam mulutnya yang kecil itu.
"Ada buku baru ke, Nabil?" tanya Nik.
"Ehh mesti la ada, limited edition lagi." balas Nabilah sambil mengangkat keningnya.
"Kalau macam tu, kita pergi je la KLCC tu. Aku pun dah naik bosan asyik tenung muka si Nik ni dengan dinding je setiap hujung minggu." kata Ash.
"Eww sape je suka tenung muka kau. Aku pun dah bosan asyik kena hadap muka kau je setiap hari."balas Nik sambil menjeling Ash.
"Okey, okey jangan gaduh. Kita makan dulu lepas tu kita gerak terus. Tadi prof kata kelas delay sejam, so sempatlah kita nak ke sana sekejap." Tegas Nabilah menghentikan pergaduhan mulut antara Nik dan Ash.
Nik menjulingkan mata sementara Ash mencebik apabila Nabilah mula beriak serius, sesuai sangat dengan title pelajar contoh yang disandang gadis itu.
"Kenapa? tak puas hati ke? makan cepat atau kita sama-sama terlambat masuk kelas Prof kesayangan aku, melepas peluang nak cuci mata nanti." Nabilah kembali membuka mulut apabila melihat kawan-kawannya diam membungkam. Terbayang wajah Prof kesayangannya, agaknya begitulah wajah Hilman Ukasyah dalam novel Dr. Alpha Male karya Anjell.
Nik dan Ash tersenyum-senyum membayangkan wajah lecturer hot yang dimaksudkan Nabilah. Helok sungguh! Cepat-cepat mereka menyuap baki makanan ke mulut, mana boleh terlepas peluang cuci mata yang jarang sekali ada kan?
Nabilah menggeleng kepala melihat kawan-kawannya yang dah tersenyum macam orang mabuk cinta.
"Gatal!" Nabilah menyepak perlahan kaki Ash dan Nik dari bawah meja, sengaja mengusik.
"Kau pun sama!" Serentak Nik dan Ash membalas sebelum tawa bahagia mereka pecah.
****************************
"Dengan ini patik mengumumkan ketibaan yang teramat mulia Tuanku Tengkujuh Nabil, yang akan mencemarkan karpet merah ini." kata Ash dan Nik secara serentak.
Nabilah yang terlambat akibat ke tandas, membuka langkah seperti orang kerabat. Layankan sajalah kerenah kawan-kawannya.
"Ha sampai sudah di kedai kesukaan 'tengkujuh' kita." kata Ash.
"Silakan masuk wahai kawanku." pelawa Nik.
"Korang nak tunggu atau nak masuk sekali dengan aku?" tanya Nabilah kepada kawan-kawannya.
Ash yang baru sahaja ingin menjawab soalan yang diajukan, tapi sudah dipotong oleh Nabilah.
"Kalau nak tunggu, korang duduk lah situ dulu." kata Nabilah sambil menunjuk bangku yang tersedia dihadapan kedai.
"Cadangan yang bagus." kata Nik. Mereka berdua bergerak ke bangku, manakala Nabilah pula melangkah masuk ke dalam Kinokuniya untuk mencari buku yang ingin dibelinya.
Semasa Nabilah sedang ralit mencari buku yang ingin dibelinya, tiba-tiba saja tubuhnya terasa ditolak ke belakang. Dia meringis sakit, mungkin saja dia akan dikejarkan ke hospital gara-gara dilanggar oleh seorang lelaki yang tinggi lampai. Badannya yang hampir tersungkur terselamatkan apabila dia sempat berpaut pada rak buku yang berada di kanan badannya.
"Aduh! Bila masa pulak ada dinding dekat tengah jalan ni? Nasib baik tulang bahu aku yang comel ni tak retak." omel Nabilah secara perlahan.
'Anak siapa pulak yang tersesat dalam kedai buku ni.' kata hati Mikael sambil melihat kearah Nabilah yang masih berpaut pada rak buku itu.
"Hello! awak yang tinggi macam galah, tak nampak ke saya ni sampai nak langgar-langgar. Ini bukan go-kart nak main langgar-langgar." dengan muka garang, Nabilah berkata dengan intonasi marah kepada Encik Dinding a.k.a Mikael.
Mikael terpaksa menundukkan sedikit badannya untuk melihat wajah yang agak 'garang' itu.
"Eh kau yang letak mata dekat tempat lain, nak salahkan aku pulak. Dah pakai glasses pun, masih rabun langgar orang." Mata Mikael mengecil. Geram agaknya dengan minah yang entah datang dari mana dan menghalang laluannya. Buku ditangan diletakkan di rak berhampiran.
"Eh Encik Galah, baik awak mintak maaf sebab dah langgar saya tadi. Kalau tak, nanti ada orang akan langgar encik lagi teruk dari saya kena. Kifarah is real tau!" kata Nabilah sambil bercekak pinggang.
"Huh, tak kuasa aku." balas Mikael lalu beredar dari situ.
"Huh! Dasar dinding bergerak!" omel Nabilah lalu bergerak untuk mencari buku yang diinginkan.
Setelah berpusing satu kedai, Nabilah ternampak buku yang dia inginkan. Dia berjalan menuju kearah buku tersebut dengan kelajuan yang tidak berapa nak pantas. Di saat tangan Nabilah hampir saja menyentuh buku itu, tiba-tiba ada tangan asing yang turut mencapai buku yang sama.
To be continued
Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye
-euphio-
YOU ARE READING
MIKAEL'S
RomansaPerkenalan antara si gadis dan jejaka yang tidak pernah bersua muka telah menimbulkan rasa suka di dalam diri gadis tersebut. Namun takdir tidak menyebelahi apabila dia baru menyedari perasaannya terhadap jejaka itu setelah jejaka itu menghilang. Ta...