MIKAEL'S | 10

51 3 0
                                    

Pada awalnya suara Nabilah masuk di telinga kanan dan keluar telinga kiri. Tetapi amanah yang dipegang tidak boleh diabaikan. Terpaksalah dirinya melayankan juga Nabilah.

"Weh! Kat sana tu ada banyak kayu! Jom pergi sana!" Nabilah mula berlari.

"Tunggu aku lah budak. Bahaya!"

"Ishh cepat la sikit. Dah nak malam ni. Lambat betul la awak ni."

"Sabar Mikael. Sabar." Mikael

Malam menjelang tiba, setiap kumpulan telah ditugaskan oleh fasi supaya memasak makan malam mereka sendiri. Setelah beberapa minit berbincang, akhirnya kumpulan Nabilah bersetuju untuk memasak hidangan yang simple sahaja pada malam itu. Mereka memilih untuk memasak maggi kari sahaja. Setiap orang dibahagikan tugasan untuk menyediakan bahan masakan dan peralatan untuk memasak. Bahan masakan yang diguna oleh kumpulan mereka adalah 8 paket maggi kari dan dua biji telur yang dibawa oleh Fatimah.

Fatimah mengatakan bahawa telur itu akan dia guna sewaktu emergency iaitu ketika dirinya kelaparan pada waktu tengah malam. Namun, apabila Fatimah melihat maggi yang di masak oleh Sai terlalu kosong, jadi dia dengan baik hati telah mengorbankan telur itu untuk dimasak.

Bahkan, bukan kumpulan mereka sahaja yang memasak maggi pada malam tersebut, tetapi kumpulan lain juga turut memasak menu yang sama. Ini berkemungkinan mereka semua masih belum membiasakan diri di tempat itu serta hari itu juga merupakan hari yang pertama bagi mereka semua.

Nabilah mengagihkan maggi dengan secara adil ke dalam mangkuk yang masing-masing bawa.

"Jom, makan." ajak Ain setelah semua mangkuk sudah pun diisi kuah.

Masing-masing mengambil mangkuk mereka sendiri, termasuk juga dengan Mikael. Sebelum mereka mula menjamu selera, Wan mengetuai bacaan doa sebelum makan.

"Sedapnya maggi yang kau masak ni, Sai." puji Nabilah.

"Setakat maggi, kucing aku pun boleh masak." balas Sai setelah menelan kuah magginya.

"Untungnya kau ada kucing pandai masak dekat rumah, kucing aku pandai meow meow je." Nabilah menjawab penuh sarkastik.

Sai menjeling Nabilah sebelum menyambung suapan.

"Esok kita masak yang sedap-sedap nak? Tak kenyanglah makan maggi je." setelah menghabiskan semangkuk meggi, Kimi memberi cadangan. Nabilah dan Sai laju mengangguk. Setuju!

"Kalau macam tu, esok kita masak sardin nak?" tanya Ain. Nabilah dan Sai menggeleng. Tidak setuju!

"Habis tu nak masak apa esok?" tanya Ain.

Sedang yang lain sibuk berbincang tentang makanan mereka untuk hari esok. Nabilah menoleh memandang Mikael. Wajah itu dipandang lama, tanpa dia sedar dirinya mula termenung.

Flashback

Setelah selesai pembentangan, mereka diberi waktu untuk berehat. Nabilah membetulkan posisi baringnya. Di sebelah kanan ada Ain, manakala di sebelah kiri pul ada Fatimah. Kedua-dua kawannya itu tidur kepenatan. Nabilah berdengus. Badan menukar ke posisi duduk.

"Bosanlah." adu Nabilah.

Setelah lima minit termenung didalam khemah, Nabilah membuat keputusan untuk keluar mengambil angin. Kaki melangkah ke arah tempat pembetangan mereka tadi dan masih banyak lagi kumpulan yang belum menyiapkan tugasan mereka. Selangkah demi selangkah, akhirnya kaki Nabilah berhenti betul-betul disebelah ketua kumpulannya.

"Saya bosanlah, ada apa-apa yang boleh saya tolong tak?" tanya Nabilah pada Mikael.

"Tak ada. Pergi main jauh-jauh." laju Mikael membalas seraya menghalau Nabilah. Nabilah memuncungkan bibirnya bila mendapat jawapan negatif daripada Mikael.

"Mikael, boleh tolong kumpulkan kayu tak?" salah seorang fasi datang mendekati Mikael dan Nabilah.

Mikael mengangguk. "Aku kumpulkan budak kejap."

"Saya! Saya! Saya nak tolong!" Nabilah mengangkat tangan kanannya ke udara.

"Kau tu perempuan. Tak payah nak menyibuk." Mikael mencekak pinggang.

"Eh! perempuan pun boleh lah tolong kutip kayu." balas Nabilah, tidak mahu mengalah.

Mikael mendengus. Panas hatinya bila bercakap dengan orang yang degil.

"Aku tak cakap perempuan tak boleh. Dekat sini ramai lelaki. Jadi biar kita orang yang cari dan kumpulkan kayu. Bahaya untuk kau cari sorang-sorang." kata Mikael sekaligus cuba untuk menakutkan Nabilah.

"Alah kalau macam tu saya ikut awak lah. Kita cari sama-sama." cadang Nabilah.

"Tak boleh."

"Boleh lah."

"Ta..." belum sempat Mikael menghabiskan ayatnya, Khairul terlebih dahulu mencelah bagi meleraikan perbalahan antara mereka berdua. .

"Bawak je la dia pergi dengan kau. Kalau korang berdua gaduh dekat sini, sampai ke sudah lah tak habis. Lagi pun kayu tu bukannya boleh datang sendiri." ujar Khairul setelah melihat pertelingkahan kecil antara mereka berdua.

"Haa.. dengar tu. So, saya ikut awak. Jom!" ajak Nabilah.

Mikael mengeluh sebelum berlalu mengejar langkah Nabilah yang sudah jauh mendahului dia di hadapan.

"Kayu ni comel!"

"Ranting ni ringan la!"

erkata pada diri sendiri.

Sambil mengejar Nabilah, dirinya sempat mengutip kayu-kayu yang sesuai dibawa pulang ke kem. Sedang Mikael ralit mengutip kayu dibelakangnya, tiba-tiba badannya dilanggar seseorang.

"Aduhh! Sakitnya dahi aku." adu Nabilah sambil mengusap dahinya dengan telapak tangan.

"Lain kali hati-hati sikit lah budak. Ini dah masuk dua kali kau langgar aku. Aku yang tinggi ni pun kau tak nampak ke? Mata tu lain kali letak dekat kepala bukannya dekat lutut." ujar Mikael dengan penuh sarkastik.

"Huh? Er... sorry, saya tak sengaja." Kejap! Dua kali? Bila masa?! Nabilah berkata dalam hati. Fikirannya juga tertanya.

"Aku rasa dah cukup kayu ni. Jomlah balik. Dah lewat petang ni." Mikael berkata sambil berlalu pergi meninggalkan Nabilah yang terpinga-pinga sendiri dibelakang.

End flashback

"Saya dah ingat! Awak lelaki tu!" ujar Nabilah secara tiba-tiba.

To be continue

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now