Setelah selesai melakukan tugasan checkpoints ke empat, kumpulan Mikael bergerak ke checkpoints yang terakhir.
Checkpoints yang terakhir hanya memerlukan mereka untuk mengumpul dua puluh satu ranting kayu dan diikat dengan ketat mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
Dengan mudah, kumpulan Mikael menjadi kumpulan yang pertama melepasi checkpoints yang terakhir sekaligus merupakan kumpulan pertama yang berjaya menyelesaikan aktiviti pada petang itu.
Dalam perjalanan pulang ke kem, Mikael berselisih dengan ketua kumpulan Amirul.
"Weh! Riz, kumpulan kau dah settle ke?" tanya ketua kumpulan Amirul, Farhan namanya.
"Dah, kau?" jawab Mikael.
"Aku tadi stuck dekat checkpoints nombor dua. Ni aku nak ke checkpoints ke tiga." ujar Farhan dengan sedikit kesal kerana tidak dapat menyelesaikan tugasan dengan sempurna.
Sewaktu Mikael sibuk berbual dengan Farhan, Amirul mengambil peluang memerhatikan Nabilah. Dia melangkah dengan perlahan-lahan ke arah Nabilah untuk melihat wajah gadis itu dengan lebih dekat.
Nabilah perasaan akan tindakan Amirul itu mula berasa tidak sedap hati. Dia takut sekiranya Amirul cuba apa-apakan dia. Sudahlah yang lain sibuk membuat hal masing-masing.
Nabilah membuat langkah awal berjaga-jaga. Badan kecilnya dibawa berdekatan Sai di belakang.
"Sai, malam ni kita masak apa ek?" Nabilah cuba menarik perhatian Sai.
"Hmm kita masak nasi goreng kosong je la. Taruk bawang je" cadang Sai setelah beberapa saat berfikir.
Mikael yang tersedar akan kehadiran Amirul disitu, mula teringat akan ugutan lelaki itu sebelum ini. Melihatkan raut wajah Nabilah yang nampak ketakutan itu, Mikael terus bergerak ke arah Nabilah sebaik sahaja dia selesai berborak dengan Farhan. Mikael tahu bahawa Nabilah tidak selesa dengan kehadiran Amirul apatah lagi sewaktu lelaki itu kelihatan cuba untuk menghampirinya.
"Kau okay?' tanya Mikael setelah dia berdiri di samping Nabilah.
"Ishh awak ni. Terkejut lah saya. Lain kali cuba bagi salam dulu. Ini tidak, main ter..." marah Nabilah.
"Dah. Aku tak nak dengar kau membebel dekat sini. Aku tanya ni, kau okay tak?" potong Mikael.
"Mmm.. okay je. Kenapa?" balas Nabilah dengan soalan. Pelik melihat Mikael yang tidak putus menyoalnya dari tadi.
"Baguslah kalau kau okay." kata Mikael dan berlalu pergi meninggalkan Nabilah yang terpinga-pinga di belakang.
Nabilah tercengang sendiri.
"Jom gerak!" lantang suara Mikael mengajak sebelum berlalu pergi.
Mereka yang lain mengikut langkah Mikael dari belakang untuk pulang ke kem.
Sesampai mereka dikem, Mikael berkata "Petang ni korang bebas nak buat apa-apa. Siapa yang nak mandi sungai silakan dan siapa yang nak rehat tidur juga di alu-alukan. Tapi kalau ada yang nak berjalan ambil angin, jangan pergi jauh-jauh. Kalau nak jalan jauh jugak bagi tahu aku atau fasi yang lain terlebih dahulu."
Mereka yang mendengar hanya mengangguk. Dalam kepala otak dah pun membuat keputusan untuk membuat apa selepas ini.
Setelah bersurai, Kimi, Sai dan Wan berlari ke sungai untuk membasahkan diri dan dari belakang Fatimah dan Ain mengikut para lelaki itu.
"Nabilah tak ikut ke?" jerit Ain pada Nabilah yang sedang berjalan menuju ke khemah.
"Aku malas." balas Nabilah.
Ain mengangguk lalu tangannya melambai Nabilah. Kakinya kembali melangkah ke sungai.
Nafas panjang diambil sebelum dilepaskan dengan perlahan. Kaki yang terjuntai digoyang-goyang ke hadapan dan ke belakang.
"Tenangnya." Nabilah berkata dengan senyuman gembira.
Nabilah melepak sendirian di tepi sungai, jauh dari yang lain. Pada awalnya Nabilah teringin juga join mereka yang lain bermandi mandi-manda tetapi bila malas menguasai diri, terus Nabilah membuat keputusan untuk duduk tenangkan diri sahaja.
Nabilah menoleh ke kanan apabila telinganya terdengar bunyi riuh dari tempat yang lain bermandi manda.
"Mungkin team lain dah balik." Nabilah berkata sendiri.
Sedang seronok Nabilah melayan perasaan sambil menghirup udara segar namanya dipanggil seseorang.
"Nabilah."
Suara itu, suara yang membuatkan hatinya tidak tenang setiap kali mendengarnya. Perlahan-lahan Nabilah menoleh ke kiri. Wajah Amirul yang tersenyum dilihat dengan ketakutan. Tangan yang mula bergetar, dikepal erat.
"Aku nak join kau boleh?" tanya Amirul dengan melangkah mendekati Nabilah.
"Jangan dekat! Jangan kacau aku!" bergetar suara Nabila menghalang Amirul dari terus melangkah mendekatinya.
"Kau takut? Kenapa kau takut sayang?" ujar Amirul sambil tersenyum sinis.
"Amirul, please... jangan dekat." rayu Nabilah.
Air mata mula bergenang. Selangkah Amirul kehadapan, selangkah juga Nabilah kebelakang. Dalam hati Nabilah berdoa agar tuhan menghantar seseorang untuk menyelamatkan dirinya dari terus berada di dalam situasi ini. Tolong aku.
To be continue
Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye
-euphio-
YOU ARE READING
MIKAEL'S
RomancePerkenalan antara si gadis dan jejaka yang tidak pernah bersua muka telah menimbulkan rasa suka di dalam diri gadis tersebut. Namun takdir tidak menyebelahi apabila dia baru menyedari perasaannya terhadap jejaka itu setelah jejaka itu menghilang. Ta...