MIKAEL'S | 15

46 2 0
                                    

Amirul melajukan langkah sehingga dia mampu menyaingi langkah Nabilah yang sudah sedar kehadirannya. Lengan kiri bekas teman wanitanya itu dicapai dan digenggam kuat.

"Tolonglah jangan buat aku macam ni." Nabilah cuma merayu sambil menarik lengannya dari terus digenggam Amirul. Cengkaman tangan Amirul yang kuat membuatkan dia meringis kesakitan.

"Eh perempuan! Apa yang kau takut sangat dengan aku ha! Aku sayangkan kau, itu pun kau nak takut ke?!" Amirul mula menaikkan nada suaranya kerana berang dengan tingkah Nabilah yang tak sudah- sudah ingin melarikan diri daripadanya. Padahal bukannya Nabilah tidak tahu yang dia separuh mati menggilai gadis itu. Melihat air mata yang mula mengalir dipipi mulus gadis itu menambahkan berang Amirul. Wajah Nabilah yang polos dan suci itu dipandang geram seolah dia membuat perkata yang tidak elok pada Nabilah.

"Bukan main seronok lagi, kau dengan jantan tak guna tu buat maksiat kan. Berdua-duan dalam tandas. Entah-entah waktu kau ada hubungan dengan aku dulu pun, kau buat macam tu dekat belakang aku dengan jantan lain." tidak dipeduli mata-mata yang memandang serong kepadanya, Amirul terus menyembur Nabilah.

Mendengar tuduhan tak berasas Amirul membuatkan Nabilah mendengus geram, entah kemana rasa kecut perutnya tadi bila tiba-tiba dikejar lelaki itu. Dia memejam mata rapat sebelum tangannya yang berada dalam genggaman Amirul direntap kuat sekaligus melayangkan penampar sulungnya dipipi lelaki itu.

Entah apa yang lelaki itu fikir, Nabilah sendiri tak tahu.Agaknya wayar otak Amirul dah putus seperti putusnya hubungan mereka dulu.

"Kau jangan biadap! Aku bukan perempuan jenis macam tu! Pergi mati dengan kau punya sayang!" lantang Nabilah membalas. Pantang betul maruahnya dipijak-pijak di khalayak.

Lidah menolak dinding pipi yang terasa pijar akibat tamparan Nabilah. Ego lelakinya mula tercabar.

"Kau!" tinggi suara Amirul sambil mengangkat tangannya dengan niat ingin membalas tamparan Nabilah.

Nabilah hanya berdiri tegak menunggu tamparan Amirul singgah dipipinya.Dia mula berasa sedikit gentar apabila melihat Amirul yang sedikit pun tak ragu-ragu. Namun apabila tangan itu hampir saja mengenai pipinya, Nabilah memejamkan mata. Dia hanya menyerahkan nasibnya kepada Tuhan, bukan dia tak mahu mengelak tapi badannya kaku.

Nabilah membuka mata apabila tak merasakan kehadiran tapak tangan Amirul dipipinya, matanya menangkap figura lelaki berdiri di sebelahnya dan tangan lelaki itu menahan tangan Amirul.

'Wahhhh, putihnya tangan!' Sempat Nabilah membandingkan tangan milik lelaki itu dengan tangan Amirul yang tanned.

Nabilah turut mengalihkan pandangannya mengikut arah pandang Amirul apabila lelaki itu tak lagi mempedulikan kehadirannya.

"Don't you dare touch her with your dirty hands." Mikael menolak tangan Amirul. Tajam matanya melihat wajah Amirul.

Nabilah ternganga!

"Kau siapa nak masuk campur urusan aku dengan perempuan ni? Boyfriend dia? Takkan? So blah lah." Amirul menolak bahu Mikael.

"Kalau aku kata ya, kau nak buat apa?" Mikael menarik senyuman sinis.

"Kau..." Amirul mengetap gigi kuat. Dada turun naik menahan geram mendengar kata-kata Mikael.

"Ini first and last warning aku untuk kau. Jangan ganggu dia lagi." Mikael memberi amaran kepada Amirul.

"Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa?" Sinis Amirul berkata. Dirinya langsung tidak gentar akan amaran lelaki di hadapannya malah semakin mencabar Mikael.

"Cubalah buat kalau kau berani. Tapi..." Mikael melangkah setapak kehadapan lalu mendekatkan bibirnya pada telinga kiri Amirul. "... ramai lagi perempuan dekat luar sana bro, yang aku punya jugaklah kau nak sentuh." ujar Mikael dengan penuh sinis.

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now